Pages

Mar 20, 2014

Resepi Roti Canai Mudah

Salam Guys,
Sudah masuk hari khamis
esok adalah hari terakhir dalam minggu bekerja
lama tak update atau lama juga tak berkunjung ke blog korang seme..
terima kasih banyak - banyak sebab rajin jenguk blog kami
baik yang meninggalkan jejak atau tidak
semoga Allah merahmati kalian semua
Hari ini mahu berkongsi satu lagi resepi cubaan yang telah berjaya kami buat
since anak - anak memang suka makan roti canai, prata, flat bread..
makanya hari sabtu lepas, kami pun buatlah selepas goole mcm2 resepi dalam internet ni


Bahan - Bahan


1/2 kg tepung gandum 

1 sudu besar gula 

1 sudu kecil garam 

2 sudu besar susu pekat 

1 biji telur 

1 ½ cawan air 

1 sudu besar mentega/ marjerin 








Cara-Cara untuk Membuat Roti Canai


1) Campurkan susu, garam, gula, telur ke dalam air di dalam bekas. Kacau sehingga semua bahan larut. 

2) Masukkan tepung dan uli sehingga lembut dan lengan terasa mengecil 2 inci dari saiz asal. 

3) Menguli sehingga menjadi doh, rehatkan doh selama 10 min. 

4) Uli lagi selama 6 minit -8 minit (Ulangi langkah ini sebanyak 3 kali –uli dan rehatkan doh).

 
5) Sehingga doh menjadi kenyal dan tidak melekat. Jangan risau kalau proses pertama terasa doh melekat di tangan. Kalau ianya masih lembik lagi selepas kali kedua uli dan rehat, tambahlah sedikit tepung (1 sudu besar). 

6) Bentukkan doh tersebut menjadi bebola kepada 10 biji dan salut dengan mentega atau marjerin. Perap selama 3 jam atau lebih. 

7) Ambil 4 biji, nipiskan sebesar piring, ketepikan selama 5 min untuk menggelakkan mengecut semasa ditebar. 

8) Ambil satu keping yang telah dinipiskan dan diperap, bolehlah ditebar atau ditarik untuk mengelakkan koyak. Tangan mesti sentiasa berminyak, apabila doh cukup nipis, renjiskan banyak sikit minyak dan lipat. Kalau kurang minyak, doh mudah kering dan mudah terkotak di tengah-tengah. 

9) Panaskan pan dengan api sederhana. Letakkan sedikit minyak dan masak sehingga perang sambil terbalikkan roti. 

10) Doh Roti Canai ini boleh disimpan dalam peti ais sehingga 2 hari. 







Tips: Jangan uli doh tersebut sehingga menjadi terlalu kenyal kerana akan menyebabkan roti susah nak ditebar dan keras. 


selamat mencuba

*kredit kepada : http://resepiroticanailembut.blogspot.com/

9 comments:

  1. sejibik cam beli kt kedai! cer jual frozen punya ayu :)

    ReplyDelete
  2. tk yah mkn roti canai kt luar dh ha...
    besttt...

    ReplyDelete
  3. wat roti canai ni kena ada tenaga yg kuat..hahaha mil iols yg dah 70 tu pun mampu uli roti canai taw..hahaha mmg roti canai nah wat kat umah siap masak kuah dal lagi heheh terbaik lah uols ni

    ReplyDelete
  4. aku oder kt kedai jer lah beb!
    hahahahaahha.
    femalas kekdahnye~

    ReplyDelete
  5. telan airliur nengok roti canai ayu buat nie.
    garing .fuh sodapnya

    ReplyDelete
  6. besan nape x snap pic tgh menebar nk tgk kekekekke .. mmg rajin la ko kat dapur sbb tu anak2 sihat dgn jayanya ..kita malas tu anak2 keding ahahhaa

    ReplyDelete

komen jer...