Rentetan Cerita Sehari: Pertabalan Agong , Gempa Bumi Di Aceh, Runtuhnya 'sebuah' Masjid dan kenapalah nak kecoh2?? (ZZ vs AA) | Iceboxrivet

GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Apr 12, 2012

Rentetan Cerita Sehari: Pertabalan Agong , Gempa Bumi Di Aceh, Runtuhnya 'sebuah' Masjid dan kenapalah nak kecoh2?? (ZZ vs AA)

salam guys..
selamat hari khamis...

Semalam Yang Dipertuan Agong ditabalkan..
Twice plak tu.
Daulat Tuanku.
Sultan Kedah Yang Pemes nih:

Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah.
Agong Yang Ke 14.
1st time jadi Agong yang ke 5 pada thun 1975 kalau tak silap aku.








Gempabumi DI Aceh:

Gempa bumi di Aceh: Pelajar Malaysia selamat

11/04/2012 9:37pm

JAKARTA – Pelajar Malaysia di Aceh dan Padang dilaporkan selamat dalam kejadian gempa bumi berkekuatan 8.9 pada skala Richter, yang berlaku pukul 3.38 petang waktu tempatan, hari ini.
Atase Pendidikan, yang juga Setiausaha 1 Pendidikan di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Ludinada Misnun berkata, pelajar Malaysia di kedua-dua tempat menyelamatkan diri ke kawasan lebih tinggi bagi mengelak bencana tsunami.
"Ketika dihubungi, mahasiswa Malaysia di Aceh sedang menyelamatkan diri ke kawasan lebih tinggi bagi mengelakkan gelombang tsunami yang mungkin berlaku,” katanya.
Mahasiswa Malaysia di Padang juga dinasihat menyelamatkan diri ke kawasan tinggi sebagai langkah berjaga-jaga terhadap ancaman tsunami.
Sehingga berita ini ditulis, belum ada laporan mengenai korban jiwa atau kerosakan harta benda akibat gempa bumi itu, bagaimanapun pihak berkuasa belum menarik balik amaran tsunami.
Pihak berkuasa percaya gempa tektonik itu serta gempa susulan 8.5 pada skala Richter, dipercayai berpotensi menyebabkan tsunami di lima provinsi iaitu Aceh, Sumatera Utara, Sumatera Barat, Bengkulu dan Lampung. – BERNAMA



Kisah Runtuhnya Sebuah Masjid:

pendapat aku: buruk atau tidak seorang suami,kaya atau miskin,bodoh atau pandai.Kamu itu nakhoda kapal.kenalah jadi nakhoda yang baik. Apepun kena memimpin sekalipun si isteri lebih berwibawa kepimpinannya. Bila dah jadi bapak orang dan suami,kamu ketua rumahtangga. Jangan lari dari kapal.

*teringat kursus nikah dahulu : sekalipun pasangan sudah sampai tahap kritikal,seharusnya keluarga masing2 mendamaikan dan cuba membantu mereka.Bukan lagi menambahkan atau membuat ikatan itu terlerai. Dalam kes ini,aku tak mahu komen lebih banyak. Islam sangat2 menuntut kesabaran dalam setiap perkara.

tapi ni komen negative yang terlintas dari pemikiran jahat aku: sekarang pun sudah lari bila ada masalah dan gagal memimpin..Esok lusa kawin lain pun,perkara sama tetap terjadi.Lelaki yang sangat sangat lemah dan sangat lemah daya kepimpinan.cuma tahu mahu 'kocak'.Dasar ayam jantan la ni kot?!(
Astaghfirullah..(memang ada nada marah pada rangkap di atas.)

AA versus ZZ?!!
gelak saje tak henti sebab?!
artis..cakap lebey karang ade yang sentap.
senyum sajalah..


*suratkhabar banyak beno citer2 sampah.takde citer yang boleh bawak anjakan paradigma ker?!!
*dah mcm beli majalah mangga la plak!!(majalah mini porn malaysia) - mini slot artis citer2 basi and gossip sampah.
*motip?!abis2 selak je ade result no ekor,sport toto,4D...

dan entry ni pun dah mula merepek dah..
sekian...



8 comments:

  1. daulat tuanku
    tsunami..risau gak
    aa-zz..sapa ek?

    ReplyDelete
  2. dah mcm wartawan surat khabar dah...
    tapi suka n3 kau....tambah2 yang last tue...
    yes surat khabar sekarang dah tak syok...

    ReplyDelete
  3. Aron Aziz vs Zed Zaidi ...ZZ tak puas hati AA menang Anugerah abph ari tu coz aa warga singapura kate nyer ... ...

    ReplyDelete
  4. kesian RR kan?
    harap die tabah..

    ReplyDelete
  5. kesian RR tapi apa2 pun klu blh diselamatkan selamatkan lah

    ReplyDelete
  6. dah lama tak bace paper, heheeh

    ReplyDelete
  7. Mcm panas je... aduh, RR tu ape plak??? Aku ni mmg ketinggalan sikit..huhuu

    ReplyDelete

komen jer...

Para Sarip and Saripah Janjang