Pages

Oct 11, 2013

Sesungguhnya Setiap Yang Ada Di Langit dan Bumi adalah Kepunyaan Allah.

Salam Guys.
Lama sungguh tak bersiaran dalam blog kami ini
Sesunguhnya tuntutan kerja dan tuntutan menjaga anak yang sakit lebih menduga iman dan pemikiran

Entry kali ini aku titipkan khas buat Kak Salwa @ Kak Siti Al- Izzah memandangkan beliau sedang menganjurkan sebuah 'contest' bersempena dengan ulangtahun kelahiran Ibrahim.

Siapakah  Ibrahim?!Teruskan pembacaan kalian. Kalian pasti bersemangat ingin mengetahui tentang Ibrahim seiring dengan semangat yang ada dalam diri dan jiwa Kak Salwa dan juga Ibrahim sendiri.

Sebelum pergi lebih jauh lagi, terlebih dahulu aku ingin mengulas tentang salah satu dari blog Kak Salwa:

Pengedar Shaklee yang menjual Set Bersalin Shaklee

Tentang Produk:

Aku sendiri adalah pengguna Shaklee sejak 2010
Vitamin dan supplimentasi kuambil adalah seperti Vitalea, alfafa dan vitamin E
Diantara kebaikan yang daku alami sendiri sepanjang tempoh penggunaan adalah seperti berikut:

  • penambah baik pulih sistem cell badan
  • meningkatkan kualiti susu badan (memandang aku sendiri adalah salah pengamal penyusuan Ibu)
  • bahan gantian kepada antibitoc (augementin/ amoxylin/ colaxilin) dan antioxida (alfafa fungsinya meredakan bengkak bisul dan memecahkan bisul secara semula. kerana aku sendiri adalah penderita bisul/ bengkak kelenjar setiap kali panggilan 'bendera jepun' datang.)

*printscreen dari blog Kak Salwa


Tentang Intipati Blog:

Sebuah blog kelolaan Kak Salwa yang sangat kemas dan terperinci. 
Penuh informasi tentang produk - produk atenatal  dan post natal. 
Perincian tentang setiap produk (vitaman, supplement, minuman penambah tenaga) dipaparkan diruangan kanan sudut blog.
Selain dari itu, langkah pertanyaan yang sangat effisen dan mudah



Selain dari itu, perincian tentang pengendali blog juga menarik pembaca dan juga menarik pembeli atau bakal pembeli.

  1. Pengamal 'natural parenting' and juga pengamal penyusuan Ibu sekalipun menghidap penyalit PCOS
  2. Pengguna setia produk Shaklee sejak 1998. 
  3. Salah seorang penasihat penyusuan Ibu Malaysia.(mendapat latihan dari MBfPC dan berdaftar dengan KKM)
  4. Memberi konsultasi 'online' secara percuma 

Bercerita tentang Blog ini : superibu.com ,

Melalui pengalaman peribadiku sendiri sebagai seorang blogger, aku mula kenal dengan blog ini dan Kak Salwa sendiri secara 'maya' melalui KLCC Breastfeeding Flashmob 2011
Secara jujurnya, pada ketika itu aku sendiri mencari ilmu penyusuan Ibu secara menyeluruh dan ketika isu tersebut sangat 'viral' apatahlagi berkaitan dengan sebuah tempat yang sebegitu, terpandang beberapa footage kak Salwa dalam flashmob tersebut. (sila abaikan Dinaz ye.eehehehe.yang itu kalian boleh la perasan sesungguh), terlintas dihati ini.Siapakah Sister ini?!kenapa dalam flashmob ini sekalipun bukan sebagai main 'spokesperson' tapi seolah beliau penyumbang besar dalam acara tesebut.


 Rentetan dari itulah, aku mencari susur galur dimana boleh ku ketahui tentang beliau dan juga penyusuan Ibu. Maka, semenjak itulah aku menjadi pembaca setia blog ini. Akan tetapi bila mana pada aku membaca blog ini, pembacaanku lebih menjurus kepada Kisah Hidup dan testimonial pengguna Shaklee sendiri.

Seingat aku, bermula kisah 'hilangnya' suami kepada Kak Salwa pada Ramadhan 1432. Ketika ini Kak Salwa sedang hamil. Dengan berbadan dua, dengan suami yang hilang entah kemana selama 3 - 4 hari.Hilang di surau jumpanya di masjid. Besar sungguh dugaan Allah ini.Suami hilang kerana ghaib.Ghaibnya kerana Allah jua yang berkehendak. Luruh airmataku membaca episod tersebut dalam blog ini.

