Pages

Mar 13, 2013

Chocolate Indulgence Cake Pertama Saya (Berserta resepi)

salam guys..
selamat hari rabu
selamat agak melemau jugak arini.
huhuhuuhuh..
first time buat cake ni.
cake cokelat indulgence katenya
ala - ala SR kengkononnya...
cake yang bercinta,bertunang,bernikah dan dapat anak.
total hours preparation,baking,cooling,deco and cooling balik
aderlah lebih 6 hours..
imejin yer..
pkl 10 mlm ari jumaat lepas sampai pkl 4 petang berikutnya baru betul2 sejuk dan utuh!
ahahah
apepun..aku sangat puas ati sbb buat beso pun beso..
eh?!korang dah join GA aku ke belum?!



so..meh - meh nak share recipe ni dgn kengkawan..
kalau tak mo buatkan..
korang boleh order dgn aku je..
pm ow whatsapp ye..
Bahan-bahan (kek):
Sumber :  dari Blog Kak Yati dan Cik Lah
* aku skip.guna sponge mix je..

150g tepung naik sendiri
5 biji telur
80ml minyak jagung/butter yang dicairkan
120ml susu coklat
150g gula halus
1 1/2 sudu besar ovellete
2 sudu besar cappucino emulco
3 sudu besar serbuk koko

Cara-cara:

  • Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan ovellete dan pukul lagi hingga gebu dan ringan.
  • Masukkan minyak jagung, putar perlahan. Masukkan pula susu dan cappucino emulco. Apabila sebati, masukkan tepung dan serbuk koko. Pukul perlahan hingga sebati. 
  • Saya panaskan oven kira-kira 10 minit  dan bakar kek kira-kira 10 minit kerana saya menggunakan loyang swiss roll.
*aku bako guna loyang size 10x10.bako 3 kali. batter 1kg sponge mix tu aku bako 3 kali.


 Bahan-bahan white choc filling:

100g compund white chocolate 
150g butter
2 biji telur gred A (aku pakai 2 egg yolk saja)
100g gula halus (aku ganti dengan icing sugar)
250g non dairy whipping cream (aku gunakan brand Vivo)

Cara-cara:
  • Cairkan coklat secara double boiler dan ketepikan. 
  • Pukul whipping cream hingga kembang. Pastikan whipping cream TIDAK mencapai suhu bilik semasa diputar. Jangan terlebih pukul kerana suhu whipping cream yang semakin menurun, akan menyebabkan  ianya overmixed dan akan menjadi berketul. 
  • Pukul telur dengan butter hingga kembang. Masukkan kuning telur dan pukul lagi. Masukkan coklat dan kacau sebati.  Akhir sekali masukkan whipping cream dan kacau rata.


Bahan-bahan untuk dark chocolate filling:


100g compund dark chocolate 
150g butter
2 biji telur gred A (aku guna 2 egg yolk saja)
100g gula halus (aku guna icing sugar)
250g non dairy whipping cream (aku pakai brand Vivo)

Caranya sama dengan kaedah penyediaan white chocolate filling.




Bahan-bahan untuk ganache:

300g dark chocolate (Jika tidak menggunakan chocolate coins, pastikan coklat dipotong kecil untuk memudahkan ia larut dengan cepat)
300g non dairy whipping cream
25g butter

Cara-cara:

  • Masak whipping cream hingga timbul buih-buih kecil. 
  • Masukkan butter kacau perlahan. 
  • Masukkan chocolate dan kacau hingga tiada lagi ketulan coklat dan coklat telah mencair sepenuhnya. 
*cara aku,aku tunggu ganache ni dalama suhu bilik lepas tu aku lepa atas cake.since cake yang aku buat ni sangatlah beso..takde bekas lagi beso nak tadah kelelehan ganache tu.so..aku lepa jelah..




Cara untuk assemble kek:

  • Potong kek menjadi 4 keping. 
  • Letak sekeping kek di atas kek plate. Sapukan white choc filling, anggaran 1/2 daripada adunan. Ratakan. Letak lagi sekeping kek dan sapu pula dengan dark chocolate filling. 
  • Ulang hingga lapisan kek habis dan sapukan kek dengan baki dark chocolate  filling. (yg ni aku skip)
  • Sejukkan dalam peti ais hingga betul-betul set sebelum dicurahkan dengan ganache.
  • Kek-white choc-kek-dark choc-kek-white choc-kek-dark choc-ganache. Siap!
*since aku dah siap separate cake tu pada 3 kali pembakaran,aku just assemble

cake - choc mousse - cake - white mousse - cake - ganache

*aku skip sapu lebihan choc mousse tu and tuang ganache tu , aku sejukkan then lepas tu aku lepa pada suhu bilik bila ganache tu dah sejuk.






7 comments:

  1. perrgghhhh..
    *pejam mata.. cepat2 larik keluar..
    Mode:on diet..:P

    ReplyDelete
  2. wah..nampak sedap tu plus tak la susah sgt just remeh la sbb banyak yg nak kena buat..but aku tgh mood malas nak membaking nie..so..just copy & save jer dulu la ek..

    ReplyDelete
  3. kecor liorrr ni nengok kek peberet ni...

    ReplyDelete
  4. Aduuu...terliur tgk cake ni..ssh jgk nk buat kek ni eh..tgk bhn2 pun byk modal..hehe

    ReplyDelete
  5. Tingginya kek ni...mesti letih nk siapkan ni..tapi nampak yummy sangat

    ReplyDelete
  6. fulamak...ni klu jual nih trus rm300!hahahaha

    ReplyDelete
  7. tobatt tak pahamm nak buatttt..especially bab jadi layer2 tu..

    ReplyDelete

komen jer...