Yang NI AKU SETUJU WAHAI KAK SITI SIFIR OIII!! | Iceboxrivet

GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Jan 6, 2010

Yang NI AKU SETUJU WAHAI KAK SITI SIFIR OIII!!

 

salam guys.semalam tenet poyos jer...jenuh nak buka blog n sebagainya..arini aku blogwalking jer..then,bacalah blog kak siti sifir nih..pada aku,mmg totally agree ler dgn opinion dia.

 so..aku cnp jerlah dari..as dia pun bg authority..

 

 

 

 

Rintangan Di Awal Perkahwinan


Bismillah,

"Saya kawin suka sama suka :D"
"Keluarga kami tak ada halangan bila kami bgtau nak kawen malah mereka support semua belanja :D"
"Dia sangat baik okeh...takkan la nak tolak bila dia ajak nak kawin kan?? :D"

Awal2 kawin, semuanya OK. Maklum sahaja dalam tempoh bulan madu. Takkan awal2 lagi nak tunjuk belang. Saya sendiri sampai ke dalam bilik bawak air :P. Time awal2 masing2 nak cover line. Pendek kata 2-3 bulan pertama kita lebih mudah untuk bertolak ansur dengan pasangan masing2. Ops..ini bukan sumpahan ye...ada orang dia akan dapat mengekalkan keindahan itu tapi tak kurang juga yang mula merasakan bahang2 masalah rumahtangga.

Sudah banyak kali di dalam entry saya yang saya sebut, orang2 dulu kata, 5 tahun perkahwinan tu kita akan diduga dengan bermacam2 masalah. Kalau budak form 1 masuk asrama, dia ada minggu orientasi. Kalau orang mula2 masuk kerja dia ada 'tempoh percubaan' 3 bulan. Di dalam perkahwinan ini, tempohnya adalah lebih lama. 5 tahun bebbb...lama tuhhh.

Dalam tempoh 5 tahun inilah, kita boleh tahu atau nilai sama ada kita akan masuk ke tahap seterusnya dengan landasan yang lebih kukuh atau sekiranya kita biarkan masalah2 itu berkembang biak menjadi besar sehingga boleh merosakkan alam rumahtangga itu sendiri. Jadi untuk menangani hal ini, mari kita cuba telek apakah rintangan yang menentukan halatuju perkahwinan kita itu :
  • Masih sayang gaya hidup bujang - tau ke apakah gaya hidup orang bujang? Satu nya...suka keluar ramai2 dengan kawan. Kedua...malas. Tengok2 plak kita punya partner adalah orang yang antisosial. Kot lah dia kaki masjid kan...alih2 kita ajak dia gi bowlinglah, panjat bukit lah..tak ke menyimpang dengan minat dia.
  • Meletakkan harapan yang manis terlalu tinggi - Seblom kawin termimpi hidup mcm raja2...dok harap bini siapkan serba serbi. Padahal dia mabuk ngandung je dah dekat 2-3 bulan. Beranak lagi pantang 2-3 bulan. Time tu, tak yah le mimpi jadi raja...elok2 lah prepare jadik dayang diraja...heheheh... Yang perempuan laks, seblom kawin mimpi mau jadi mcm puteri raja, dibelikan itu ini, dibelai dimanja bagai...padahal encik suaminya kerja pun gaji cukup2 makan, pastu minat bola lak tu...time dia tengok bola tu, takde nya nak peduli tuan puteri. Erk..realiti kan??? Jangan brharap tinggi gunung beb, manusia ini lemahnya di sana sini maka kita perlu bersedia untuk hadapi saat2 keciwa dan duka lara :)
  • Sukar berkongsi pendapat - bukan hape, time bujang kan apa2 keputusan decide sdn bhd, alih2 masuk company lain lak yang sedap2 kata, "yes you can" atau no U can't". Masa ni korang akan tahu betapa susahnya Wonderpet mahu bekerjasama!! :P Tapi mereka mengatasi ego masing2 lalu glamerlah mereka seantero dunia.
  • Sukar bergaul - owh ini mcm saya suami isteri. Saya suka mix around, my husband too tapi dia selective sikit. So, keluarga kami mungkin latar blakang tak berapa nak serupa. Mungkin halangan bahasa...hihihi... saya pun mula2 amatlah payah sampai nangis2 sbb tak faham ibu mertuaku ckp. Tapi skang, ok la compare dulu2...
  • Berkongsi kewangan - skang kebanyakan mak2 bekerja. WAHM pun bekerja aaa... So dah ada pendapatan sendiri. Sepatutnya kamu2 boleh kaya raya lah kan kalau pandai manage. Lepas kawin itu, bincanglah, sama ada mau satukan kamu dan aku punya duit dan salurkan ia ke urusan rumahtangga. Atau bahagikan pembiayaan rumahtangga sesama sendiri sebagai contoh, sewa rumah hang bayar, yuran sekolah daku bayar... kami dulu, asal suami ku ada je duit, dia hulur semua.. tapi dah en suami begitu percaya pada daku, takkan la daku nak beli segelen gelang emas kan?? Mesti lah dia hot...so, guna untuk yang patut2 dulu.
  • Terkenang kehidupan lalu - elo, once dah kawin tak yah la ingat2 lagi kenangan di zaman bujang itu. Kalau setakat ingat2 takpo lah bro, janganlah sampai nak jadi orang bujang padahal awak dah kawen dan dah ada anak bini nak tanggung. Memang seronok nak kenang zaman bujang tapi kalau saya lah, saya lebih suka hidup berkeluarga seperti sekarang...kerana sekarang, saya tidak seorang. Kalau saya menangis pun, anak2 buat mesyuarat dan bertolak2 suruh tanya, "Umi nape nangis? Takde orang buat spek ke???" tak ke best???

*Korang, jadikanlah keluarga sebagi tempat untuk menyuburkan kasih kepada Ilahi. Insya ALLAH, duit takde pun jiwa lapang :)

2 comments:

  1. wah bgusnye n3 ko rini beb....hehehe
    btul tu...kalo stakat kawin 2 3 twon pastu cerai berai wat pe kan....tu kawin napsu namenye...ahaks!

    syukur alhamdulillah akak kawin hmpir 12 thn (280210)....hehe

    lgik2 kalo da ade anak...mmg sonok sgt layan karenah dowang kan wlpon umminye letih....hehe

    ReplyDelete
  2. amin syukur
    lama dah jugak akak kwin yerk?
    ekekkeke..
    mudah2han kekal hingga ujung nyawa.

    ReplyDelete

komen jer...

Para Sarip and Saripah Janjang