Salam Guys..
Minggu ni ade banyak cerita sikit since edisi masak - masak ade di dapur dek kerana cuti nuzul al quran baru - baru ni..
oh ye..
Koleksi Masak Memasak Menggunakan Pemanggang Ajaib
korang boleh refer pada Label ni : RESEPI DARI PEMANGGANG AJAIB
Kali ni takde gambo masakan tu..
cuma nak kongsi step by step nak masak guna pemanggang ajaib tu
Ikan Talapia Meran Bakar Cincai
Bahan - bahan:
3 ekor ikan talapia merah sederhana besar. (disiang dan dikelar perutnya)
*Bahan kisar:
1 buku bawang putih
1 ulas bawang besar
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai
3 batang cili besar
5 sudu besar cili giling
1 bijik limau purut (diperah dan diambil jusnya)
*1 kuntun bunga kantan
Cara - caranya:
Kisar semua bahan kisar
Gaulkan ikan dan perap selama 1 jam (minima)
Koyakkan bunga kantan dan campur dgn bahan kisar tadi sebelum memerap ikan.
Serasikan garam dan gula
Panaskan pemanggang dan boleh mula memanggang ikan tersebut.
setiap permukaan dalam anggaran 5 - 7 minit dengan api sederhana besar
Enak dimakan bersama air asam.
wah menarik ni..boleh try ni
ReplyDeletesedapnyeeee.. nak try lah..
ReplyDeletetq~
perghh..meleleh air liur ni..
ReplyDelete