GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Mar 11, 2024

Esok Puasa. Salma Ramadan 1445

Salam Ramadan 1445.
- terawih
- khatam al quran
- tadarus
- sediakan juadah sahur dan berbuka
- menjalankan pekerjaan dengan ikhlas
- no troll/menganjing/umpat keji nista
- block all pages /wall yang display lagho content and trolling.

Small step, create bigger awareness.

Pesanan Khas: perbanyakkan mohon keampunan dan permudah urusan sepanjang ramadan. Dan berhentilah merentan - rentan soal rezeki dari Tuhan. Hati - hati dengan lisan dan jari. Menulislah dan berkatalah yang baik - baik sepanjang bulan mulia. Kerana setiap doa,baik atau buruk.Allah makbulkan dalam bulan mulia. Wallahualam
 

Mar 5, 2024

SEDIH TAPI SUKA.


 ehehe..

memula je sedih.lepas tu happy sebab dapat ngap. berlakon je lebih. 

apa khabar semua?

tak dan nak upload.

nntilah kumpul sekali.

jumaat ni nak gerak ke kontan. anta abg long ahad.

take care semua.


Feb 15, 2024

BENGKEL PENULISAN KERTAS TEKNIKAL DAN POSTER PERINGKAT KEBANGSAAAN (PRE – NATECS 2024)



 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

YBhg. Datuk / Dato’/ Datin / Prof. Dr. / Prof. Madya Dr. / Dr. / Tuan / Puan,

 

JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI: BENGKEL PENULISAN KERTAS TEKNIKAL DAN POSTER PERINGKAT KEBANGSAAAN (PRE – NATECS 2024)

 

Dengan segala hormatnya perkara tersebut di atas dirujuk

 

Tarikh :                            6hb – 7hb Mac 2024

Masa :                              9.00 pagi – 5.00 petang

Anjuran :                 Gabungan Teknikal Universiti Awam (GATUM), Kesatuan            Kakitangan Sokongan (KESATU), Kulliyyah of Engineering, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT)

Tempat :                    Kulliyyah of Engineering, IIUM, Gombak, Kuala Lumpur

Yuran Penyertaan :          RM260 (dengan penginapan)

         RM180 (tanpa penginapan)

 

Sasaran Peserta :

-          Terbuka kepada semua kakitangan awam dan swasta dari pelbagai university awam/ swasta/ Badan Berkanun dan pelbagai kementerian.

-          Calon – calon pembentangan lisan dan poster bagi Seminar Teknikal dan Poster Kebangsaaan 2024

-          Teknologis Berijazah/ Teknologis Professional (Ts.) dan Juruteknik Berkelayakan / Juruteknik Bertauliah (Tc.)

 

 Kami amat berbesar hati menjemput Yang Berbahagia. Datuk / Dato’/ Datin / Prof. Dr. / Prof. Madya Dr. / Dr. / Tuan / Puan untuk menyertai program ini.

Sebarang pertanyaan mengenai webinar sila hubungi

Pn. Nurazani Bt Md Aris   di talian 0199234197

http://www.wasap.my/60199234197/Pre- Natecs2024

Jan 2, 2024

Selamat Datang 2024: Rasminya Sebagai Tc. Ida Rahayu ( Certified Technician In Aerospace and Aviation Technology) by Malaysia Board Of Technology (MBOT)


Selamat Datang 2024:
Rasminya Sebagai Tc. Ida Rahayu ( Certified Technician In Aerospace and Aviation Technology) by Malaysia Board Of Technology (MBOT)

Maaf bukan bragging.
Maaf bukan menunjuk.
Maaf bukan berlagak.

2023 adalah tahun yang penuh liku dan dugaan yang tak terbilang.
Diuji dengan masalah kewangan dan diuji dengan mereka yang memanipulasi kekurangan dan kelemahan diri ini.
Tak mampu menulis mendalam kisahnya sebab biarlah Allah swt sahaja yang mengadili.
Diuji juga hampir gagal dengan kesihatan mental dan kesihatan diri.

Jujur,asbab yang terjadi.
Circle makin kecil.
Kenal siapa kawan dan lawan.
Siapa yang benar - benar membantu tanpa perlukan penghargaan dan pengiktirafan.
Mungkin ramai yang tertanya kenapa dan mengapa.
Kami pilih diam,sabar dan menjauh.
Kami pilih untuk tidak bertuhankan usaha kerana usaha yang tanpa doa dan tawakal serta percaya bahawa rezeki dan takdir setiap orang tak sama;bukanlah kerana usaha ,usaha ,usaha ,pasti berjaya macam dia;atau kerana usaha pasti kaya dan berharta macam dia;kerana usaha memang boleh berjaya.
Itu silapnya bila terlalu yakin rezeki itu milik kita kerana usaha kita.
Sampai lupa rezeki Allah yang pegang.bukan manusia.bukan usaha semata.

