Pages

Oct 24, 2013

Resepi Mash Potato Mudah (beserta resepi gravynya sekali)

Salam Guys..
ingat lagi tak resepi ayam bako yang kami buat sudah - sudah?!
ala..dari entry ni la : 
makan sedap dengan kentang putar tu

menjejeh jekan gravynya
ehehehe..
meh - meh nak kongsi resepi
lagi sedap sebenarnya dari mash potato kfc tu


Kentang Putar (Mash Potato)
Memula korang rebuslah kentang yang siap dikopek dalam 6 ke 8 biji
jenis yang aku guna ni kentang kuning biasa je
nak beli yukuan gold tu
hohoohh
lotih la nak gi cari jejauh
cari kat kedai Pak Mat je
lepas rebus tu..korang lecek la guna tangan ke..
guna alat pelecek ke..
tak pun guna penekan daging burger
selepas itu korang masukkan whip cream 



ni la whip cream yang aku guna
bangsa dairy


Masukkan sikit - sikit sampai mendapat tekturs yang korang nak tu


Siap sudah!!!
*kalau korang suke, boleh tambah garam dan lada hitam sikit


resepi untuk Gravynya plak kat bawah ni:

Bahan-bahan Resepi Sos (Gravy) Kentang Putar:
  • 1 labu bawang besar (ditumbuk) 
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk) 
  • 4 sudu butter
  • 2 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air panas)
  • 2 kiub ayam knorr
  • secukup rasa serbuk lada hitam dan sulah
  • 2 1/2 cawan air
Cara-caranya
1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang. Biarkan dia caramelized (bertukar warna sedikit perang (warna caramel))
2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan tumis sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang suka.
3. Masukkan air dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa.
5. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.
6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul. Siap, hidangkan sos yang dah siap bersama kentang putar.


copy paste dari blog: 
http://beadbroochgadiskampung.blogspot.com/2013/06/resepi-mashed-potato-ala-kfc.html



5 comments:

  1. wahh...sedapnya..nak try buatla..sume resepi yg kita suka dah bookmark sng nak refer..hehe

    ReplyDelete
  2. aku ritu buat lamb chop
    mash patoto aku taruh susu cayaq ngan butter..pas2 lada sulah skit hehe

    ReplyDelete
  3. Ok dh bookmark jugak entry ni :)

    ReplyDelete
  4. thks sharing beb..
    penah buat mash potato..tp tk mcm ko buat...hehe..
    rebus lenyek cm biasa je...haha..
    lgpon irfan tk brpa mau mkn..huhu

    ReplyDelete

komen jer...