Throwback Datim Dengan Anak Bujang | Iceboxrivet

GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Aug 1, 2024

Throwback Datim Dengan Anak Bujang

Datim berdua je dengan budak beso ni.
Caramel Machiatto sampai 2 cups.
Sate dia rembat 2/3.
Dah makan ramyeon ke menda.
Pastu dok jeling ibu punya nasi.
Suh tambah order,risau badan naik.
Tibeh.

Nyembangnya banyak.
Meluah rasa. Macam - macamlah.
Tanya juga,nak tukar ke pada sekolah biasa ke?
Tak katanya. Okay je cuma macamana nak elak orang - orang macam ni.



 [Cuma bagi peringatan dan semangat:]

[Manusia ni takde sempurna mana.
Kalau jumpa kawan ke...lawan ke.. atau sapa - sapa pun dalam alam persekolahan dan kat asrama.
Anggaplah persediaan nanti dan masuk universiti atau alam pekerjaan.
Lagi dahysat dari tu pun ada.
Tu belum lagi tukang kipas,tukang jilat,kaki fitnah.bersepah..
Merata abang long.
Nak hidup.
Pandai - pandailah berlakon.
Kalau tak buat macam tu,susah nak hidup sebab kena 'nampak baik', 'nampak berjaya'.]
[Tak boleh lari dari situasi atau suasana toksik dan narkastik.
Kita kena belajar macamana nak handle dan mengelak.
Sebab orang - orang macam tu ubatnya cuma dengan taubat atau baik mati je.
Sebab menyusahkan dan mempergunakan orang lain untuk kepentingan sendiri.
Nasihat tak boleh,nak elak tak boleh.
Baik tak payah beriwayat la.]
(terkebil - kebil juga abg long dengar ibu bagi nasihat.ntah paham le tak.😆😆🤣🤣. Dia kan polos. Orang buat pun,senyum je. )
Ps: terima kasih pada mak angkat abg long yang berada nun jauh di utara.. yg banyak support .hampir 4 tahun rezeki ukhwah dengan beliau.
nama? Rahsia.
Sosok? Rahsia
Cuma mampu doakan beliau sihat selalu selamanya.

3 comments:

  1. byk org byk ragam kan...sekeliling kita...apatah bila kena handle staff, lglah mencabar...

    ReplyDelete
  2. Betul orang nie macam2... Nseb baik masa duduk kat asrama dulu, linda tak kena ragging teruk2... Sikit2 tu biasa lah...

    ReplyDelete
  3. Allah, perkataan polos tu menusuk hati. Auto teringat Fawwaz gakss :)
    Yang baik² aja utk mu Abg Long 💪

    ReplyDelete

komen jer...

Para Sarip and Saripah Janjang