Hari ini berlaku satu kejutan kerana posting yang saya letakkan pada Subuh pagi tadi berkenaan dengan penindasan dan pembunuhan yang berlaku terhadap umat Islam di Myammar telah mendapat respon yang luar biasa. Setakat ini telah menerima lebih 5,000 LIKE, lebih 2,000 COMMENTS dan lebih 16,000 SHARE hingga menjangkau lebih 100,000+ pembaca FB dalam 1 hari. Amat luarbiasa. Ada beberapa perkara yang berlaku:
1) Ada yang mesej saya dan memaklumkan bahawa gambar itu ialah gambar mangsa taufan di Myammar. Pelik apabila mangsa taufan diikat tangannya. Tapi tidak mengapalah, saya sudah edit dan letakkan MAKLUMAN baru sebagai RALAT.
2) Saya gembira sebab rupanya masih ramai lagi Umat Islam yang amat sensitif dan prihatin serta sayang agama. Kalau gambar itu satu ralat, berita penindasan umat Islam di Myammar adalah perkara BENAR. Oleh itu, mari terus berdoa dan sedekahkan al-fatihah. Satukan doa kita agar menjadi kekuatan bagi saudara kita di sana.
3) Pihak Global Peace Malaysia telah meminta saya letakkan poster Tabung Iftar Ramadan Rohingya, Myammar, yang bertujuan mengutip derma bagi membantu Umat Islam di sana. Saya sahut permintaan Global Peace Malaysia dengan hati yang terbuka. Oleh itu, jom kita sama-sama derma untuk Umat Islam Myammar ini.
4) Saya TIADA kena mengena dengan Global Peace Malaysia. Pihaknya INBOX saya dan minta tolong. Maka saya tolong panjangkan di wall atas dasar misi kemanusiaan dan membantu saudara seIslam. Harap Maklum.
Sekian.
Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad
*sama - sama kita bantu.
*luluh hati aku bila lihat anak -anak kecil dan bayi dibunuh oleh extremist burma.
*semoga doa kita demi saudara - saudara seislam kita disana dimakbulkan Allah...
No comments:
Post a Comment
komen jer...