Bila Buta Sejarah - Peristiwa Berdarah Bukit Kepong | Iceboxrivet

GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Mar 26, 2010

Bila Buta Sejarah - Peristiwa Berdarah Bukit Kepong

salam guys..
malam tadi aku dgn cik sam melayan citer bukit kepong.
of course pada fikiran korang mesti teringat pasal balai polis bukit kepong kat johor tu yg kena serang dek komunis.
poster kat atas tu pun korang mesti familiarkan?
especially Dato' Jin Shamsuddin.
this movie also among the 1st appearance of Dato' Yusuf Haslam as police which is pada pemikiran aku yg inspired dia tuk buat movie n drama pasal gerak khas ,etc.

last night jugak..
aku meleleh airmata bile tengok adegan bini - bini n anak2 polis ni mati kena bunuh dek komunis..
ikut dalam movie nih..
sebenarnya banyak yang telah dilooosekan; maksud aku banyak yg telah dilembutkan penceritaannya dari segi fakta n interpretasi dalam filem.
misalnya..
dalam citer ni,Suhaina Yahya sorang jer ygt angkat senjata n melawan pihak komunis tapi mengikut faktanya..terdapat 2 org isteri anggota polis yg angkat senjata.
the end of the story jugak..ade yg siteri n anak - anak yg survived n tak dicederakan oleh pihak komunis.
but actually,mmg dicederakan n dibunuh.

kat bawah ni..
aku cnp dari wikipedia 

Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kesan kekejaman pengganas komunis semasa keadaan darurat selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut balai polis Bukit Kepong 23 Februari 1950. diserang oleh segerombolan 180 orang pengganas komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada
Dalam kejadian tersebut, para anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.
Dalam mempertahankan balai polis Bukit Kepong, 17 orang anggota telah terkorban.

Permulaan

Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya semasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.
Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka:
  1. Kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan
  2. Keadaan balai polis yang terpencil
Balai Polis Bukit Kepong terletak diselekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis.
Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.
Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ malah, pengangkutan utama ke Bukit Kepong adalah dengan menaiki bot menyusuri Sungai Muar.

Serangan Komunis

Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, Komunis Melayu yang diperdaya oleh pihak komunis Cina, di mana pada awal rancanganya Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu sebagai amaran sahja, bagaimanapun ia bertukar menjadi tragedi buruk, ia juga disertai oleh Komisser Goh Peng Tun. Pihak komunis mengepong balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi. Apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat duri balai tersebut. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan. Sungguhpun lebih sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.
Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk membantu. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun turut dimusnahkan komunis.
Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstebel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.
Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek kelamin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.
Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Konstebal Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.
14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.

Bantuan dari perkampungan berdekatan

Semasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui semasa pertempuran bergema kebeberapa kampung berdekatan. Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu Kampung Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 AP/HG (Polis Bantuan - Auxiliary Police/Pengawal Kampung - Home Guard). Mereka diserang hendap oleh komunis dalam perjalanan sekitar setengah kilometer dari stesen pokis Bukit Kepung. Mereka kekurangan senjata berbanding komunis yang menggunakan senjata automatik berbanding raifal dan senapang patah yang dibekalkan kepada penduduk kampung. Beberapa pengawal kampung tercedera dan terbunuh. Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan tekanan kepada pasukan bertahan di Bukit Kepung dan memaksa pengunduran umum komunis.
Disebabkan keadaan tidak seimbangan, Ali Mustafa mengarah pengawalnya berundur sementara yang lain diarah mempertahankan kawasan sekeliling bandar Bukit Kepong. Pihak komunis akhirnya berundur selepas membakar pejabat kampung dan merompak beberapa kedai.
Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh kearah Bukit Kepong bagi memberi bantuan. Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh komunis. Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke Lenga. Mereka sampai kesana pada 10am dan ketika itu berita mengenai serangan keatas balai polis Bukit Kepong disampaikan. 

Selanjutnya

Apabila pengawal kampung memasuki kampung Bukit Kepong, mereka dapat melihat kemusnahan akibat serangan kejam tersebut. Ketua kampung mengambil alih pentakbiran pos luar tersebut sehingga diganti oleh pasukan polis dari Muar. Pertempuran Bukit Kepong dianggap sebagai kekalahan tragik yang bagaimanapun mengukuhkan lagi semangat kerajaan dan penduduk untuk memerangi pengganas komunis. Sepasukan kecil berjuang menentang pasukan yang jauh lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang komunis. Terdapat pendapat yang menyamai peristiwa Bukit Kepong dengan Alamo, di mana anggota polis Bukit Kepong sama seperti penduduk (Texans) berhadapan dengan cabaran yang hebat dan berjuang sehingga ketitisan darah terakhir.