Sekeping sijil pengiktirafan ini untuk :

1. Kata - kata hinaan: She's know nothing about aviation/aerospace,bertahun - tahun lamanya dari mereka yang sombong dengan ilmu mereka.

2. Penghargaan buat semua instructor semasa belajar di Northrop. Jujur,saya memang tak sehebat rakan seperjuangan yang sudah ada lesen jurutera pesawat. Namun sekeping sijil baikpulih badan dan enjin pesawat 20 tahun lepas bukanlah sekadar sijil yang sia - sia. Tapi buat pengukuh kemahiran diri yang sudah berjuang dalam memberi semula kepada anak bangsa.

3. Aturan dari Allah swt kala usaha mencuba transisi dari gred pekerjaan sekarang yang gagal lolos,Allah swt gantikan dengan pengiktirafan ini. Allah sahaja yang tahu terbaik buat kita.

4. Sekadar buat mak abah tahu, Along masih belajar meningkatkan kemahiran dan kebolehan diri . Supaya setiap hari lebih baik dengan caranya yang tersendiri. Kerana,jalan hidup dan perjuangannya masih panjang.

Coretan ini juga sebagai pembakar semangat buat mereka yang benar - benar jatuh dan sakitnya bila berada di tempat paling bawah seperti saya: tak berharta, tak berpelajaran tinggi, yang masih selalu catu makan,catu segala - galanya demi keluarga, atau hiba dan kecewa dipandang hina oleh 'orang - orang beragama / tak beragama yang pandang harta dan pangkat', selalu disalah - erti dan dibenci kerana tak mampu duduk sama tinggi dan sama rendah seperti mereka, dipandang remeh dan temeh atas buah - fikiran dan pendapat kerana 'bukan sesiapa' pada mata dan pandangan mereka.

Bangkitlah selalu.
Pegang sesuatu dalam hidup ini yang baik - baik agar timbangan kita jelas di sana , agar baldi kita tak bocor sana - sini di sana.
Allah swt mahu kita yakin dan berpaling teguh pada Dia sahaja.

Coretan ini juga saya ingin berpesan buat mereka yang memanupulasi,berbuat helah dan berbuat onar dan ulah dalam hidup orang lain demi mengejar kehebatan dan kesenangan hidup sendiri:

'Setiap Perkara Ada Harganya.'

Ps: seandainya coretan menjentik rasa, berhentilah berprasangka dan menyimpan curiga. Seandainya kita tahu nilai kita, kita tahu juga sejauh mana ia.

 

Dec 24, 2023

ISI PERUT DULU : KEDAI NAN BISTRO



- Bas abg long gerak nanti jam 10.45
- makan dulu kat prima gombak.
- Nama Kedai Nas Bistro
- Thosai dia fresh and tak masam 😁, chutney kelapa dia sedap.
- Anak2 layan maggie goreng lagi. Balas dendam la sebab kat rumah memang kami tak masak maggie.
- abang long siap tapau nasi lemak ayam goreng dua bawa bekal.
- apapun,mantop pak abu.
- syukur atas nikmat sarapan hari ini.


 

Dec 23, 2023

SEBERAPA PANTAS,SO7.KISAH 2 SEPTEMBER 2023

 

Pantas Masa Berlalu, esok abg long dah kena naik bas semula ke Instar.
Pejam celik hampir ke penghujung minggu cuti persekolahan anak - anak.
Dulu,tak terjangka jalan ini yang abg long pilih.
Merantau jauh untuk menuntut ilmu dan pengalaman hidup di negeri orang.

Bukan untuk pujian dan sanjungan,sekadar mencari bekal di dada.
Benarlah kata orang dulu, belum cukup jantan dan berilmu kalau tak coba merasa hujan emas negeri orang.
3 tahun di asrama, jauh dan dirinya serba - serbi kurang.
Banyak sudut,tapi dia belajar berdikari mencari saudara sejati,ukhwah dan brotherhood itu sungguh sesuatu yang tidak boleh dijual beli atau ditukar ganti.

Dia gembira jadi payung buat adik junior. Siap ada seorang adik junior F1 kesayangan. Nama sama dengan bff masa di sekolah rendah.
Katanya pelanduk dua serupa.
Dia juga bahagia ada seorang abang senior f4 yang juga buddy dia.
Banyak juga perancangan untuk dibuat bersama.
Kami cuma kata,sabar duluan.masanya bakal tiba.

Buat ibu ayah yang kenal abg long,yang selalu titipkan belanja,yang selalu bantu persekolahan dia,yang selalu selitkan doa buatnya.
Terima kasih banyak - banyak.
Hanya Allah sahaja yang mampu balas.

Malam ini kami belanja mereka adik - beradik ni makan mamak.
Menambah - nambah air dan makan.
Nampak sangat lama tak keluar dari rumah.

Bila pandang muka anak - anak.
Terasa kami sudah tua.
🤣🤣🤣

Para Sarip and Saripah Janjang