Pages

Oct 28, 2013

Resepi Dari Pemanggang Ajaib : Blueberry Muffin (Langkah Demi Langkah)

Salam Guys
selamat bekerja di hari Isnin yang mulia ni
banyak sangat entry memasak dari kami since minggu lepas lagi
harap - harapnya kalian takdelah jemu baca
dah kami ni suke memasak untuk hilangkan stress/ utuk mengasah skill dan jugak selain dari tiba - tiba kepingin nak makan atau jugak sebab anak - anak request.

Kali ni resepi seperti biasa guna pemanggang ajaib
Berexperimentasi dengan menda aloh tu
and again.good investment.
tak payah pening kepala nak cari grill atau oven.
bak kate lecturer metal fabrication aku masa ngaji dulu:
KITA BUAT DIA, BUKAN DIA BUAT KITA.
see?!
selagi kita boleh alter,kita cuba.
kalau dah tak boleh daya kita, then we just rest the cased.
ehehehe





Blueberry Muffin (Langkah Demi Langkah)



Bahan - bahan :
2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 biji telur
1 cawan susu cair
1 cawan icing sugar
1 sudu besar blueberry emulco
2 sudu besar blueberry pie filling



Cara - cara:

Ayak tepung naik sendiri dengan bp, sb dan secubit garam, ketepikan




Dalam bekas lain, satukan telur, susu, minyak masak dan gula.pukul sampai kembang




Masukkan blueberry emulco dan pukul sehingga kesemuanya hancur.





Kemudian masukkan tepung dan bluebrry pie filling.
Gaul sebati.




'Scoop'kan adunan tadi dalam kertas muffin yang diletak dalam tin kecil muffin
Tabur sedikit gula kasar pada permukaan adunan tadi
Bakar dengan api sederhana kecil selama 20min - 25min atau sehingga bila kita cucuk dibahagian tengah muffin tidak melekat.




Selamat Mencuba!!!



7 comments:

  1. baguih akak ni banyak resepi ni..mmg rambanng mata semua nak buat ni

    ReplyDelete
  2. smlm aku nk wat brownies ..ingt nk guna pemanggang ajaib tp tk jd buat bila cuaca mendung ..mata aku pn mendung tdo..hehehe

    ReplyDelete
  3. tq sharing resepi,

    nak simpan resepi ni, nnti ada masa n mood rajin sampai leh cuba buat..:)

    ReplyDelete
  4. kau suka kan masak masak kek ni.. aku bab bab pemanis mulut ni suka makan... bila buat tak jadi.. lepas tu give up.. baling dalam tong sampah.. ahahahha

    ReplyDelete
  5. ko bakar dlm oven ke dalam pemanggang ajaib beb?
    maaf lah kalo soklan aku nih pelik. hahahahaha. sbb aku tgk tajuk ko ade tulis pemanggang ajaib.:P

    ReplyDelete
  6. Wahhhh bagus ni buat guna pemanggang ajaib..Mmg ajaibb..xpernah lak try

    ReplyDelete
  7. Tak pnh lg try buat kek guna pemanggang ajaib ni..confirm jadi ek..harus try ni :D :)

    ReplyDelete

komen jer...