Penangan Ombak Rindu ke or Penangan Aaron Aziz?! | Iceboxrivet

GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Dec 1, 2011

Penangan Ombak Rindu ke or Penangan Aaron Aziz?!

Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah membeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.
Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.
Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi
.

 *abis dah sinopsis..
*malam ni sape -sape tengok..bolehlah 23cm bertalu - talu dengan bini memasing..(selepas tu la.tu pun kalau bini memasing dah abis tangkap syahdu and leleh sampai abis berkotak - kotak tisu)
*macam kat bawah ni..
*tapi kuar tak adegan ni dalam movie?!


*confused sikit,tiang khemah tak naik ke time bape kali take?!muahahaha!sengal la aku!
*aku tak dapat la nak tengok,tunggu kuar kat astro 1st dulu...
*mamat ni tengah laku sangat.aku tingat la dengan Rosyam Nor dulu.
*time tengah laku,laku abis.time dah seasoned,sape nak ayam tua?!ahahhaa!
*kalau ayam tua tapi kaya,of course ler ramai nak kan!kan?!
*ape aku melalut daa..
*xperlah..malam ni aku lipat kain!ahahahha!


sekian.............
entry sengal di petang hari sebab lapo baru lepas hujan nih!

*Ombak Rindu aku dah pernah baca...tapi seriously,aku suke lagi novel2 lama mcm Arena Wati and Samad Said.
*takde ke orang nak buat citer Gadis itu Bernama Ina?!

6 comments:

  1. wakaka!
    statement tiang khemah itu sgt mencuit hati =P

    ReplyDelete
  2. bahaya sungguh babak tu, beb!

    aku tak baca novel yang tak syariah complience. hahahha sengal je...

    ReplyDelete
  3. aku dh tgk pg td..oh aaron..hehehehe..tp part atas katil tu musykil jp naper leh lps..hehe

    ReplyDelete
  4. hahaha...ada2 je ayu ni ^_^

    suka baca novel dia, filem taktau la lagi, tunggu kuar astro 1st gak la..huu~

    ReplyDelete
  5. banyak adegan sensored2 gak semalam...haishh..malam tadi hubby ku bukan main lagi ingat ayat si aaron tu "Kalau aku minta, bila2 pun kau kena bagi"...hahahaha...

    adoiii..tu perempuan simpanan bang...saya isteri abang yang sah...haha..takkan nak minta2 kot...ekeke..

    adoiii...apa aku merepek gak ni..

    ReplyDelete
  6. tak sabar nak tgk gak..maybe minggu depan ngan Net kot...pic..sensored..
    :-)

    ReplyDelete

komen jer...

Para Sarip and Saripah Janjang