Baklava Recipe | Iceboxrivet

GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Jan 10, 2014

Baklava Recipe

Salam Guys..
saje je buat intro lebih kurang..
ehehe..
semalam kasut merah kate ko ye jah!!
mai mai nak share resepi mudah: namanya BAKLAVA



tu kulit pistachio tau
jangan pening pikir, sudah...



Resepi BAKLAVA


Bahan - bahan:

185g fillo pastry
2 cawan pistachio (dicincang ikut suka)
1 cawan almond (dicincang ikut suka)
* kalau takde pistachio, boleh ganti dengan almond + walnut. nisbah 2:1 atau 1: 2
1 cawan mentega cair



Cara - cara:
Panaskan oven 175 degree celcius
Sapukan mentega pada loyang / mangkuk pembakar


Letak 2 keping fillo pastry, sapukan mentega






Letakkan 2-3 sudu besar campuran kacang tadi





 Ulang sehingga habis. Pada bahagian atas (penghabisan) letak dalam 6-8 keping fillo pastry.







Potong baklava macam size kuih talam tu, dan bakar selama 50 minit pada suhu 180 degree celcius sehingga keemasan dan garing.



Sementara nak tunggu Baklava ni masak, sesambil tu kita buatlah sirap dia ye...

Sirap Baklava:

1 cawan air
1/2 cawan madu
1 tangkai kayu manis
1 1/2 cawan gula 
sedikit hirisan lemon / oren

Satukan kesemua bahan dan masak sehingga mendidih



Selepas betul - betul baklava ni masak, tuangkan sirap yang kita dah buat tadi serta merta ke atasnya
Tak perlu tunggu Baklava ni sejuk
Kemudian biarkan je sampai sejuk sediakala
Tak perlu tutup atau masukkan dalam peti sejuk


Selamat Mencuba!!!



4 comments:

  1. waaaa sedapnya jahh!! mana nak dpt kulit tu?? ada jual kat mana ek? huhu.. tq

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaaa!!! nak tanya soklah yg kurang cerdik sikit, fillo pastry tu nak cari kat mana?

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaaa!!! nak tanya soklah yg kurang cerdik sikit, fillo pastry tu nak cari kat mana?

    ReplyDelete

komen jer...

Para Sarip and Saripah Janjang