ISTIADAT KENAIKAN PANGKAT UNIT BERUNIFORM INSTAR, 2023 | Iceboxrivet

GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Feb 9, 2023

ISTIADAT KENAIKAN PANGKAT UNIT BERUNIFORM INSTAR, 2023


Simpan sini buat Kenangan.
3hb Febuari 2023, InSTAR, Pekan, Pahang

Abang long dan kawan - kawan terlibat kawad persembahan sempena istiadat kenaikan pangkat upper form InSTAR.
Segak betul bila peralatan semua lengkap.
Dok chit chat 2 - 3 hari dengan mak mayyah Joanna Burhanudin
Hacker la,sarung tangan la.. mafla la.🤣🤣
Begitulah. Banyak perkara pertama bila anak dalam alam menengah ni.
Nak - nak jauh di perantauan.
Harap pada guru - guru jelah update dalam telegram dan group wasap.
Seronok tengok abg long gembira and focus kat sana.
Dulu lebih kurang je dia dalam sesetengah perkara.
Sekarang lebih baik.
Tahun 2022/2023 pencapaian akademik abg long agak perlahan.
Masih berstimulasi dan beradaptasi mungkin.
Penglibatan koko pula agak rancak dan aktif.
Ada beberapa situasi dia agak bersedih sebab keputusan akademik merundum walau usaha secara berterusan.
Apapun.kami dah nasihat: kita usaha lagi tahun depan.
Kerana tak dinafikan, saingan sesama mereka sangat tinggi.
Pengalaman buat abg long.
Dia memang suka bersaing secara sihat sebenarnya.
Kalau tak dapat keseluruhan terbaik,dia akan pastikan ada 2 ke 3 matapelajaran mesti trampil.
Dalam catur dan krs pun dia sangat bahagia kalau pencapaian dan penglibatan tu aktif.
Katanya sekurang - kurangnya cikgu dan warden kenal sebab dia aktif.
Wallahualam.
Asal yang baik - baik,kami ikutkan.
Oh ye.
Sekadar coretan seorang ibu.
Takde sekelumit niat untuk mengharapkan pujian atau sanjungan.
Ramai juga kawan dan senior lain yang lebih baik dan kami terinspirasi.
Moga anak - anak kalian juga dapat menyejukkan hati ibuayah serta jadi anak yang soleh/ solehah.
Insyaa Allah.




 

1 comment:

  1. Kyra pun macam tu juga..
    academic wise agak jatuh tapi active nau2 dalam bersukan dan aktiviti hostel yg lain

    ReplyDelete

komen jer...

Para Sarip and Saripah Janjang