Cerita Anak Ke Sekolah.. | Iceboxrivet

GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Jan 19, 2012

Cerita Anak Ke Sekolah..


salam guys..
selamat hari khamis
ramai yang sudah berkobar - kobar untuk cuti tahun baru cina?!
semestinya...

mahu cerita budak di atas itu...
setakat ni,popoo berjaya tapi pada kadar untuk melepas air kecil.
air besar?!
selama mana bertanya dengan teacher dia di sekolah,tak pernah lagi buang air besar di sekolah.
mungkin juga kerana bontot sudah free popok di sekolah..
maka di tahan - tahannya di rumah.
yup,malam - malam baru budak di atas tu buang air besar.
*apekah kerana kau malu sebab takut terberak dalam seluar,makanya kau tahan?!

nak  tak nak juga aku kena jadi ibu yang berhemah tinggi..
belikan anak - anak buku kaler - kaler ni.
cue-card gambo binatang..
download segala macam video upin ipin dalam handphone cam ayam aku.
buat peralit dari adik beradik bergaduh berebut barang la,berebut seat la kat dalam kereta.atau berebut babah dia.(kenapa la budak2 ni jarang berebut aku?!sob!sob!sedih!)

setakat ni..
alhamdulillah berjaya mengawal kadar pertontonan tv dan computer budak tong gas di atas.
sebab dah ade aktiviti yg menarik tertarik kau memang tembam.
tapinya,org tua yang lebih banyak melayan si abang long ni mewarna sekarang.
kalau tidak,24jam nak main game masterchef kat fb,
kalau tidak 24jam mahu main angrybird kat chrome.
kalau tidak asyik nonton boboiboy kat youtube!
*tensen la org tua sbb abis broadband sbb download.

aku?
dah 2 malam melayan ara dari dengki khianat mengacau abang dia mewarna.
dalam kereta gi anto and amik budak2 ni pun,benda yg sama kena buat jugak.
aigooo....
aku yg lama - lama bosan..
*aku aderlah mak yg teruk sikit...

yang paling tak boleh blah..
tiap - tiap pagi kena hantar seiring dan sejalan budak tong gas tu ke kantin.
kena ade 2 -2 jugak.
siap mintak dukung dgn orang tua..
manja la plak bagainya...
*gunakan imaginasi anda bila seorang budak yg berbadan besar seperti budak 6 tahun didukung oleh bapanya dari pintu pagar ke kantin sekolah!ahahhaha!

tapi for surelah memang betul tanggapanku bahawa dia sebenarnya rindu dengan senior2 dia.
kelmarin terserempak dengan kak yens..
masih kenal acik yg saing sama2 amik kak jannah dia.
dan masa minggu pertama sekolah semula..
siap tunjuk2 pada kak jannah dia sebab kak jannah dia dah naik kelas tahun 5.
dia jugak yg continue kelas 4 tahun..

*mendoakan saje yg baik - baik buat anak - anak
*aku rasa budak tong gas ni menurut perangai malas bgn sekolah kot mcm aku dulu
*abc tak hafal dan malas hafal.tapi klu tanya jenis warna dalma bahas arab ingat plak:

  1. ahmarun = merah katenya
  2. asparun = kuning jawabnya
  3. azrokun = biru dicakap
*ade lagu 10 malaikat dia tgh hafal.yg aku dengar cuma mikhail dan jibrail.


#cerita lebih banyak straight to the point kerana tempoh kekejangan otot telah bermula.




8 comments:

  1. rajin nye dia wat homework yea..ske tengok budak2 minat dgn buku :)

    ReplyDelete
  2. memacam ragam anak sekolah yerk.. kena byk sabar kan.. hehe

    ReplyDelete
  3. mmg elok dipupuk minat belajar ni dari kecil..dah besar2 susahkan sis..tu samalah ngan anak saya..berak tahan2..balik rumah baru lepas..hahaha...

    ReplyDelete
  4. Buku kaler2 adala wajib ekekeke....
    Macam2 pesen buku kaler kalo depa nmpk mesti nak punya

    ReplyDelete
  5. Nnt Khaleef dah besar pun kita akan haadp semua ni kan??? Hehehe~

    ReplyDelete
  6. anak akak yg kecik tu patut dah dihantar ke tadika, tapi dia takmo, dia siap bagitau, cikgu pesan soh adik main menan banyak2 baru jadik pandai...perhhhhhgggg sakit ati dengarrr

    ReplyDelete
  7. salam.. Rajinnya dia.. berapa umur ni dik? cam besau je orgnya.. :)

    ReplyDelete
  8. aduh sayang kamu banyak jugak ragamnya kalau nak pi sekolah.bolehlah games ngan kat farisyah yang banyak ragam di pagihari....

    ReplyDelete

komen jer...

Para Sarip and Saripah Janjang