Pages

Dec 15, 2010

Suci Jer Gaya Tido 2 beradik ni...







ari sabtu arr..
org tua mmg keje fullday skunk..
budak- budak ni letih menunggu babah diaorg balik..
huhuhuhuhuh
last - last sume terbongkang..
Ara tu terbongkang sebab lepas mandi n makan nestum,.
yg Setot plak selepas tgk Shinee,Suju pastu dgn Upin Ipin entah berapa puluh kali..
belum masuk lagi klip Maher Zain berjuta kali..
last - last..
selepas pkl 530 ptg..
budak - budak ni tumbang seorang demi seorang..

hmm...
bila nengok anak - anak aku..
aku sebenarnya tak rasa aku ni mak pada 2 org anak..
ditambah plak aku dulu memang tak budget akan kawin.
yerlah..muka aku hodoh wei..
putih tidak,lawa pun tidak.
aku memang mati - mati ingat takkan ade org suke dan cinta pada aku.
tapi sume tu keje DIA...

dah ade anak ni..
pada sesetengah orang,hidup dah lengkap.
oh tidak!
jangan silap anggap yer.
jauh lagi perjalanan hidup kita ni.

jangan ingat kita dah ada anak..
hidup kita sempura.
jangan ingat kita dah ada rumah..
hidup kita lengkap.
itupun tidak.
jangan pikir kita ada rumah,dah ada anak..hidup kita lagi sempurna dan lengkap dari orang lain.
itupun tidak menjamin kehidupan kita dihadapan dan hadapan nanti.

setiap seorang dari kita diberi kelebihan dan kekurangan..
ada ramai diantara kita diberi kesenangan tapi bila DIA uji sikit dengan sedikit,mulalah merasakan orang lain dengki,orang lain khianat sedangkan hakikatnya kita sendiri yang berbuat dan berkelakuan sampai menyebabkan orang lain iri dengan kita.
pokok pangkalnya..terima seadanya..
memberi dengan sebanyak - banyaknya bila dah terlampau berlebih - lebih.


hidup ni jugak..
jangan pikir perut sendiri atau periuk sendiri.
time kita tengah sedap melantak..
jiran kita ade beras ke tidak?(melainkan dia memang ade duit dan ade makanan)
mak bapak kita berasap tidak dapurnya..
adik - adik kita..
sedang susah atau senang?!
dan sekali lagi..
bila ada berlebih - lebih dan terlampau lebih..
buatlah kesyukuran...


aku buat entry ni sebab bila aku dah tua - tua esok..
atau nak meniti usia tua aku nnti..
buat aku beringat selalu dan sentiasa.
aku datang dari keluarga melarat.
dan pernah dihina kerana kemelaratan aku.
sebab tu,aku ada banyak atau sikit..
aku suka berkongsi dengan kawan - kawan aku.
aku lebih mahu kawan - kawan aku kenal jati diri aku dan asal usul aku.
aku memang tak boleh jadi purak - purak.
apa yang korang baca dari blog aku,cara penulisan aku...gaya hidup aku.
macam itulah..
macamana korang tengok baju aku sama jer gitu..same warna..pastu kadang - kadang lusuh..
adik beradik aku yang banyak berdikari dalam hidup (smartstreet versus smartbook)
macamana korang tengok aku tak bergelang dan berantai emas sume sebab selagi belum sampai keperluan itu,aku takkan buat dan cuba buat.


dan bila aku dapat lebih..
memang excited mengalahkan babun
nak - nak bila dapat dengan usaha sendiri.
tapi bile dah bosan..
takdenya nak bersungguh - sungguh nak bercerita.



aku sebenarnya takut nak jadi mak/ibu/ummi dan sewaktunya dengannya sebab besar tanggungjawab ni.
sangat besar.kalau korang duduk dan renung dalam - dalam.
tugas mak bukan mudah.
bukan semudah menghantar ke nursery..
(anto nursery pun tak senang jugak sebab aku dgn org tua kena umpan setot baik sebelum sampai)
tapi sebenarnya tak sesusah juga menyusukan anak dari tetek sendiri.
(hidup BF Mom!Direct from turbine manufacture!)
aku cuma selalu mintak pada Allah agar darjah kesabaran aku yang memang nipis ni bertambah - tambah tebal dalam mengharungi kehidupan berkeluarga ni.


