Penjaga Terowong Angin, Hari Liburan saya adalah suri rumahtangga , Ibu 2 anak, saya kadang - kadang masak, kadang - kadang saya berkebun.
Home Kitchen Bakery
Jul 1, 2010
~AKU BUDAK NORTHROP!!~ (1st Edition) : Semester 2
Kalau Awak Minat Pada Saya,Awak Boleh Masuk Meminang
Hari ini,aku sudah masuk semester 2 di MNRI ini.Rasanya baru sahaja 6 bulan lepas aku jadi freshie/junior.
Masuk semester baru ni,ramai jugalah instructor baru dan muda - muda belaka.
Aku?Macam biasa,sedar diri yang saiz badanku ini amatlah ketara besarnya,sehinggakan nama gelaranku di sini adalah 'Boeing',maka aku tidak ambil endah sedikit pun dengan kehadiran instructor ini.
Baik Mr.Mahfuz yang putih melepak seperti anak cina,atau Mr Bad yang handal bermain tenis,baik Mr Azhar yang sangat lemah lembut tutur kata.Bertuahlah siapa yanga dapat Mr Azhar ni sebagai suami atau menantu.Mahupun Mr Zamzamil yang punya punggung yang matap serta amat handal bermain bola sepak.
Bercakap pasal Mr Zamzamil ni,tapi kami semua panggil Cik Zam.
Kebetulan pula memang dia ni seorang kacak.
Tidak dinafikan memang kacaklah sampai kakak pada Mr Azhar tu pun menaruh hati padanya dan sudah menjadi suami isteri pun mereka sekarang.
Nak dijadikan cerita..
Aku ni pula jenis orang yang suka sangat merenung tajam wajah atau muka seseorang.
Ditambah pula yang aku ni jenis muka yang sangat - sangat serius dan jarang tersenyum.
Bila tiap kali ada "ROLL CALL "sebelum habis kelas,aku memang teramatlah suka merenung muka instructorku seorang demi seorang.
Baik yang sudah tua,yang berserban,yang berjanggut putih semua,mahupun yang muda - muda belaka ini.
Cik Zam ni pula selalu perasan yang aku seolah - olah merenungnya.
Sedangkan hakikatnya,semua orang aku tenung macam nak menelan hidup - hidup orang tersebut.
Hinggalah pada suatu hari:
'ayu,cik bad panggil kau masuk bilik dia.sekarang!'
'kenapa?'
'manalah aku tahu.tapi cik zam ada disitu'
tanpa berlengah lagi aku pun terus menuju ke bilik Cik Bad.
Selepas mengetuk pintu dan memberi salam,satu suara di dalam menyuruh aku masuk.
'kenapa cik?saya ada buat salah ke?'
'ni haa ida,cik zam ada benda nak cakap dengan kamu.'
oh ya..ada kadang - kadang aku juga dipanggil sebagai Ida.
"Ida,saya tengokkan.kamu ni suka sangat merenung pada saya.kamu minat pada sayakah?!
"kalau kamu minat pada saya,kamu boleh masuk meminang."
"saya pun masih bujang lagi.kekasih pun takda lagi."
" mak saya pun tak kisah.dia terima sahaja."
bagai nak tergelak besar bila aku dengar Cik Zam bertubi - tubi berkata sedemikian.
aduhaiii..aku cuma tersenyum sahaja sambil berkata:
'Takdelah Cik Zam.Saya memang macam ni.suke tengok - tengok orang"
Tiba - tiba jugak Cik Bad menyampuk:
'Zam,budak ni memang suka tengok orang macam nak telan.Mahfuz dulu pun mati - mati ingat budak ni minat pada dia.tapi bila dah borak - borak dengan dia dan juga tanya pada Haji - Haji yang lain.Memang budak perempuan yang seorang ni suka betul tengok orang.ko jangan perasanlah!"
Tapi Cik Zam tak mahu mengalah lantas dia pun menjawab:
"Aku bukan apa Bad,kalau betul minat.Apa salahnya.ramai student bercinta dengan lectuer apa?!"
Dan kemudiannya Cik Bad pun membalas:
'salah atau tidak,itu belakang cerita.sudah Ida,masuk ke kelas balik.ade quizkan?jangan kamu failed sebab soalan maut dari Cik Zam ni sudahlah!"
maka dengan sepantas kilat pun daku kembali ke kelas. sampai di kelas,berutbi - tubi soalan keluar dari mulut anum,anne,jawa dan juga sam.
bersambung....
#sangat meletihkan membuat cerita berdasarkan bahasa melayu tinggi!!
#tapi finally aku tak couple pun dengan cik tu sbb aku tahu aku ni tak sekufu dengan dia.mungkin aku akan jadi begini dan sebegini.
#cerita offer ni tak abis disini saje.
sampai semester 3,baik aku dan cik zam masih ade cerita!!
#psttt,Cik Zam ni org pahang jugak!!mcm org tua.adeii..memang jodohku dgn org pahang kah?sebab dua kali gagal dengan org perak!
ahahahhha!!
kak we the hasyim mesti gelak2 sebab dgn siapa daku bercenta!!
huahuahauahua!!
Aku Yang Menyanyah.
Sidratul Muntaha
di
10:57 AM
Labels:
Northrop
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ishh perasan sungguh lecterer ko tu ayu....hehehe
ReplyDeletecik zam xkenal la..mahfuz n bad tu aku kenal la
ReplyDeletehamboi ko...ngorat lecturer ek..hihi
huhuhuhu..
ReplyDeleteayu ngorat lect... kekekekke... tergugat jugak ek lect tu...
kak heze..
ReplyDeleteehehe..perasan peras dia pun,hemsem kak!!
hensem!!
zuera..
ReplyDeletezam ni specky
kejap ejr dgn miat..
dia gi GE klu tak silap aku
kan dia yg kwin dgn kakak si azharruddin asrokin.
ita..
ReplyDeleteaku tak ngorat ler..cik tu jer yg salah phm..
maybe sbb dia mmg takde girlfriend kot?!!
(^^) seriously bila fikirkan semula time morning tazkirah, bukan ke ko selalu libatkan aku dlm activiti tgk rear end cik zam, hehehehehehehehe....aku yg terjebak....
ReplyDelete