ISTIWA' AL-KA'BAH @ ISTIWA' A'DZAM | Iceboxrivet

GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

May 27, 2011

ISTIWA' AL-KA'BAH @ ISTIWA' A'DZAM

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!;








Salam..

Penentuan arah Kiblat ketika Matahari berada di atas Ka'bah pada hari Sabtu ini 28/05/2011 pada jam 5.16 petang ( waktu Malaysia )

Detik Istiwa' Al-Ka'bah berlaku sebanyak dua ( 2 ) kali dalam setahun iaitu pada :

    i. 28 Mei

   ii. 16 Julai

Ini berdasarkan Firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Rahman ayat 17 yang membawa maksud :

" ( Dia lah ) Tuhan Yang mentadbirkan dua timur,dan Tuhan Yang mentadbirkan dua barat ."

Detik pertama berlaku pada tanggal 28 Mei jam 5.16 petang ( waktu Malaysia ). Ketika itu matahari berada tegak di atas Ka'bah pada kedudukan zawal iaitu matahari berada tegak di tengah-tengah langit pada jam 12.16 minit tengahari waktu Makkah.

Detik yang kedua pula berlaku pada tanggal 16 Julai, jam 5.28 petang ( waktu Malaysia ). Ketika itu matahari berada tegak di atas Ka'bah pada kedudukan zawal iaitu matahari berada tegak di tengah-tengah langit pada jam 12.28 minit tengahari waktu Makkah.

Fenomena ini berlaku ketika matahari bergerak condong ke utara dan ketika matahari bergerak condong ke selatan.

  DETIK-DETIK ISTIWA' AL-KA'BAH

 Pada 28 Mei, jam 5.16 petang dan 16 Julai, 5.28 petang setiap tahun, di dapati bayang yang terhasil dari sesuatu pendirian mengarah tepat ke arah Ka'bah iaitu bayang tersebut adalah arah qiblat. Hal ini berlaku kerana pada waktu tersebut matahari tepat berada di atas Ka'bah.

Pada tanggal 28 Mei jam 5.16 petang dan 16 Julai jam 5.28 petang setiap tahun, kecondongan matahari ialah 21 darjah 26 minit utara. Nilai ini adalah sama dengan nilai garis lintang bagi Makkah al-Mukarramah di mana laluan terbit dan terbenam matahari 90 darjah iaitu matahari  tegak di atas Ka'bah di tengah-tengah langit ketika tengahari. Oleh itu, mana-mana jua di seluruh dunia pada ketika itu, bayang-bayang yang terhasil dari sesuatu pendirian mengarah tepat ke Ka'bah dan bayang yang terhasil tersebut adalah arah qiblat.

Pada tanggal 28 Mei jam 5.16 petang setiap tahun, matahari berada 16 darjah di buruj Taurus iaitu buruj yang berbentuk lembu. Pada ketika itu, darjah peredaran matahari dari titik awal buruj Aries adalah 46 darjah. Ketika itu juga matahari condong ke arah utara menuju ke selatan dan negara-negara yang berada di utara garisan khatulistiwa mengalami musim panas.

Pada tanggal 16 Julai jam 5.28 petang setiap tahun, matahari berada 26 darjah di buruj Gemini iaitu buruj yang berbentuk dua beradik kembar. Darjah peredaran matahari dari titil awal buruj Aries ialah 86 darjah. Ketika itu matahari condong ke arah utara menuju ke selatan dan negara-negara yang berada di utara garisan khatulistiwa mengalami akhir musim panas.

Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah:

Ertinya:

“ Dan dari mana sahaja Engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang) maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haraam (Kaabah)..”

Sumber: Jabatan Mufti Johor




5 comments:

komen jer...

Para Sarip and Saripah Janjang