to do list:
1. follow suzieydotcom-in-contest.
- sudah!!lama sudah follow!!
2. tepek banner di atas di dlm n3 dan sidebar -> link to this n3.
- ini pun sudah.baru jer bikin...
3. buat n3 dgn tajuk FINALE SEASON: THE BEST VACATION JOURNAL.
- seperti tajuk di atas...
4. nyatakan LIMA (5) fakta berkenaan suziey & ina momguess -> fakta mesti tepat. fakta yg unik will get xtra points.
- Ladies,start your engine.it's going to be long..long ... long entry!!
5. buat review yg PALING CREATIVE mengenai The Best Vacation suziey & ina momguess -> bole pilih mana2 holiday kami yg korang suka utk review. dgn rasminya kami membenarkan peng-copy-an gbr holiday kami untuk penyeri n3 korang :D n sila mention kenapa korang suka holiday kami yg korang pilih tu.
- This one also long and very long...Harap jangan bosan!
6. tepek SEKEPING gambar The Best Vacation korang n nyatakan location & ocasion..
7. finally, submit permalink ke n3 ini sahaja before 11.59pm 26 Nov 2010 (besday aQeel ni..ekekek:D)
- sudah!!
LIMA (5) fakta berkenaan Suziey:
- Beliau sangat suka melancong dan bercuti.antara tempat - tempat yang beliau lawati adalah seperti berikut:
- pendekkan cerita..beliau memang suke berjalan sajer!!kalau aku pun,suke jugak..sape tak suke weih?!ade duit ,ade masa pun pergi.
- kadang - kadang takde masa pun pergi jugak!!!!!!!!!nak kasi pikiran relax..
Kedua:
She's currently under TBL program.ini Sdn Bhd yer.takde sponsor - sponsor.
She's already manage to lost 20lbs within 3 months since june 2010 and yet got another 25 lbs to loose.
* base on her dietry blog recently.
- CHAYOK!CHAYOK!
Ketiga :
She's a foodie lover and really really love to cook.
Her signature dish are:
She's a foodie lover and really really love to cook.
Her signature dish are:
- biskut / kek batik yang sangat unik sebab bulat - bulat bila dipotong and lonjong - lonjong macam lontong sebelum dipotong.
- yee mee kung fu dia.antara yang terlazat pernah aku makan...
- soto ayam bebola berenang - renang dan terapung - apungan....jangan kamu semua lapar tgk entry ini,ye sudahlah!
- tu belum lagi termasuk cupcakes dia,kek lapis asam hawflakes serta nonbake oreo cheesecake dia.hauhauuahuah..memang beliau sangat suke memasak dan makan.
- ade satu citer kelakar dalam salah entry suziey nih...ade sekali tu beliau nak buat kuih seri ayu..punyalah gigih beliau mencari bekas pengukus yang comel tersebut.tanpa berfikir panjang demi masa depan,beliau telah hanya membeli SATU sahaja!diulangi,SATU SAHAJA!
Makanya,bercintalah beliau menyiapkan...
Makanya,bercintalah beliau menyiapkan...
nak baca entry yg best tu?!SILA KLIK SINI.
- Sebut pasal makan,beliau telah pergi ke tempat - tempat berikut:
- and some other more mcm Cheng Ho Amy Search tu n Restoran Rebung.bagi aku,beliau juga adelah seorang pengkritik makanan yang tak bertauliah.hauhauhuaha.
- kalau kat US ker Canada ker,food reviwer ni dapat income banyak bile buat review gini...
- btw,bila dia buat review ni sebenarnya as guideline jugak bagi aku yang jarang makan luar bagi jenis makanan yang pelik - pelik sikit.
