Moga Anak itu Bakal Menjadi Syafaat Buat Bapanya.Al - Fatihah. | Iceboxrivet

GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

May 24, 2011

Moga Anak itu Bakal Menjadi Syafaat Buat Bapanya.Al - Fatihah.

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!;




petang - petang aku ras tensen dan sedih.
baca paper,citer pasal budak meniggal dlm keta sebab bpk dia terlupa.
budak tu baya setot tu!!
aduhai anak...
moga - moga bapamu itu Allah ampunkan dosanya...
mudahan kamu nanti jadi syafaat buat bapamu di akhirat nanti.
insyaa Allah...


al fatihah buat anak kecil itu: Izzyan Natasya Ishak


Machang: Tidak sampai sejam selepas mengusung jenazah sepupu, seorang pengawal keselamatan terpaksa pula memikul jenazah anak perempuan yang berusia tiga tahun apabila kanak-kanak itu lemas akibat ‘tertinggal’ sejam dalam Perodua Kancil miliknya di Kampung Morak, Palekbang, Tumpat, kelmarin.


Kejadian kira-kira jam 11 pagi itu disedari penduduk kampung selepas anak bongsu daripada enam beradik itu, Nor Izzyan Natasya Ishak, dilihat dalam keadaan tidak bermaya dan kepanasan di tempat duduk belakang kereta bapanya yang berkunci.


Pada masa sama, Ishak Salleh, 50, yang tergerak hati melihat kemungkinan anaknya tertinggal dalam kereta, memberi kunci kenderaan kepada seorang sepupunya supaya meninjau sebelum kakaknya, Che Mas Salleh, 55, memberitahu anaknya tidak bermaya.


Penduduk kampung cuba memberi bantuan pernafasan melalui mulut ke mulut berikutan keadaannya terlalu lemah dan mangsa menunjukkan reaksi apabila muntah, namun apabila tiba di Klinik Kesihatan Wakaf Bharu, Tumpat, doktor mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia pada jam 12.05 tengah hari kelmarin.

Ishak berkata, dia turun dari kereta mengusung jenazah sepupunya yang dibawa ke tanah perkuburan sehingga terlupa membawa anaknya keluar bersama.

“Memang saya tidak menyangka kejadian itu. Saya sangka anak saya mengikut ibu dan bapa saudaranya naik ke rumah sepupu kami, tetapi tidak menyangka berlaku sebaliknya apabila dia (arwah) ‘tertinggal’ dalam kereta yang terkunci.

“Ketika pulang daripada urusan pengebumian jenazah, barulah saya teringat anak dan mungkin berlaku kejadian tidak diingini kerana keadaan di luar begitu panas menyebabkan saya mendapatkan bantuan sepupu untuk melihatnya di kereta,” katanya ditemui di rumahnya di Kampung Ulu Sat, Machang, semalam.

Ishak yang juga ketua pengawal keselamatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Kota di Kota Bharu berkata, tidak sampai beberapa minit, dia dihubungi kakaknya yang memaklumkan mengenai keadaan anak yang tidak bermaya.

“Hati saya begitu sebak dengan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku. Kakak memberitahu keadaan anak saya begitu lemah selepas ditemui di tempat duduk belakang kereta dalam keadaan muka disandarkan di belakang tempat duduk hadapan kereta saya sebelum diberikan bantuan pernafasan penduduk kampung.

“Dia memberikan reaksi dengan muntah sebelum kakak mengusung dan membawanya ke klinik berdekatan untuk rawatan, tetapi Allah lebih menyayanginya dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan,” katanya.

Ibu mangsa, Radziah Ismail, 42, berkata, dia dapat lihat perubahan sikap anaknya yang begitu teruja mengikut ayahnya, selain sempat menggayakan sepasang daripada 10 pasang baju kurung yang disiapkan sempena Aidilfitri tahun ini.

“Tahun ini kami mahu sedondon memakai baju berwarna hijau sempena Aidilfitri. Kebetulan, saya menyiapkan baju itu cuma dia (anak) sempat bertanya mengenai mengapa dipakaikan baju raya pagi kelmarin dan saya memberitahu, adik pakai baju ke tempat orang mati,” katanya.

“Paling saya terkilan, kami tidak sempat menyambut hari jadinya di restoran makanan segera pada 4 Jun ini bersama seorang abangnya, tetapi semuanya sudah suratan takdir,” katanya.

Jenazah kanak-kanak itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ulu Sat, kira-kira jam 11 malam semalam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Khalid Munap, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kematian itu tidak mempunyai unsur jenayah. 


*takde guna salah menyalahkan sesiapa...
*aku tak paham betul kenapa isu - isu mcm ni,org mudah sangat nak maki - maki,nak hamun yg bersalah.cuba citer benda lain boleh tak?!cuba mendoakan saje kan sudah baik?!
*Allah itu Maha Berkehendak dan Maha Mengetahui.kita jadi manusia,kita tak pernah tahu akan ujian - ujian DIA setiap hari dan masa.


10 comments:

  1. tu la..baca paper pagi nie..kesian sgt...
    tak de la nak salah kan sapa2..dah ajal budak tu...cuma terkilan la jugak kan..
    apa pun. al fatihah tuk arwah ..

    ReplyDelete
  2. kesian kan?

    mampu sedekahkan Al fatihah jer

    ReplyDelete
  3. terkejut baca paper td
    tak tau la camne bapak dia nk hadapi hari2 mendatang
    dgn rasa bersalah pastu org keliling blame dia lagi
    sgt2 berat ujian utk dia

    al-fatihah

    ReplyDelete
  4. yaAllah.. kalau yati terkilan tak terkata.. sampai mati trauma huhu

    ReplyDelete
  5. itulah dinamakan ajal,
    kita x tau dimana & bila ajal kita,
    x der gunanya nak diksalkan @ apa saja,
    apa yg telah berlaku pasti ada hikmahnya,
    apa yg penting kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama golongan2 yg beriman...

    ReplyDelete
  6. kesian kat arwah tp dh mmg ajal die dh smpai kan..kenalah terima..cume cara kematian tu mungkin agak menyedihkan..gara2 kecuaian ayah sndiri kan..tk dpt bygkan mcm mane budak sekecik tuh menghadapi saat2 kematian dgn lemas dlm keta yg panas tuh..=(

    ReplyDelete
  7. aduhai...siannya...betullah ayu, xguna nk salahkan sesiapa..bnda nak jadi kan...Al Fatihah utk arwah...

    ReplyDelete
  8. alamak..pakcik ni jhah kenal la..baik orangnye..dah sampai masa kan..kalau tak lemas dalam kete..tetap akan pegi jugak..al fatihah

    ReplyDelete
  9. Cian, tapi nak cakap pun ajal dah sampai. Apa-apa pun semoga Allah SWT jauhi kita dari musibah cam ni. Bila masuk bak budak kecik, lebih lagi sebaya anak kita , hati jadi cepat tersentuhkan.

    ReplyDelete

komen jer...

Para Sarip and Saripah Janjang