GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Showing posts with label Aku Anak Pencari Besi BUruk. Show all posts
Showing posts with label Aku Anak Pencari Besi BUruk. Show all posts

Dec 4, 2024

Nov 27, 2024

SENTIMENTAL SEPTEMBER 2024

 



- ABAH WARDED ALMOST 4 WEEKS AT HTAR,KLANG.
( BENGKAK LIMPA + HATI + PENYAKIT BERKAITAN DARAH,KANSER,BEDRIDDEN)
- AQIL DEMAM DAN JANGKITAN KUMAN DALAM DARAH FEW DAYS BEFORE RETURN TO BOARDING SCHOOL.
TERIMA KASIH YANG TANYA KHABAR,YANG MENYUMBANG DAN MENDOAKAN.
SEBAIK - BAIK PERANCANGAN MANUSIA,PERANCANGAN ALLAH MAHA BAIK.
BUAT DIRI SENDIRI: EMOSI DAN KESIHATAN JUGA TAK STABIL.
MOHON RAKAN TAULAN DOAKAN DIRI INI LEBIH TENANG,WARAS DAN SIHAT.
INSYAA ALLAH.
SIGNOUT: ICEBOXRIVET.


Jan 2, 2024

Selamat Datang 2024: Rasminya Sebagai Tc. Ida Rahayu ( Certified Technician In Aerospace and Aviation Technology) by Malaysia Board Of Technology (MBOT)


Selamat Datang 2024:
Rasminya Sebagai Tc. Ida Rahayu ( Certified Technician In Aerospace and Aviation Technology) by Malaysia Board Of Technology (MBOT)

Maaf bukan bragging.
Maaf bukan menunjuk.
Maaf bukan berlagak.

2023 adalah tahun yang penuh liku dan dugaan yang tak terbilang.
Diuji dengan masalah kewangan dan diuji dengan mereka yang memanipulasi kekurangan dan kelemahan diri ini.
Tak mampu menulis mendalam kisahnya sebab biarlah Allah swt sahaja yang mengadili.
Diuji juga hampir gagal dengan kesihatan mental dan kesihatan diri.

Jujur,asbab yang terjadi.
Circle makin kecil.
Kenal siapa kawan dan lawan.
Siapa yang benar - benar membantu tanpa perlukan penghargaan dan pengiktirafan.
Mungkin ramai yang tertanya kenapa dan mengapa.
Kami pilih diam,sabar dan menjauh.
Kami pilih untuk tidak bertuhankan usaha kerana usaha yang tanpa doa dan tawakal serta percaya bahawa rezeki dan takdir setiap orang tak sama;bukanlah kerana usaha ,usaha ,usaha ,pasti berjaya macam dia;atau kerana usaha pasti kaya dan berharta macam dia;kerana usaha memang boleh berjaya.
Itu silapnya bila terlalu yakin rezeki itu milik kita kerana usaha kita.
Sampai lupa rezeki Allah yang pegang.bukan manusia.bukan usaha semata.

Sekeping sijil pengiktirafan ini untuk :

1. Kata - kata hinaan: She's know nothing about aviation/aerospace,bertahun - tahun lamanya dari mereka yang sombong dengan ilmu mereka.

2. Penghargaan buat semua instructor semasa belajar di Northrop. Jujur,saya memang tak sehebat rakan seperjuangan yang sudah ada lesen jurutera pesawat. Namun sekeping sijil baikpulih badan dan enjin pesawat 20 tahun lepas bukanlah sekadar sijil yang sia - sia. Tapi buat pengukuh kemahiran diri yang sudah berjuang dalam memberi semula kepada anak bangsa.

3. Aturan dari Allah swt kala usaha mencuba transisi dari gred pekerjaan sekarang yang gagal lolos,Allah swt gantikan dengan pengiktirafan ini. Allah sahaja yang tahu terbaik buat kita.

4. Sekadar buat mak abah tahu, Along masih belajar meningkatkan kemahiran dan kebolehan diri . Supaya setiap hari lebih baik dengan caranya yang tersendiri. Kerana,jalan hidup dan perjuangannya masih panjang.

Coretan ini juga sebagai pembakar semangat buat mereka yang benar - benar jatuh dan sakitnya bila berada di tempat paling bawah seperti saya: tak berharta, tak berpelajaran tinggi, yang masih selalu catu makan,catu segala - galanya demi keluarga, atau hiba dan kecewa dipandang hina oleh 'orang - orang beragama / tak beragama yang pandang harta dan pangkat', selalu disalah - erti dan dibenci kerana tak mampu duduk sama tinggi dan sama rendah seperti mereka, dipandang remeh dan temeh atas buah - fikiran dan pendapat kerana 'bukan sesiapa' pada mata dan pandangan mereka.

