PRE - NATEC 2024 - BENGKEL PENULISAN DAN POSTER PERINGKAT KEBANGSAAN 2024 (THROWBACK HARI PERTAMA 5TH JUNE 2024) | Iceboxrivet

GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Jul 15, 2024

PRE - NATEC 2024 - BENGKEL PENULISAN DAN POSTER PERINGKAT KEBANGSAAN 2024 (THROWBACK HARI PERTAMA 5TH JUNE 2024)

 

PRE - NATEC 2024 - BENGKEL PENULISAN DAN POSTER PERINGKAT KEBANGSAAN 2024
IIUM - KOE,IIUM
5TH JUNE - 6TH JUNE 2024
Hari pertama sebagai DEMONSTRATOR semasa lawatan ke Makmal Aerodynamic oleh peserta PRE - NATECS 2024 dari UTM,UMT,UITM, dan penceramah jemputan Ts.Dr Amizah dari UTHM serta Ir. Ts Dr Jazlan dari IIUM.
Buat masa sekarang memang 'semangat dan minat yang mendalam' adalah dalam bidang ini;dengan terowong angin kecil ini.
Tentang ujikaji dan pengujian tentang 'TOF- THEORY OF FLIGHT : TEORI PENERBANGAN'.
Tentang pengujian kebolehupayaan dan ketahanan bahan ujikaji/model dan pengujian terowong angin.


Mungkin sekadar kakitangan biasa tanpa title/pangkat besar,namun terima kasih atas ruang dan peluang berkongsi dengan kakitangan teknikal dari universiti lain tentang kelebihan dan teknologi yang ada di Kulliyyah Kejuruteraan ,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


Terima kasih juga dengan pertanyaan keramat: Puan sedang buat PHD ke?
- Allahuma Amin. Mungkin suatu masa sampai rezeki itu.



Moga perkongsian mengubah persepsi bahawa UIAM/IIUM bukan sekadar sebuah Taman Ilmu dan Budi untuk jurusan agama /wahyu/bahasa arab sahaja.
Tapi UIAM/IIUM juga Taman Ilmu dan Budi juga ada bidang Kejuruteraan dalam pelbagai bidang :
Mekanikal dan Aeroangkasa
Awam
Mekatronik
Elektrik dan Komputer
Pembuatan dan Bahan

Terima Kasih

1 comment:

komen jer...

Para Sarip and Saripah Janjang