Keempat:Beliau adalah seorang Pejuang!Pejuang ape?pejuang melawan penyakit antibodi makan tuan!SLE ler..Aku sangat - sangat tabik spring dengan beliau sebab beliau bertarung dengan penyaki tersebut dan pada masa yang sama di diagnosed dengan penyakit tu,beliau didapati mengandung.Berbaur - baur perasaan beliau masa tu dan sebagai seorang mak,aku sangat - sangat tersentuh dengan perjalanan beliau sewaktu bertarung dengan penyakit dan kehamilan.
korang tengok ler sendiri keadaan beliau masa ni..muka bengkak dan merah - merah.
now a day jugak,she's still fight with SLE.kemana - mana mesti dengan berpayung.
Dear Aqeel...remember one thing.
Ibumu telah berjuang demi kamu.
Mudah - mudahan kamu menjadi anak yang selalu memelihara hati kedua orang tuamu.
Kisah beliau menghadapi penyakit ni aku paparkan kat sini: Suziey dan SLEKelima: Beliau adalah seorang seafood lover.kenapa?
baca entry beliau di bawah!
itulah antara fakta - fakta menarik tentang beliau.aku jugak nak higlight kat sini jugak bahawa beliau adelah salah seorang leghand (kakitangan) Pos Malaysia Berhad.
Beliau jugak ada MBA even beliau dulu budak undergraduate IT.
Malah aku suke baca entry beliau berkaitan hak kepenggunaan macam kisah beliau subscribe boradband dari company kaler biru tapi kena bayo double tak pasal - pasal even dalam agreement takde sebut.
dan jugak pasal beliau hentam gile2 loyer beliau time beli rumah sebab lambat n malas buat keja.
selain dari tu jugak tentang refund membership satu kelab yang boleh mintak refund as long as tak mati stamp lagi.and other more yang interesting pasal isu perbankan islam di malaysia,yang mana contoh yang beliau berikan adelah suatu yang kita tak boleh pikir macam: 711 jual barang runcit tapi ade bahagian arak jugak,etc.dan jugak hukum MLM/infinity downline.
sebab cara beliau mengupas isu - isu tersebut buat aku yang ngaji tak tinggi ni faham dengan mudahnya..
OK!OK!
dah abis menyanyah pasal si tuan empunya namanya Suziey nih..
haku nak citer pasal The Best Vacation Suziey....
aku nak review pasal HOLIDAY @SABAH!
motip?!
sebab aku suke pulau -pulau,( kat sabah ni ade Pulau Sapi,Mamutik dan Manukan) pantai - pantai,alam semulajadi,air terjun,menatang kecik2 kecuali menatang bawaan penyakit seperti b.i.a.w.a.k, c.i.c.a.k, l.i.p.a.s, l.a.l.a.t. dan n.y.a.m.u.k!
giler ape nak menyanyangi dan membelai binatang bawaan penyakit?!
tak pasal - pasal karang kena cirit - birit,batuk - batuk dan muntah ringan,(macam bunyi iklan pil chek kit teck on jer?!) ker,denggi ker,malaria ker,taun ker.dan tak pasal - pasal jugak kena mangsa tempat bahan kumbahan!(taik cicak arr ape lagi!)
beselah,cicak kan bontot takde manner.
dahlah plak tu,qodok hajat tak istinjak,pastu tak cebok.
ishh!pengotor!camner ler org boleh laku tengok cicakman?!
tak paham!
kenapa jugak dalam banyak - banyak entry vacation mbak suziey ni, aku suka entry cuti kat sabah?
sebab ade citer pasal LEMBU!
Lembu?!kenapa lembu?!
korang nak tahu sebab ape?!
sebabnya aku dulu kecik- kecik tolong bapak aku bela lembu.
jadi macam - macam spesis lembu aku dah jumpa.
jadi,bila aku baca part NEW ZEALAND dalam banyak - banyak entry sabah tu,aku terus suke giler.
dahlah aku bercita - cita nak ke New Zealand (selepas terpengaruh dengan cerita LORD OF THE RING dan jugak ANTNM CYCLE 14),makanya bertambah lagilah aku teruja nak pergi New Zealand even celup punya dalam negara.