Bangkitlah selalu.
Pegang sesuatu dalam hidup ini yang baik - baik agar timbangan kita jelas di sana , agar baldi kita tak bocor sana - sini di sana.
Allah swt mahu kita yakin dan berpaling teguh pada Dia sahaja.

Coretan ini juga saya ingin berpesan buat mereka yang memanupulasi,berbuat helah dan berbuat onar dan ulah dalam hidup orang lain demi mengejar kehebatan dan kesenangan hidup sendiri:

'Setiap Perkara Ada Harganya.'

Ps: seandainya coretan menjentik rasa, berhentilah berprasangka dan menyimpan curiga. Seandainya kita tahu nilai kita, kita tahu juga sejauh mana ia.

 

Dec 9, 2023

Sarapan Thosai ( Throwback 12 Ogos 2023)


Sarapan ruji pesakit diabetic sepertiku.
Dulu tak suka,sekarang kena suka.
Huhuu..
Yang putih putih kena tinggal sekarang.🙈
Tahniah buat semua.
Yang kalah pun usaha lagi.
Apa ada hal.
Kita dah pilih,Allah tak beri menang pun bersebab..
Allah bagi menang pun bersebab.
Teringat nasihat seseorang:
1: kita pergi,kita pilih dan kita balik.sudah..
2: Loyal to your country,always.
Aku dah buat pilihan,dan aku berdoa agar yang aku pilih membawa kebaikan dan perubahan.
Selamat bekerja semua.
Amanah tu besar. Bukan sekadar slogan dan sorakan.
Aku dan keluarga tak kenyang dengan doktrin dan falsafah.
🙊




 

Dec 8, 2023

Ogos 12, 2023

 


Selesai.
Saluran 4
Sekolah Kebangsaan Meru 2
N42
Tak payah beratur
Petugas semua effisen.
Terima kasih.


Dec 7, 2023

Throwback Kesah Ogos 2023


Kesah Ogos Lagi.
Baik..
Maklum.
Tetiba teringat lagu lama:
Marilah mari pergi mengundi. 🤣🤣
Emosi tengah okay.
Ubat pun dah makan.
Macam biasa,ada suka kita like.tak suka kita swipe.
🙈🙈🙈
Ps: siap print out lagi detail daftar pengundi. Kemain sungguh!


 

Jan 11, 2022

I Love My Job : Khamis 6hb Jan 2022

 


 
Pecutan terakhir FYP Budak - budak Mekanikal yuyaiye.
Moga berjayalah wahai adik - adik.
Lagi 5 tahun dah boleh panggil anak - anak.
Aku memang bermulut bisa dan macam merendahkan kalian kalau dalam makmal.
Maaf. Bab keselamatan paling kuutama.
Bab pengurusan masa juga penting.
Memang aku bising dan memekak tentang apa sahaja sikap sambil lewa dan pemalas yang ada atau muncul.
Sebab ukuran kejayaan bukan dengan hebatnya keberhasilan sesuatu ciptaan tapi kejayaan itu benar - benar terbukti bila kalian bertanggungjawab atas setiap tindakan dan keputusan.
Baik yang besar kecil remeh temeh.
Setiap perkara ada kesan dan akibat.
Jadi sebelum pisang berbuah banyak - banyak kali.
Sebelum anggota badan kalian ada yang hilang.
Aku tak kesah pun kalau kalian benci padaku yang tak ramah/tak mesra.
Untuk apa?
Setiap perkara ada tempat dan masanya.
Moga kalian terus berjaya di luar sana kerana dunia ini tak seindah impian kosong dalam novel - novel cinta atau dalam drama tv3suku.
Ps: batch kali ni mudah bila diatur atau siap siaga dalam buat projek akhir tahun. Kredit untuk lecturer mereka .
Ps 2: so far kalau kukata A, diaorg ni ikut. Bagi tempoh masa buat model dan alteration. Semua on point
Sorry bahasa rojak.lapo nasi ni.🤣🤣




Jun 9, 2020

Hobi Baru : Menanam sayur sendiri

Salam korang.
Lama dah nak mula
Sejak pkp 1 lagi.
Apapun.
1 step at 1 time.
Bismillah.
Semoga dipermudahkan


Beli kat Mr DIY
Sarung tangan
Scoop
Beli lat Giant Bt Caves
Tanah
Baja
Benih

Dah semai.
Tomato
Lobak putih
Kubis napa
Daun saderi.

Kita cuba try

May 29, 2018

Snippet: Jadi Linesman Sport




kami tu yang baju biru
jadi pegawai sukan sekolah aqil.
awal bulan may baru - baru ni.
3hb kot?!
lupa..

Sep 27, 2017

kereta oh kereta

Image may contain: car and outdoor



 Salam Alaik
dah 10 tahun usianya
banyak dah jasanya
dah beberapa kali rosaknya
jadi hari kejadian tu, kami senyum je

kronologi:

1. 25hb sept 2017 ;
6:50pagi :
 sampai - sampai je kat parking sekolah Aqil, temperature level kat dashboard dah 4. hati ni dah dup dap dup dap.

