Salam Guys..
saje je buat intro lebih kurang..
ehehe..
semalam kasut merah kate ko ye jah!!
mai mai nak share resepi mudah: namanya BAKLAVA
jangan pening pikir, sudah...
Resepi BAKLAVA
Bahan - bahan:
185g fillo pastry
2 cawan pistachio (dicincang ikut suka)
1 cawan almond (dicincang ikut suka)
* kalau takde pistachio, boleh ganti dengan almond + walnut. nisbah 2:1 atau 1: 2
1 cawan mentega cair
Panaskan oven 175 degree celcius
Sapukan mentega pada loyang / mangkuk pembakar
Letak 2 keping fillo pastry, sapukan mentega
Letakkan 2-3 sudu besar campuran kacang tadi
Ulang sehingga habis. Pada bahagian atas (penghabisan) letak dalam 6-8 keping fillo pastry.
Potong baklava macam size kuih talam tu, dan bakar selama 50 minit pada suhu 180 degree celcius sehingga keemasan dan garing.
Sementara nak tunggu Baklava ni masak, sesambil tu kita buatlah sirap dia ye...
Sirap Baklava:
1 cawan air
1/2 cawan madu
1 tangkai kayu manis
1 1/2 cawan gula
sedikit hirisan lemon / oren
Satukan kesemua bahan dan masak sehingga mendidih
Selepas betul - betul baklava ni masak, tuangkan sirap yang kita dah buat tadi serta merta ke atasnya
Tak perlu tunggu Baklava ni sejuk
Kemudian biarkan je sampai sejuk sediakala
Tak perlu tutup atau masukkan dalam peti sejuk
Selamat Mencuba!!!
alamak sedapnya kakak
ReplyDeletewaaaa sedapnya jahh!! mana nak dpt kulit tu?? ada jual kat mana ek? huhu.. tq
ReplyDeletesedapnyaaaa!!! nak tanya soklah yg kurang cerdik sikit, fillo pastry tu nak cari kat mana?
ReplyDeletesedapnyaaaa!!! nak tanya soklah yg kurang cerdik sikit, fillo pastry tu nak cari kat mana?
ReplyDelete