Pages

Jun 15, 2015

Resepi Brownies Kukus

Salam Guys
lama tak bersiaran resepi dari dapur kecik kangkang kongkangku ini
just nak share resepi brownies diyakini enak dan sedap dan berkkhasiat
hat ni guna gula perang. nak guna jaggery macam ada sorang akak blogger nama siti sifir 10, pun ok jugak
tepung nak elok, sedap enak.. sihat.. boleh guna unbleach flour
meh sini meh kami share resepi



Brownies Kukus

 Bahan - bahan:
3/4 cawan - 1 cawan tepung gandum (ayak)
1/2 sudu teh soda bikarbonat (ayak)
1/2 sudu baking powder (ayak)
100 gram coklat masakan
100 gram coklat chip
5 biji telur
1/3 cawan serbuk koko
 1/3 cawan mentega 
1/2 cawan - 3/4 cawan gula perang
homemade buttermilk




Cara - Cara:

Double boiled coklat masakan dan mentega  sehingga cair.
Ketepikan dan biarkan sedikit suam atau sejuk
Panaskan pengukus anda
Ayak tepung + soda bikarbonat + serbuk koko dan baking powder. ketepikan
Dalam mangkuk pengadun, pukul telur  dengan gula perang sehingga kembang.
Masukkan adunan coklat masakan, adunan tepung dan buttermilk secara berselang seli.
Gaul sebati ( lagi bagus guna senduk kayu)
Tuang dalam loyang bersaiz 6 atau 7 inci.
Kukus selama 30 - 35 atau sehingga bila dicucuk bahagian tengah masak.

selamat mencuba


10 comments:

  1. bestnya pandai buat kek etc.. aku ni mixer takde, oven pon takdo... huhuhu

    ReplyDelete
  2. dapnya..! org pantang bleh makan tak ni?
    hehehe

    ReplyDelete
  3. ish ish ish..kijam betul tau gambo..tgk hat yg putih2 atas kek tuh pun dh tergoda dh..serious xtipu..

    ReplyDelete
  4. atas tu gula aising ek? sedappp...
    lama giler x bw:D

    ReplyDelete
  5. Mmg feveret saya ni! Nmpk sedap...nyummm

    ReplyDelete
  6. Sangat mudah..
    blh cuba..sbb kukus..kat rmh xde oven, hbs kna bnjir dlu..x beli2 lg

    ReplyDelete
  7. salam Ramadhan & selamat berpuasa kak

    ReplyDelete
  8. apa beza kek brownies ngan kek coklat
    ok nti iols try uols pya resepi ni
    bak mai resepi chewy brownies plak

    ReplyDelete
  9. Wah nampak sedap...SA ni bab buat kuih ke baking ke mmg failed

    ReplyDelete

komen jer...