7:30 - 7:55 pagi :
teruskan memandu, sampia depan sekolah setia budi temeprature dah pun naik 5 and blink2. gamble masa ni hidup dan matikan enjin sebab situasinya jammed depan setia budi ni. temperature tu kejap 4 kejap 5.

8:00 pagi:
sampai je kat parking memang dah level 5 terus. terus call and inform orang umah. orag umah inform abg ipar tuk datang check.

12:20 tghri:
Abg ipar datang check and bagithu water pump bocor, timing belt pun lifespan dah habis

1:15 petang : call insurance mintak arrange towing

1:45 petang : orang towing call n inform nak dtg dlm 30 ke 40min

2:20: towing sampai, kami drive sendiri naik ke towing tuk adjust position. brader tu tak bawak assistant. kiri kanan orang lab dok kuar tgk.

3:45 petang :kereta sampai kat bengkel

26hb sept 2017: pukul 5 petang lebih baru kereta siap

sekian..
pengalaman handle kereta rosak, haku yang hadap.








Sep 15, 2017

Kita Lupa Untuk Bersyukur Bila Kita Mula Meremehkan

Bismillah and Salam Alaik

Lama tak menulis dalam blog ni.
Mungkin sibuk sangat dan penat dengan urusan mengisi periuk kehidupan setiap hari.
Lagipun sekarang nak mengejar traffic pun bukan matlamat utama.
Matlamat asal dulu menulis dalam blog pun kerana lebih pada luahan hati tentang kehidupan dan masa hadapan.

Bercakap tentang tajuk..
Selalukan bila kita dan berada dalam keadaan yang selesa, senang..
Kita lupa nak menjadi seorang manusia.
Tak payahlah nak cerita menjadi seorang muslim atau muslimah yang baik sebab sekarang ni bersepah manusia jadi penunggang agama.

Berbalik pada tajuk..
bila kita dimurahkan rezeki dan dilimpahkan rezeki yang meruap - ruap.
kadang - kadang kita lupa susahnya orang lain.
kita rasa kita dah cukup memberi kata - kata nasihat dengan harapan tanggungjawab kita sebagai masyarakat sudah terlepas.
manusia, begitulah.

Berbalik pada tajuk..
Bila pekerjaan dan urusan kehidupan kita diuji sedikit, kita butakan mata hati dan jiwa.
Kita merasa kita dianiaya..
Malah kita gunakan kedudukan dan pengaruh kita untuk menindas orang lain atas dasar policiy, sistem dan sebagainya.
Kita lupa, yang cipta undang - undang itu manusia.
Manusia juga ciptaan Allah / tuhan.
masih ada cacat celanya.


oh ye..
ini sekadar coretan buat diri sendiri yang telah melaluinya dan bakal melaluinya lagi, mungkin?!
Allah itu Maha Berkehendak.
Jadi, belajarlah bersabar dan berusaha menjauh kalau situasi tak mengizinkan kita menentangnya.
Yakin, yang beri nyawa dan rezeki itu hanya Allah.
Bukan manusia.


7 - 8 sept 2017.


Feb 1, 2016

Cari Duit Lebih Dengan Memasak Dan Menulis Resepi Secara Online

Salam Guys.
nak share peluang yang baik dikongsikan dengan kawan - kawan
tak perlu buat blog post, tak perlu visitor.. tak payah pasang iklan
yang penting, kena rajin masak dan selalu update resepi.
setiap resepi diberi mata ganjaran..
ada untung, resepi terpilih oleh penerbit..dapat lagi mata ganjaran lebih
ade untung lagi... cukup 50 resepi.. ada lagi mata ganjaran tambahan..apatahlagi 100 resepi...mata ganjaran tambahan lagi.

nak tahu macamnana, cuma tekan saja link di bawah..
memang cukup mudah..
tak perlu nak bina atau buat blog bagai:







 kami yg feb 2015 tu..
dah dpt pun mata ganjaran tambahan...



di antara resepi kami yang menjadi pilihan editor di bulan ini..
Brownies Coklat
Dah dapat pun mata ganjaran tambahan...
Tunggu apa lagi..
tekan je link di bawah dan kongsikan dengan semua orang:

http://letsmasak.com/?id=1671








Dec 16, 2015

Tahniah Ghani! Dah jadi Sojar dah!


