Resepi Dari Pemanggang Ajaib : Cream Caramel Mudah. | Iceboxrivet

GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Jul 8, 2013

Resepi Dari Pemanggang Ajaib : Cream Caramel Mudah.


Salam Guys..
a few days nak masuk ramadhan..
to all my dearest frenz..
mintak ampun and maaf setiap salah dan silap dalam berkata - kata dan menulis..

so today...
nak share another resepi pencuci mulut mudah menggunakan pemanggang ajaib
doesn't matter ape jenis brand or size ape..
but in this resepi, kami guna HIG/Regina brand size 28cm





Cream Caramel Mudah
Bahan - bahan
1 - 1 1/2 cawan gula (sebagai karamel)
5 biji telur
1 tin susu sejat manis
6 sudu besar susu pekat manis (nak manis lagi puding telur tu boleh la letak tambahan sedikit gula) *dalam  2 - 3 sudu besar
1 sudu besar atau lebih esen vanila (ikut suka klu nak kurangkan lagi bau telur tu)
*few smalls aluminum mini container.




  • mula - mula sekali panaskan gula sampai cair untuk dijadikan caramel




  • pukul telur + susu sejat + susu manis + esen vanila sampai kembang sedikit (gambar masa ni belum pukul lagi)






  • Susun bekas aluminum dalam preheat pemanggang ajaib.*agak2 panaskan lebih kurang je
  • pastikan korang masak air panas sebelumnya untuk diisi dalam pemanggang tu selepas tuang batter puding telur tu ke dalam bekas aluminum foil tu. (bath maine)
  • Kemudian dalam bekas aluminum tu, tuang karamel dan kemudian tuang batter puding telur tu








  • Selepas tuang air panas, barulah korang hiduplah dapur gas tu dan masaklah cream caramel tu dalam masa 7 - 10min.
  • Pastikan permukaan aluminum tu korang alas dengan penutup or aluminum foil tu untuk elakkan wap2 dari pemanggang tu menitik atas permukaan puding.
  • Tapi kalau malas pun takpe sebab nak kena terbalikkan pun masa nak makan nanti



  • Lepas dah masak tu,bolehlah simpan dalam peti ice untuk makan masa sejuk - sejuk
  • In case lepas sejukkan karamel kat bawah tu macam mengeras, boleh rendam sekejap bontot bekas aluminum foil tu dalam air panas sekejap
Selamat Mencuba!!


*thanks amy for reminder tajuk silap tu!huhuuh



9 comments:

  1. ajaib sungguh kan...bln pose femes menu cream caramel ni

    ReplyDelete
  2. baru prasan apsal tajuk ko resepi lasagna..tp tunjuk cream caramel...ko tk tukar tajuk yg aritu:-p

    ReplyDelete
  3. memang ajaib, kita masak megi pun dalam tu hahahha buat tekur mata pun dalam tu kuali biasa tu tergantung je

    ReplyDelete
  4. suke, mudah dan sedap..hehe
    nak buat utk bulan posa..hehe

    ReplyDelete
  5. Alamak... Tak phm la bab air panas tu
    Takpe nnt kite wasap ye

    ReplyDelete
  6. menariknya. bole la beli pemanggang ajaib ni nanti.

    ReplyDelete
  7. fulamakkk.. senang ler cam nih.. best2~

    ReplyDelete
  8. elok2 je bekas aluminium tu dimasukan dalam pemanggang tu kan..mmg ajaib betul...harus try ni huh hehe

    ReplyDelete

komen jer...

Para Sarip and Saripah Janjang