aku jugak mendoakan  kawan - kawan yang aku kenal dalam blog dan luar blog ni supaya..
macam mana pun korang tersilap dalam meniti kehidupan..
tiap - tiap seorang dari kita memang Allah beri peluang untuk perbetulkan diri kita.
insyaa Allah semua..

yerlah,baik dalam keluarga kita sendiri..dalam tempat kerja,dalam berkawan - kawan..
bak setandan buah,dalam banyak - banyak yang elok tu mesti ade yang mentah..
mesti ade yang busuk.
macam buah pisang tu misalannya..
yang elok bolehlah dimakan sebegitu saje ataupun buat pisang goreng..
yang busuk tu janganlah terus dibuang.
boleh lenyek buat cekodok.

kalau dalam base omputih yang aku tak ngaji tinggi - tinggi ape?!
black sheep of the family?!
lebih kurang gitulah gamaknya.
black pun black la kan?!janji boleh buat aqiqah.
tu sebab,hati mahu bersih dan lapang.
ape sekalipun yg datang menyerang,buat bangang jer sebab yang datang menyerang tu lagi bangang dari kita.
sebab?!binatang jer yg suke serang menyerang dek kerana takde akal yang waras.
kalau org yg suke menyerang?!
korang pikirlah sendiri yer?!



sekian.

#baru abis basuh horizontal reynold osborne kat lab fluid.
petang mahu ganti air tangki 2 bijik..
aih...
keja - keja..
selagi belum tutup mata mesti mahu kerja ma!
huahhauaha
selamat tghari semua!


#entry ni takde kaitan dengan yang hidup atau yang mati secara sengaja atau tidak.
mungkin penulisan aku kasar dan sinis.
tapi itu aku,kalau benar hakikatnya..
jadikan panduan untuk perbetulkan diri sebab esok lusa kita mati.
dalam gembira kita beringat.
dalam sedih jugak kita beringat.
sama - samalah beringat.

10 comments:

  1. Nikmat hidup itu juga dugaan! Semoga Allah tetapkan hati-hati kita ke jalan yang diredhoi...

    ReplyDelete
  2. aduuuuh igt n3 pendek je, skali pnjg daa bebelan..huhu..nnti mai lg tuk baca..ni nk mask opis hour dah, mau closed lappy!huhu..

    oooh sggh suci murni mereka!

    ReplyDelete
  3. Alooo kak...Naper cakap hodoh pulak nih....Semua perempuan itu adalah cantik ye

    ReplyDelete
  4. amin~ semoga kita semua di beri kekuatan olehNYA untuk harungi rintang hidup masing2~

    ReplyDelete
  5. sungguh dlm maksud entry ko hari nie..tapi semua betul..aku sokong sgt & tq coz remind kan...

    tomei je 2 beradik tu tido...lena sungguh..

    ReplyDelete
  6. gelak aku bc ko ckp 'aku memang mati - mati ingat takkan ade org suke dan cinta pada aku'

    aku tgk rmi je org cantik tp tk kawin2...apa2pn smua tu keje DIA

    **kawaii tu apa wei

    ReplyDelete
  7. perkkhhh.. panjang gile entry nie..

    tapi setiap perkataan ade maksud tersirat tue..

    ReplyDelete
  8. memang nampak innocent sgt diaorg tu..huhu

    isk,..mana der hodoh, aku pernah jumpa ko. ok jerk aku tengok..hehe..
    dulu aku pun sama, tak pernah terfikir pun akan kahwin, sbb takde lelaki berani kawan dgn aku dulu. hehe

    ReplyDelete
  9. tak baik ckp odohh wey...lawa ape,muka cantik perangai burukk, tu baru odoh tahap babun..ngehhh..

    aku stuju ngn n3 ko..lebey kurang same jer ngan aku..tapi lain skit..hehe

    ReplyDelete

komen jer...