Pages

Nov 1, 2022

Kisah Perjuangan Hari Akhir Psra dan Kisah Bermusafiran ke Negeri Tanah Adat.


 Kisah Perjuangan Hari Akhir Psra dan Kisah Bermusafiran ke Negeri Tanah Adat.

21hb oktober 2022 - 24hb oktober 2022.
Bismillah.
Hari jumaat lepas hari kertas akhir psra buat mek ara.
Insyaa Allah berhasil lulus cemerlang.
Stay di sekolah hingga brtolak ke Negeri Tanah Adat untuk perjuangan Missak 2022.
- Missak (Majlis Ifthihal Sukan Sekolah ABIM Kebangsaan)



Kami tak mengharap kejayaan besar sebabnya dengan kepenatan atlet - atlet anak - anak tahun 6 yang siangnya mengulangkaji dan petangnya periksa setiap hari.
Dengan fasiliti yang serba tak lengkap di Al Huda.
Allah Maha Tahu keupayaan anak - anak.









Alhamdulillah.
Kontijen Al Huda membawa sebutir dua pingat buat kenangan.
Untuk Mek Ara, pada saat kami tengok scoresheet pun tak tertulis oleh para peserta...
Kami okay je sebab yang menang tu rezeki sebab ada yang menang cheating, illegal move,touch move.
Sian team mek, nak buat aduan pun..
Bukti kat scoresheet takde.
Takpe.
Mujur dah kabo ke Mek.
Pegi tempat orang, bukan lawan kita cari.
Ni bukan tournament yang besar..just chillin out.
Dah biasa kena lauk bila join tournament luar.
Ape ade hal.
Anggaplah released tension lepas exam besar.
And suprisingly
Mek balik happy.
Siap cerita pengalaman berebut bilik mandi dok asrama.
Ahaha.
Latihan tu dik.
Sampai pagi tadi jam 2 pagi.
Ibubabah mata rabak.
Adei.
Apapun.
Happy je.

Sesungguhnya semangat dan usaha anak - anak ini tiada galang gantinya.
Kalah menang adat bertanding.
Biar selalu kalah agar lebih berusaha lebih kuat lagi.
Insyaa Allah.
Buat semua guru penyelaras,coach,ustaz dan ustazah.
Terima kasih banyak - banyak.🌷🌷
Ps: jengkel juga bila ada seorang mak macam melemahkan semangat pemain pasukan bola jaring Al Huda. Memang kami 'basuh' la. Sebab bukan dia tahu pun jerih payah budak - budak tu training and terkejar2 exam psra.
2. Terharu sungguh pula bila ibu dan adik Hani bagi semangat pada pelajar itu sewaktu sukan taekwondo.
Kami yang dalam group pun sebak tengok sebab bersungguh - sungguh ibu dan adiknya. Mek siap menangis tengok video Hani menang pingat emas buat Al Huda. ( Hani ni antara adik2 junior kesayangan Mek Ara)

1 comment:

  1. congrats Mek Ara...
    kalah menang tu adat bertanding, dah dpt wakil sekolah pun dah kira hebat dah..bukan semua terpilih utk dpt pengalaman mcm ni kan..
    seronok2..gi sekolah org lain.. best!!

    ReplyDelete

komen jer...