-entah bile boleh dapat pergi.dalam mimpi nih!
sebelum lagi panjang aku menyanyah,kita layan gambo jap!!
bile nengok gambo ikan nih...tingat masa kursus jugak kat tioman..
sangat syiok dan jakun aku sebab tak pernh nmpk ikan hidup depan mata dan jugak dapat pegang time tu.
suziey,ikan kat sana beso - beso peha aku tak?!
ahahahhahaa!
gunung - ganang..tengok gambo jer aku dah rasa aman,nyaman,damai!! sejuk tentulah kan?! terbuai - buai dek perasaan sungguh aku nih! |
cantik tak kawan - kawan?!
indah sungguh ciptaan Allah.
menitik air mata aku bile tengok gambo nih...
dalam hati hanya mampu bertasbih.
nak pergi?!
kerja berat 3 tahun kumpul duit baru dapat pergi!
insyaa Allah!
flora dan fauna....
harum sungguh ku hidu walaupun dalam gambar!!
terasa - rasa diawangan!!
tapi gambar ini walaupun sejuk mata memandang,tapi boleh bikin ati panas.
bak kata Karam Sing Walia: Kampung terbakar nampak asapnya,hati yang terbakar sapa yg tahu?!
motip?!ni haaa..nampak tak kumbang tu?!
konfirm pas dah sedut madu dia blah gitu tak cakap terima kasih.
beselah,abis madu sepah dibuang!
hauhauhauhuaha..
yang ni aku memang excited giler,giler!
org lain excited tang lain tapi aku memang excited tang lembu nih..
fuyoohh!kalaulah ade rezeki dapat pergi!!
takper - takper.usaha,doa dan tawakal.
insyaa Allah!
tempat ni Desa Fairy Farm.berlatar belakangkan gunung kinabalu...
sori arr yerk?!!
kandang lembu New Zealand ni tetap menjadi pojaan hatiku!!
tapi ade satu jugak yang menjadi pujaan hatiku :
ni haa...cicak gunung.kat J.Residence,Kundasang..
cicak ni aku tak thu berak rata - rata ke tak.
dah rupa biawak pun ade!
sekian citer tentang beliau dan percutian beliau
.nak citer plak tentang momguess.
aku dah bgthu dah awal - awal yang mesti panjang punyer!!!
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
5 Fakta Tentang Ina Momguess
1.Beliau ada berkait rapat dengan 3 jenis budaya dan negara.iaitu Siam,Jawa dan Minang.
- Siam: Nama penuh Kak Ina Momguess adalah = Malina Binti Siam
- Jawa : Beliau aderlah berdarah keturunan jawa asli seperti asam jawa yang selalu bahan utama dalam masakan.sebab beliau punya kampung adalah di tanjung karang.tak cukup lagi?!mari baca entry tentang BARAAN ni!
- Minang : Walaupun sekali kak ina berdarah jawa asli akan tetapi beliau seringkali menjadi minang celup sehingga memperdayakan aku yang mati - mati beranggapan beliau adalah minang asli.ini adalah kerana bila bercakap dengan semua orang,beliau sangat gemar menggunakan perkatan Den.Contoh - contoh ayat beliau adalah seperti berikut:
- "den hadoo.cik muni yang masak.' diipetik dari entry menu deepavali ammaa
- 'den tak reti tanam pokok yg berbunga2 ni...sume nyer daun..sebab den suko tengok hijau ni" dari petikan entry Taman Seorang 'J'
dan beratus - ratus lagi entry beliau yang ade banyak DEN GOLI DEN!!
2.Beliau sangat gemar berouting dengan Cik Muni,Aiman dan Malinda Siam..
- siapakah insan - insan diatas?
-mereka semua aderlah Mak,Anak dan Adik pada beliau.
- antara kawasan jajahan outing beliau aderlah seperti berikut:
- siapakah insan - insan diatas?