Mereka yang terselamat

Anggota Polis
  1. Konstabel Othman Yusoff (meninggal);
  2. Konstabel Marin Abu Bakar Daud (meninggal);
  3. Konstabel Tambahan Ahmad Khalid (meninggal);
  4. Sarjan Haji Yusoff Rono (78 tahun pada tahun 2000, meninggal dunia pada tahun 2005)
Ahli keluarga anggota
  1. Mariam Ibrahim - balu Konstabal Muhamad Jaafar
  2. Zainun Muhamad - anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar
  3. Abu Samah Muhammad - anak lelaki Konstabel Muhamad Jaafar
  4. Zaleha - anak perempuan Konstable Muhamad Jaafar
  5. Jamilah - anak perempuan Konstabel Marin Abu Bakar Daud
  6. Hussain - anak lelaki Konstabel Marin Abu Bakar Daud
  7. Fatimah Abdul Manan @ Timah Lawa - isteri Konstabel Hassan Osman
  8. Pon Khalid - isteri Konstabel Marin Awang Ali
  9. Fatimah Tuani - isteri Konstabel Hamzah Ahmad

Mereka yang terbunuh dalam pertempuran

Anggota Polis
  1. Sarjan Jamil Mohd Shah (KPB Bukit Kepong)
  2. Koperal Mohd Yassin Haji Wahab (T/KPB Bukit Kepong)
  3. Lans Koperal Jidin Omar
  4. Konstabel Hassan Osman
  5. Konstabel Hamzah Ahmad
  6. Konstabel Jaafar Hassan
  7. Konstabel Muhamad Jaafar
  8. Konstabel Marin Ibrahim Adam
  9. Konstabel Abu Mohd Ali
  10. Konstabel Abu Kadir Jusoh
  11. Konstabel Marin Awang Ali
  12. Konstabel Marin Basiron Adam
  13. Konstabel Tambahan Mohd Top Lazim
  14. Konstabel Tambahan Jaafar Arshad
Polis Bantuan
  1. AP Samad Yatim
  2. AP Mahmood Saat
  3. AP Ali Akop
  4. AP Othman Yahya
Keluarga Anggota
  1. Allahyarhammah Fatimah Yaaba - isteri kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
  2. Hassan Abu Bakar - anak lelaki kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
  3. Allahyarhammah Saadiah - isteri kepada Konstabel Abu Mohd Ali
  4. Allahyarhammah Simah Abu - anak kepada Konstabal Abu Mohd Ali
Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis
  1. AP Redzuan Alias
  2. Embong Lazim
  3. Mendiang Koh Ah Cheng


kenapa aku buat n3 pasal bukit kepong nih?
sebab aku pernah terbaca satu blog yg mati - matian mencemeh nilai patriotik dan sejarah malaysia ni.
ade jugak anak - anak muda skunk cukup suke memperlekehkan sejarah yg mengatakan malaysia dapat kemerdekaan bukan dengan keberanian.(belajo cuma tuk lulus spm)
aku sungguh kesal dengan pemikiran sedemikian sebab ape jua sekali pun cara..sekurang - kurang kalau orang dulu tak berusaha angkat senjata,berunding dan sebagainya..
adakah tanah melayu skunk akan jadi malaysia?
aku taknak persoalkan ape2 pasal pakcik aku sendiri terlibat dalam proses kedamaian negara ni sewaktu diambang penghujung pengaruh komunis.(pakcik aku pernah jadi polis hutan)
even arwah bapak mertuaku sendiri aderlah bekas askar tentera tanah melayu british.

bile kita buta sejarah..
kita takde nilai diri.
sebab ape aku cakap mcm tu?
sebab ank2 muda skunk,bile tak merasa susah,tak merasa melakukan pengorbanan..
pegangan agama mereka habis,maruah dan pemikiran mereka dah tak bagus n bernilai.
melebihkan hiburan dan keseronokan semata..
takmo bg contoh..banyak dah depan mata.
pilih jer mana suke.
tepuk dada tanya iman.