Salam Guys
last week hari sabtu 12hb disember 2015 pergilah ke PUSADA di Port Dickson
pegi tengok adik yang 2nd last bongsu masuk tentera.
alhamdulillah..
kalau diikutkan banyak jugak rintangan nak masuk dengan halangan - halangan lain.
terutamanya dari halangan kesihatan.
Ghani siap kaki terpijak paku karat masa tolong mak ke abah ngarit tuk kambing kat kampung sehari ke 2 -3 hari sebelum lapor diri kat Pusada ni.
Mujur jugak ada yang bagithu makan antibiotik hari apa and lepaslah urine test dia kat sana lepas lapor diri sebab amik antibiotik beberapa hari sebelumnya.
kalau tak mahunya haru kena patah balik.



 Tu adik kami
Nama penuh dia Abdul Ghani Suffian.
Depan sekali belah kanan.
yang mata sepet ala2 nak terpejam tu.
ahahaha...




 kalau kat gambar ni dia kat tengah2 depan sekali...




 semangat jugak tengok ahli keluarga sendiri masuk pasukan keselamatan
aku ada jugak 2 orang pakcik masuk polis.
tapi tak tahulah kenapa rasanya tak sama dengan tentera ni.
maybe sebab aku dulu kecil2 pun bercita - cita nak masuk askar jugak kengkononnya tapi bila pikir2 balik..
tak boleh la nak masuk sebab aku kan ciwek..ahaha



 masa mejar beso peksa perbarisan...
abah aku jadi syahdu plak masa text ucapan Mejar tu dibacakan..
tak tahu kenapa..
tapi Allah jelah yang paham perasaan dia masa tu.
mak ayah mana yang tak banggakan anak - anak capai benda baik atau mendapat hala tuju yang baik dalam kehidupan.




kalau diikutkan..
ni la 2nd time jumpa adik aku ni
memula dulu masa bulan 6 anto dia kat sini..
dengan tak beraya sama...
yelah kalau dia balik, kena tambah lagi 6 bulan..
ikut kata dia, nak masuk PARA.
tapi dia takut tinggi.
harap - harap dipermudahkanlah urusan dia.
aku sebagai along, apepun selalu doakan yang baik - baik je buat adik - adik aku.




aku.. adik ghani..
hujung baju kelabu tu laki aku.
tak jadi masuk askar sebab ada asthma...
haih.. haih.. kalau tak lama dah jadi bini sojar..
ekekkeek...
ade orang cakap ghani ni chop muka aku?!
yelah tu..




anak sedara yang tak pernah tengok sejak lahir..
kira dah masuk 6 bulan la kan...
terpinga - pinga budak tu tengok pak itamnya..





last but not least...
family potrait...
tahniah sekali lagi Ghani.
dah Jadi Prebet / Private Abdul Ghani Suffian..

Sep 2, 2015

Sep 22, 2014

Amaran GAMBAR MAKANAN : Mencekik Ala BBQ, Ala2 Steamboat semuanya ala - ala kat Rumah Mbah, Banting, Kuala Langat, Selangor


Salam pagi Isnin guys..
entry basi lagi ..
baru ada masa sikit nak update ni
kejap lagi ligan sambugn kije

aktivit hari sabtu entah tarikh bila la
bapak aku ajak lepak umah mbah aku kat banting
katenya Mbah aku buat makan - makan tuk celebrate cucu yang lain dapat masuk U kot?1
lupa..
yang aku tahu paman aku yang bongsu memang buat steamboat / sizzling
and of course abah aku bawak satay.



tu aku ..
jangan tak kenal plak
yang baju hitam tu orang umah aku


ni abah aku..
korang imajin la kalau dia sendiri dah berumur begini, agak - agak bape umur mbah aku ye?!!



yang itu paman aku yang bongsu tu


awwek baju batik tu angah aku



baju levis tu adik 2nd bongsu aku



makan jangan tak makan beb


aku tak sure ni periuk sape....



tapi yang pasti ni aku punya



ni anak sedara aku: Wafi namanya





susun atur dari makcik aku




lamb chop perap..
dap dap wooo



yang lain - lainnya lah



udang sama udang takkan sama anak tenggiri, bujang sama bujang orang tua yang makan hati.hihihiih



gembira nau budak ni


yezaa..makan dan makan



ni la satay abah aku sponsor



terbaik dari ladang wooo




marak menjulang



yang tukang bako tu adik ipar aku dengan adik lelaki aku yang 1st


serai kena ade maaaa



ni gelak ke sedih?!!



siap pakai lampu tepon lagi sbb area tempat kitaorg bako ni agak gelap



ape yang penting, kerja sama




yang pakai songkok tu la Mbah aku


ayam bermacam ayam


ade ayam bakar..



ni yang belum  masak



baju kuning tu paman ghaus..
paman aku yang no 4 kot?!


gigih mbah aku inspect



baju biru tu the one and only bibik aku.
tudung biru tu mak aku




gembira sungguh 2 beranak ni




abis dah..
letih la menaip

bai - bai...

kalau lepas ni ade yang lapo, jangan salahkan aku ye






Para Sarip and Saripah Janjang