-mereka semua aderlah Mak,Anak dan Adik pada beliau.
- antara kawasan jajahan outing beliau aderlah seperti berikut:
lihatlah betapa gembiranya beliau bersama bonda tercinta!!
beliau juga turut mengadakan sesi lawatan ke hospital bahagia ulu kinta.
mesti semua tertanya kenapa hospital?
ini adalah hasil dari kerjasama Kemat Ent yang julung - julung kalinya mengadakan lawatan di hospital tersebut.
unik tak?!satu family dari adik - beradik,sepupu sepapat dan mak n pak menakan buat rombongan gini?!
Nowaday sangat jarang nak jumpa seseorang yang sangat - sangat menitik beratkan hubungan persaudaraan.
3.Kak Ina Momguess ni ade citarasa fesyen yang sangat unik!
kenapa aku cakap unik?
sebab beliau ade sepasang kasut berreben beso kaler kunig,beserta sekali dengan tas tangan kaler kuning.
kerna beliau jugak ade sepasang kasut merah berbelang beserta dengan tas tangan kaler merah!
aku tahu pasal kasut dia ni pun dalam ENTRY NI
tu kasut yg kaler kuning tu kak ina punyer!!
kasut dia unik giler..
tu belum lagi korang tgk n3 ayam bulu - bulu dia tu!
mana dia dapat pun aku tak thu.
tapi tak thulah korang pasni lalu ker tak makan ayam lagi pasni.
tak percaya?sila tengok entry ayam cantik nih!
beg pun sama kaler jugak!!
agak2 kalau aritu pakai kasut kuning,beg kuning,baju kuning...
dah rupa sami buddha gamaknya!!
AHA!ni ler beg merah yang aku kabo tadi.
tengok!tuan - tuan dan puan - puan.
beg Malina Momguess hanya boleh didapati dikedai dia sahaja sbb dalam dunia ade 7 bijik saje!
ape daa 7 bijik?!
ingat Dragonball ker?!!
ni lagi TRAMPIL!!!!!
kasut merah belang - belang!
pass kak ina!
kalau banduan jenayah pakai baju belang - belang kaler itam putih..
akak boleh buat pakaian penjara mula dari baju,kain/suar sampai kasut kaler merah - merah belang gini.
penjara ape?!penjara bagi penjenayah fesyen!
4.Sangat gemar memakan sosej/hotdog IKEA
- antara ulasan terbaeek Kak Ina Momguess pasal makanan ini:
serius wey
hotdog Ikea adalah yang terbaik
walaupun boleh dikatakan den makan kat sini seminggu 2 3x
sumpah tak jemu
hotdognya tegap2
besar2
dan mengghairahkan
Saya Suka Kan Yang Tegap
Dalam Keras Ada Kelambutan nya
'bersos' ushhh
sungguh mengghairahkan
- Tegap,Besar dan Mengghairahkan!!!(aku ingatkan apelah.nampak sangat 23cm dalam kepala otak aku!!!hihihih)
- korang kalau tak tahu lagi,tu ler macamnya Kak Ina gradekan hotdog IKEA ni.
- nak buat mcmanakan?
- dah nama An### Panas/Hotdog,memang "PANAS" sajer!
- korang pikir lain jerlah tu.mcm aku tak thu!
- ahahahhaha!
5.Kak Ina Have ONLY ONE AIMAN in HER LIFe!!
- every women life there's a child.korang,setiap perempuan bila dah bergelar Ibu,memang anak adalah racun dan penawar hidup.niler Aiman,racun dan penawar Kak Ina..
- korang tersentuh tak bile tengok lukisan pertama anak korang?!
this is Aiman drawing for Kak Ina...
ni ayat nya
TO:
My mother.
Ibu bila ibu baca janganlah nangis
Ibulah yang terbaik bagi aiman.
Aiman takan lupakan ibu bila2.
