Pages

Jul 1, 2023

UKHWAH FISABILILLAH ANAK - ANAK INSTAR.

- Terima kasih buat ibu ayah geng aspuri F3 InStar jemput anak bujangan aspura makan sama semalam.
- Sementelaah tak boleh keluar outing,menumpang kasih dan rezeki juga dari ibuayah ini sebab kami sendiri takde keupayaan kewangan dan kenderaan untuk melawat dia di sana. Batu Caves - Pekan..huuu.jauh amat. Ada motor buruk sahaja buat bergerak.
( buat yang tertanya,kami sekeluarga cuma ada motor buruk yang Insyaa Allah kudratnya masih Allah izinkan beraksi untuk kami suami isteri dan anak2 bergerak yang dekat2 🥰).


- terima kasih cik ina (ibu shyma) dan cik kuna ( ummi sumayyah) sebab penat lelah memasak buat anakanda semua. Allah sahaja yang mampu balas sebenarnya ehsan kalian. Mungkin pada orang lain apalah sangat..tapi jujur. Ibuayah macam merekalah buat anak - anak yang di perantauan berjuang menuntut ilmu dan pengalaman inilah mengubat rindu ibubapa sedikit sebanyak. 😌
- apa kaitan dengan tajuk? Sekadar melontarkan pendapat seiring dengan isu yang dilontarkan oleh akhbar yang acah - acah tersakiti dan juga panasnya isu ambilan pertama tak sekufuan atau sebuluan dengan ambilan kedua,ketiga,keempat dan seterus.






 Pesanan Ikhlas dari seorang juruteknik yang bergelumang dengan pahit manis bangsa sendiri,bangsa asing dan juga laras pembelajaran di Universiri Islam Antarabangsa Malaysia,Gombak.

Buat anak- anak setahun jagung:
1. Bila kita masuk rumah orang,sekalipun kita tetamu yang awal..kita tetap tetamu. Sama seperti tetamu yang datang kemudian atau sebelum kita. Jagalah adab dan nama baik tuan rumah.
2. Dalam menuntut ilmu,takde istilah aku makan garam dulu dari kalian.
3. Dalam menuntut ilmu, kita berbuat kawan..bukan berbuat lawan.
4. Dalam menuntut ilmu, lengkap diri dengan ilmu selain ilmu akademik semata. Kerohanian kena kuat,asas jiwa kena kuat. Itu sebab,orang dulu - dulu sangat menitik beratkan akhlak dan ehsan seseorang sebelum menerima mereka dalam perguruan. Sebab khuatir riak dan isim di tengah - tengah jalan.
5. Kuatkan semangat dan anggaplah semua tu ujian dalam mendapatkan kejayaan. Tiada kejayaan yang datang bergolek. Sebab kalau tak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya.
6. Buanglah hasad tu dari dalam hati. Belajar juga supaya tak kufur nikmat. Setiap orang rezekinya tak sama. Sebab yang atur rezeki tu Alah swt. Lambat ke cepat.Hanya Dia yang berkehendak.
- abang long ada juga terkena tempias kepalauan dari sesama batch. Tapi mujur juga sekalipun terkadang terlihat cengeng..dah masuk F3 baru buka mulut. Tu baru betul anak jantan. Selagi tak mudhorot dan tiada perlecehan.benda boleh settle sendiri.
- rakan sedorm, 1 kelas dan seniors ..alhamdulillah sangat - sangat baik dengan beliau.
- untuk amalan lain kala menghadapi kesulitan macam ni,memang amalan bacaan al quran/ yasin secara berkala atau berterusan pun membantu. Sebab dalam surah yasin ayat 9,memang terjemahannya memohon perlindungan Allah. ( ini pahaman cik ayu yang kurang arif).
- akhir kata,kuatkan jiwa dan semangat selalu. Nak disukai manusia memamg payah. Tapi mintalah redha Allah swt dan kasih sayangNya.
Ps: Semua dalam ni intake campur - campur. Takde beza - beza. Sebab yang mereka cari adalah ukhwah fisabilillah dan redhaNya Allah swt dalam perjuangan mereka.

No comments:

Post a Comment

komen jer...