GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

May 6, 2024

Terima Kasih Buat Yang Telah Mendaftar.


𝐀𝐫𝐭𝐢𝐟𝐢𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐥𝐥𝐢𝐠𝐞𝐧𝐭 𝐑𝐞𝐬𝐞𝐚𝐫𝐜𝐡 𝐌𝐞𝐭𝐡𝐨𝐝𝐨𝐥𝐨𝐠𝐲 𝐖𝐨𝐫𝐤𝐬𝐡𝐨𝐩 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐍𝐨. 𝟐/ 𝟐𝟎𝟐𝟒.

 Bismilllah. 1st project after appointment.  Sharing as much as I can.  Ilmu take banyak tapi says seorang yang suka belajar dan memcari ilmu pembelajaran. Mudahan setiap langkah ini dalam rahmatan lil alamin selalu.

Terima kasih yang sudi dan telah mendafatar. insyaa Allah saya kongsi sebanyak mungkin. 

May 3, 2024

Belum Terlewat Tapi Hampir ke Penghujung : SALAM AIDILFITRI 1445


BUAT SEMUA RAKAN BLOGGER
SALAM AIDILFITRI 1445
HARI NI PENUH DENGAN UNDANGAN DARI JABATAN DI TEMPAT KERJA.


 

May 2, 2024

Alhamdulillah. Another milestone and achievement 2024


 salam semua. baru ada kesempatan nak update blog sekangkang kera ni. syukur ke hadrat ilahi. buat yang bertanya dan sebagainya. double happiness dan rezeki dri Allah swt. Officially JA36  - Penolong Jurutera Kanan pada 12hb mac lepas. dan rasminya sebagai 'Tc.'  Juruteknik Berkelayakan di bawah MBOT dalam bidang  Teknologi Aeroangkasa dan Aviasi pada Disember 2023.

 Perjalana yang panjang dan berliku. Perancangan di masa depan? insyaa Allah sambung belajar dalam bidang yang sama atau mungkin manufacturing / atau mana2 yang teknologi yang terkait dengan bidang kerja sekarang dan juga selepas graduasi, mungkin akan mohon Professional Technologist di kemudian hari.

mohon doa dari semua rakan - rakan blogger yang sudi dan rajin singgah ke mari.

 

Apr 4, 2024

Rezeki Ramadhan 1445

 

Salam semua.
Sendu rasanya blog ni.Begitulah. sibuk dengan kerja hakiki dan tanggungjawab seharian.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat ilahi. Dapat rezeki lain dalam bulan ramdhan yang mulia ni.
buat pemangkin semangat agar terus berkhidmat dengan lebih baik demi anak bangsa.

Sungguh, risau juga dengan kurniaan yang berganda dari Allah swt taala ni. Disember lepas Allah kurniakan lolos permohonan dan temuduga sebagai Juruteknik Bertauliah  (Tc.) di bawah MBOT (Malaysia Board Of Technology)Yang terbaru ini pula adalah anjakan dalam pekerjaan hakiki. 

Mudahan dengan ganjaran dari Allah swt ini buat kami selalu beringat agar semua ini pinjaman dan terus tunduk menjadi hambaNya yang bertakwa.


Catatan buat kenangan tarikh 12hb Mac 2024



Mar 11, 2024

Esok Puasa. Salam Ramadan 1445

Salam Ramadan 1445.
- terawih
- khatam al quran
- tadarus
- sediakan juadah sahur dan berbuka
- menjalankan pekerjaan dengan ikhlas
- no troll/menganjing/umpat keji nista
- block all pages /wall yang display lagho content and trolling.

Small step, create bigger awareness.

Pesanan Khas: perbanyakkan mohon keampunan dan permudah urusan sepanjang ramadan. Dan berhentilah merentan - rentan soal rezeki dari Tuhan. Hati - hati dengan lisan dan jari. Menulislah dan berkatalah yang baik - baik sepanjang bulan mulia. Kerana setiap doa,baik atau buruk.Allah makbulkan dalam bulan mulia. Wallahualam
 

Mar 5, 2024

SEDIH TAPI SUKA.


 ehehe..

memula je sedih.lepas tu happy sebab dapat ngap. berlakon je lebih. 

apa khabar semua?

tak dan nak upload.

nntilah kumpul sekali.

jumaat ni nak gerak ke kontan. anta abg long ahad.

take care semua.


Feb 15, 2024

BENGKEL PENULISAN KERTAS TEKNIKAL DAN POSTER PERINGKAT KEBANGSAAAN (PRE – NATECS 2024)



 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

YBhg. Datuk / Dato’/ Datin / Prof. Dr. / Prof. Madya Dr. / Dr. / Tuan / Puan,

 

JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI: BENGKEL PENULISAN KERTAS TEKNIKAL DAN POSTER PERINGKAT KEBANGSAAAN (PRE – NATECS 2024)

 

Dengan segala hormatnya perkara tersebut di atas dirujuk

 

Tarikh :                            6hb – 7hb Mac 2024

Masa :                              9.00 pagi – 5.00 petang

Anjuran :                 Gabungan Teknikal Universiti Awam (GATUM), Kesatuan            Kakitangan Sokongan (KESATU), Kulliyyah of Engineering, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT)

Tempat :                    Kulliyyah of Engineering, IIUM, Gombak, Kuala Lumpur

Yuran Penyertaan :          RM260 (dengan penginapan)

         RM180 (tanpa penginapan)

 

Sasaran Peserta :

-          Terbuka kepada semua kakitangan awam dan swasta dari pelbagai university awam/ swasta/ Badan Berkanun dan pelbagai kementerian.

-          Calon – calon pembentangan lisan dan poster bagi Seminar Teknikal dan Poster Kebangsaaan 2024

-          Teknologis Berijazah/ Teknologis Professional (Ts.) dan Juruteknik Berkelayakan / Juruteknik Bertauliah (Tc.)

 

 Kami amat berbesar hati menjemput Yang Berbahagia. Datuk / Dato’/ Datin / Prof. Dr. / Prof. Madya Dr. / Dr. / Tuan / Puan untuk menyertai program ini.

Sebarang pertanyaan mengenai webinar sila hubungi

Pn. Nurazani Bt Md Aris   di talian 0199234197

http://www.wasap.my/60199234197/Pre- Natecs2024

Para Sarip and Saripah Janjang