Aiman sayang kat ibu.
Ibu janganlah lupakan aiman.
Aiman lah satu-satunya anak ibu.
Ibu kerja rajin2 kat sini.
Nanti kita dah ada duit kita pindah rumah tau ibu.
I love you ibu.
- another n3 yg buat aku;sebagai seorang mak even ganas bonzer giler pun masih menitikkan airmata even n3 kat bawah ni macam lawak tak bape lawak.
<hari ni aiman anak teruna den dapat hadiah dari pihak sekolah sebab dapat tempat ke3 untuk menghafal surah2, alhamdulillah.... >
ni dialog wekend haritu:
aiman: ibu, aiman malas lah nk g sekolah isnin ni...
den: kenapa?
aiman: xbelajar, sebab ada ceramah hari kemerdekaan
den: pegi jer lah
aiman: aiman malu lah
den: kenapa?
aiman: ustazah bagitau isnin ni perhimpunan nama aiman kena panggil
den: hah? kenapa? (waktu ni den dah cuak giler, ada buat salah ker ank org ni? den dah bangun waktu ni nak abik rotan, stanby nak pukul)
aiman: tak, tapi aiman kena abik hadiah sbb hari tu menghafal surah dpt no 3, aiman malu mesti kwn2 pangil ustaz nnt.
den: huhhhhhhhh, ank aku ni, perkara baik cam gini pon nak malu
aiman: lps tu rambut kena skema habis...
den: nak ibu wakil kan ker?
aiman: XPAYAHHHHHHHH!!!
tau takut, hehehehhe
sejuk perut ibu mengandungkan aiman walaupon aiman dibesarkan tanpa kasih syg seorang AYAH!!!
tapi nakal nye tetap ada!!!
ada ker patut anak den delete friend ngn den kek fb!!! alasan nye xde privacy. boleh??? tau lah ibu aiman ni busy body, tapi agak2 lah nk buat ibu sentap
--@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@------
#entry yang tiap kali buat aku terpikir betapa kuatnya Kak Ina mengharungi hidup dia sejak menjadi IBUBAPA pada AIMAN.pada anak kasih sayang dicurah,pada anak rindu dendam dan suka duka dikongsi.hanya orang yang ade kawan atau saudara seperti Kak Ina yang memahaminya.berat pada mata kita memandang,berat pada mulut tuk bersuara tapi berat lagi bahu yang memikul.aku jugak ade kawan macam Kak Ina.aku sangat paham bila ade masa - masa seseorang yang berkeadaan seperti Kak Ina. kadang - kadang hilang tumpuan,hilang semangat dengan tiba - tiba.kita tak melaluinya,kita tak mengharunginya.memang kefahaman kita akan tidak kesampaian atau sangat2 kurang.
#buat Kak Ina,lagu kat bawah ni tuk Kak Ina.berikan cinta dan kasih sayang Kak Ina pada yg hak dan berhak.sabar itu indah.ganjaran dan balasan untuk kesabaran Kak Ina nnti,Allah beri dengan sebesar - besar dan sekukuhnya.jangan berhenti berharap dan berdoa.semuanya atas ketentuanNYA...
#sila abaikan tranlation latin tu!
ngeh ngeh ngeh!
setel dah pasal info - info terkini tentang Ina Momguess..
skunk nak citer pasal,The Best Vacation Ina Momguess!!
citer cuti mana yang best?!
bagi aku citer pergi negeri terengganu!!
kenapa?mengapa dan sebab ape?!
sebab:
- Kak Ina pergi secara gombrolan (berrombongan dan berkelompok!)
#erkk!kak ina muda ker?!
hauhauhua.sorry!
selain dari itu sebab lainnya aderlah:
- ade lagi bas kayu yg unik kat ghanu nih..uihhh...memang aku jadi jakun kejap!
- aku berani kerat kuku ler kalau kat KL ade lagi bas kayu yg bergerak macam ni!