Sesudah itu dengan kejadian diragut sewaktu ke pasar malam bersama anak - anak. Juga ketika ini sedang hamil anak yang sama iaitu Ibrahim.Peragut bukan setakat meragut malah memukul Kak Salwa ketika itu. Mujur tidak mengalami kecederaan yang teruk.

Sememangnya Allah mahu mengurniakan sesuatu yang istimewa buat Ibrahim, beliau dilahir secara 'natural birth'. Disambut dan diazankan oleh Ayahnya sendiri.Indah bukan?! Siapa yang tak punya keinginan untuk melahirkan anak dengan begini. Tanpa epidural, tanpa induce?!

Tak cukup dengan itu, Kak Salwa diuji lagi untuk berpisah dengan Ibrahim selepas didapati ada 'murmur' dalam kepala Ibrahim. Bermulalah lagi episod duka seorang Ibu yang tabah dan sabar merawat si anak kecil ini.Berperang dengan kepercayaan yang kukuh tentang 'non - chemical drugs and medicine' , berperang dengan pengetahuan yang dituntut dengan pengetahuan Doktor.

Teringatku akan Kisah Nabi Allah Ibrahim AS yang dilahirkan sewaktu pemerintahan Namrud Bin Kan'an:
ibu nabi Ibrahim telah bersembunyi dan melahirkan anaknya di dalam sebuah gua yang berhampiran. Selepas itu, dia memasuki batu-batu kecil dalam mulut bayinya itu dan meninggalkannya keseorangan. Seminggu kemudian, dia bersama suaminya telah pulang ke gua tersebut dan terkejut melihat nabi Ibrahim a.s masih hidup. Selama seminggu, bayi itu menghisap celah jarinya yang mengandungi susu dan makanan lain yang berkhasiat. Semasa berusia 15 bulan tubuh Nabi Ibrahim telah membesar dengan cepatnya seperti kanak-kanak berusia dua tahun. Maka kedua ibubapanya berani membawanya pulang kerumah mereka.

Nabi Ibrahim AS adalah pengasas Kaabah, salah satu dari 5 Nabi yang Ulul Azmi  dan telah diberi gelaran Khalil Ullah iaitu "Sahabat Allah. 
Semoga Ibrahim kepunyaan Kak Salwa dan En. Ithnin menjadi anak yang soleh, sahabat dunia akhirat buat orang tuanya.

Oh ya, sekadar selingan sepanjang coretan ini. 
Dulu, sewaktu menghantar barang untuk Kak Salwa melalui suaminya. 
Terkejut melihat Tuan empunya keluarga ini. En. Ithnin sederhana orangnya. 
Terlintas dihatiku ketika itu :

Aku : Goliath =====> En Ithnin : David

*pernah dengar kisah Nabi Allah Daud melawan Jalut?! (David Vs. Goliath)
*boleh mungkin kuumpamakan saizku dengan En. Ithnin.:P
*bergurau sahaja.ehehehe

Akhir kata dariku, aku turut serta contest ini kerana aku kenal akan  empunya diri tuan blog (secara maya, bukan secara lansung).
pernah berkongsi sedikit sebanyak pengalaman hidup dengan beliau di alam maya.
Aku menulis berdasarkan apa yang aku tahu dan baca.
Barang sedikit kalau ada tersilap menulis dalam berbahasa dan memberi fakta.
Harap diampunkan maaf daku ya Kak Salwa.


Buat pengetahuan kalian,  Entry Ini Ditulis untuk 
Nah?!Tak Salah bukan bercerita tentang Ibrahim?!
kerana blog ini punya cerita tentang Ibrahim.

Sesungguhnya Setiap Yang Ada Di Langit dan Bumi adalah Kepunyaan Allah.
(Al baqarah Ayat 284)
Yang Buruk datanganya dari aku, yang baik dan terbaik tentulah semuanya dari Allah Taala.

Jazakallah...










4 comments:

  1. apahal semua sn sin semua sebut pasal shaklee adoiiiiiiiiiiiiiiiiii

    ReplyDelete
  2. all d best ayu!! touching aku bcnye hah..byk sungguh dugaan ummi Ibrahim tu..sayangnya Allah pd beliau :')

    ReplyDelete

komen jer...