pastu kunk..sume movie takde pengisian yg jitu..
orang lain nak buat citer merempit..bohsialah..
awak pun nak buat jugak..
tapi penyelesaiannya?
cara mengatasinya?
lebih byk aksi dari isi pengajaran.
sehabis boleh nak menggunakan segala sumber yg ade.
cuba tengok citer bukit kepong tu sendiri.
sekali shoot,sekali bakor..
pelakon pun komited..
takde nak glamour - glamour
skunk ni mcmana?
sikit - sikit guna technology..jarang yg betul - betul ade seni perfileman yg baik.
pelakon pun nak glamour - glamour..(lupa skrip n take bape juta kali ntah!)
balik - balik pakai kain tak cukup..(nampak peha..nmpk betis..nmpk benda celah kangkang n bukit2 yg tertonjol - tonjol kat dada tu smpai tak sedo ketiak itam or berdaki bau hangit tpi perasan wangi!)
tak berbaju ala - ala superman.(sampai ade yg tak reti jaga aurat dari pusat smpai lutut tpi sebab teruja nak tunjuk otot - otot kentut tu.)


orang - orang dulu pun..tengoklah..
nilai kekeluargaan dan kasih sayang yg kuat menyebabkan membantu si suami untuk sama - sama berjuang sampai ade yg terkorban.
tengok betapa kuatnya semangat orang dulu dalam menempuhnya.
kalau diikutkan..gaji polis masa tu tak beso mana pun.
takdenyer nak bermewah - mewah.
tapi semangat tu,semangat.
sebab tu aku salute sesape yg laki depa keje as anggota pengaman either polis or tentera sebab tak seberapa sangatlah bile kena tinggal dek somi kena bertugas zaman skunk ni nak dibandingkan dgn zaman dulu - dulu.

memang,memang ade yg mesti cakap skunk macam takde kualiti n mcm amik kesempatan.
tpi semuanya bergantung pada niat.
kalau kita buruk sangka..mestilah buruk yg dapat.
tpi klu dapat tu..kebetulan jer n redha jer.
doa jerlah mungkin arini ni ari dia.
esok lusa mesti ari kita.
apepun..yg pasti setiap seorang dari kita tetap jdi seorang yg patriotik bile mana kita sekurang - kurangnya paling tidak pun menjaga keharmonian rumahtangga sendiri jangan sampai terbang periuk belanga.
tu pun klu jdi dah kira mencabul keamanan jugak!!



sekian nukilanku.


motip: syahdu bile tengok bini2 polis tu sama2 bantu laki even laki depa ade yg dah meninggal masa insiden tu.tu yg dinamakan sebenar - benar kasih sayang suami isteri.
aiii..lagi syhadu bile ank n isteri depa ade yg mati betul- betul depan mata.



selingan: ni takde kaitan dgn n3..tpi mlm tadi mak buyung kena gelak - gelak abis - abisan oleh cik sam sebab confident giler bg fakta yg rompin tu kat negeri sembilan!adei..berround - round kena gelak sampai cik sam ilang sore!
ekekekkekee!!

7 comments:

  1. tu la..kadang2 kita selalu lupa tentang sejarah...

    Dulu time sekolah, bila tiba time subject sejarah semer duk mengeluh...

    ReplyDelete
  2. aku tgk gak cite ni malam tadi
    sedih kan tgk bini2 polis seme kena tembak
    aku bab2 sejarah ni mmg failed la..mmg xsuke tu pasal sejarah aku xlulus dengan cemerlang

    ReplyDelete
  3. nice blog n salam kenalan..jom follow each other.:)

    ReplyDelete
  4. mmg betul2 ena kusyuk baca sejarah bukit kepong nie

    rasa betapa besar pengorbanan polis isteri dan anak2 utk selamatkan diri dan selamtkan bukit kepong tu sendiri

    ReplyDelete
  5. salam tu la ek ramai yg tak tahu sejarah bukit kepong..tragis kan.apa pun semangat juang mereka memang buat kita kagum kalau skarang ni tak tau la..err mana ko dpt idea rompin tu kat negeri sembilan

    ReplyDelete
  6. saya pun layan citer ni semalam...walaupun dah berpuluh kali tunjuk kat tv,...tapi kesan dia tetap mendalam...memang bergenang la air mata ni masa tgk citer bukit kepong ni....macam real sangat lakonan pelakon2 tu sume...Alfatihah buat semua pejuang2 yang terkorban ketika mempertahankan tanah air ni dari serangan musuh

    ReplyDelete
  7. Hari kamis mlm ada cite ni kat tv2. dulu masa lepas UPSR asyik kena paksa dgn cikgu gi bilik tv tgk cite ni....hahaha

    ReplyDelete

komen jer...

Para Sarip and Saripah Janjang