- kalau ade,cpnfirm jahanam sebab KL kan urban.sume nak cepat dan pantas!
- dan jugak monumen terbaru negeri terengganu darul iman nih: MASJID KRISTAL!!(solat itu tiang agama.solatlah anda sebelum disolatkan..)
resort yg namanya unik..hmmm,ape maksudnya yer?!
ni memang satu percutian yg unik kerana semuanya dibuat secara berjemaah..
aman sentosa dan harmoni..
takde yg tercicirkan?!
barisan memsnorkling..bukan snorkeling yer...
snorkling memang best pada aku..
klu tak confident,confirm air laut masuk bergantang - gantang jayanya dalam usus!
time snorkling ni jugak build up confident level yg sangat tinggi.
yerlah,ko dahlah cuma pakai lifejacket jer time snorkling kat tgh2 laut plak tu!
klu tak berani..mmg takdenya nak buat..
cam aku,memula takut tpi bile sekali dah terjun pastu tenggelam kejap dalam air n nmpk air laut yg biru,ikan - ikan yg macam2 warna trus rasa cemas tu hilang dan membiarkan diriku naik ke permukaan dengan tenang dan perlahan - lahan..
aceh!
dan yang paling penting...
keropok leko!!!
jenis losong yer kengkawan..
LOSONG BUKAN SEBARANG LOSONG,
LOSONG DARI TERENGGANU.
MELANCONG BUKAN SEBARANG MELANCONG,
TAPI KAT GHANU TAK JUMPA PENYU!
itu sebab aku suker percutian kak ina ker terengganu ni..
puas n jenuh aku cari mana penyunya..
takde kot?!!
mana gambarnya?!!
vacation ni jugak aku suke sebab selain mengeratkan hubungan adik bradik,sepupu sepapat Kak Ina,ianya jugak merapatkan dan mengeratkan lagi hubungan antara Ibu dan Anak.
see..betapa kasihnya Aiman pada ibunya.
touching I!
sob!sob!sob!
cerita penuh kat sini: Gambang
terkenangkan masa gi snorkeling kat tioman aritu..
huuuuuuu...
pastu terkenang jugak kopok lekor gambang yg sempat dimakan menggantikan mengidam kopok lekor ghanu!
tapikan korang..
dalam banyak - banyak gambo tu..
aku paling suke yang ini:
tapi bak kata si tuan empunya diri:
[ohhhhh!!!!
sila abaikan makhluk ciptaan tuhan itu....
angap lah beliau tidak wujud pon disitu...
den cuma nak tunjuk kan apa yg ada kat resort tu...alah korangs jangan lah kutuk2 gambar poyo den tu!!!
sentap kang]
sekian dah tugas - tugas am yg diberikan oleh juri - juri utama!
=========================================================================
sekarang nak tepek gambo SEKEPING gambar The Best Vacation aku.
*kenapa gambo ni best pada aku?
sebab budak ni takut air dan sedang mengacah - acah air laut.(setot ni takut dengan air sebenarnya!)
location:
Impian Resort Cherating,2009
ocasion?
1st time honeymoon walaupun anak dah kuar sorang.
1st time as family vacation dengan semampu dan seadanya dan aku memang kenang sampai bila - bila!
dan jugak setot dapat benjol kepala yang pertama sebab ngamuk dekat kepala katil!
tak lupa jugak,1st time balik dari 1st time honeymoon dan 1st time family vacation ni,ade satu nyawa lagi dalam rahim ni.
alhamdulillah Ya Allah.
Terima kasih atas rahmatmu diatas kegembiraan kami yang bersederhana ini..
oklah guys..
sekian.
terima kasih..
aku dah lapang dah selepas buat benda nih..
ade rezeki aderlah untuk anak - anak..
tapi rasanya yang lain buat mesti mantopkan?!
ehehehe...
harap - harap judges terima dan menerima kesilapan perkataan,suku kata,tatabahasa,penjodoh bilangan,kesalahan ejaan,perumpamaan dan peribahasa yang disengajakan atau tidak disengajakan..
dan jugak sampai putus fius,rentung fius otak,masuk air,masuk minyak,simpul mengkarung la,simpul biawak la,pastu keriut gigi dan jugak sampai terbawak - bawak dalam mimpi.
(ni takde laa..aku tmbh jer!)
then belum lagi kes mak
(sempat tak sempatla jugak!!ahahahaahaa)
#aku gelak jer time ibuayahdamia tulis komen.
sekian,terima kasih sekali lagi.
majulah blog untuk negara!
eh?!
ape cer?!
ahaha........
TAMAT SUDAH!
serius beb
ReplyDeletemula2 baca aku gelak
bila sentuh bab perasaan aku nanges beb
huhuhuhuh
gud luck
pjg giler kena scroll...good luck
ReplyDeletehmm..speechless..happy + sayu..apepun good luck! tanks for ur effort..
ReplyDeletennti aku dtg lagi!
pjg ayu tp berbaloi bace ;), gudluck weh!!
ReplyDeleteentry yang sangat panjang!!! good luck
ReplyDeleteekekekek...ayat last tu tak tahan...marathon 23cm erkk...sempat tak sempat tu...eekke..
ReplyDeletegood luck..tahniah masuk top 5..
baru aku kenal jitu sapa itu suziey n kak ina..dh baca saingan yg lain , tapi ko punya touching la beb..kalau menang blanja aku makan ye..ngehhh3x
ReplyDeleteterbaik..good luck dear!!
ReplyDeletecongrats for being top 2 ;)
ReplyDeleteBest!! InsyaAllah, kalau ada rezeki menang..Tahniah & good luck..
ReplyDeletegood luck
ReplyDeleteomg..sgt touching kak..mudah2..percutian itu milik akk!! sebak dada sy..adeii.. goodluck akk!! boleh menang ni jgkk..terbaekkkk
ReplyDeletewahh..patut la tersenarai dalam top 2! sbb sangat bagus n touching! gud effort la dear!!! baguss n kagummmmmmm!!!
ReplyDeleteAyu.. terbaek!
ReplyDeletew/pun jenuh mengscroll tapi berbaloi2
tahniah top 2!!
kalo menang kasi kenduri
vote for Ayu
tahniah top 2..jenuh nak khatam n3 tp..mmg best..
ReplyDeletenice entry
ReplyDeleteTAHNIAH!! ko menang!!!
ReplyDeletetahniah menang ayu, memang best la entry ni touching giler...
ReplyDeletetahniah dikkk
ReplyDeleteu deserved that prizes .. :)
Tahniah coz dpt No.1 !!! ada part2 baca rasa sedih.. ada gak part baca nk tersentot.. n yg best baca.. terus tergelak sampai terkentut !!! voleyyy??
ReplyDeleteApapun Redang besttt!! tambah2 pegi FREE cengginik!
terima kasih semua atas ucapan tahniah.
ReplyDeletedoa kwn2 jugak yg buat aku menang.
terima kasih semua.
BAru kesempatan bc entry kamoo Yang..speechles + sayu..genang lak air matoo den..sob sob...Alhamdulillah rezeki buatmu..
ReplyDeletetahniah ayu..ngehheee...kan aku dh cakap ko bole menang..rezeki anak2, insyaAllah ada..
ReplyDeleteayu //baguslah tak sangka..kau bisa buat aku ketawa,menangis dan mcm2lah..tahniah memang wajar kau berjaya
ReplyDeletepatut menang. 2 kali aku menitiskan air mata baca entry ko ni..
ReplyDeletetahniah dear..hihihi..walaupun lambat wish, nak wish jugak..memang best ur entri ni..mengalir air mata den..
ReplyDeleteJom skodeng :Notre Belle Histoire