Attend Intensive Master of Ceremony Training | Iceboxrivet

GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Jun 23, 2011

Attend Intensive Master of Ceremony Training

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!;Sape2 belum join contest aku,meh join.aku nak bagi hadiah nih!: Sidratul Muntaha Besday GA 2011

salam guys..
ni entry basi kot?!
dah seminggu dah kot sbb aku gi kursus ni khamis lepas.
kursus ni eksklusif tuk 30 orang je kot sebab mula - mula kat email kate ade audition.
aku pun letak la nama tapi tak mengharap sangat sebabnya open tuk academic staff sekali.
udahnya seminggu lepas register kot,depa tepon balik kata dah dapat sebab limited tuk admin staff n support staff jer.
alhamdulillah dah dapat...


itu cermin mata aku.jgn tak thu,aku kena pakai cermin mata balik!caisshh!



malu - malu la plak akak nih..


time - time sorang - sorang kena kuar buat presentation.course ni mmg present saje.ate dah namanya MC kan?!!aku oleh plak melayan brooch akak ni.


our trainer aritu.Tuan Haji Chuari Selamat...sape tak kenal sila luku kepala.ingat Mahadhir Lokman saje yg famous maa?!!


sempat lagi shoot.sempat lagi edit kamera tgh2 course nih..mengong la aku..


tapi walau mcmana sekalipun,bile pergi kursus harus ade makan kak?!bab - bab makan - makan memang mantop.


sebelum balik..haruslah layan gambo seketul dua.owh yer,course tu start ari rabu,abis ari khamis...
motip gambo kecik?!saje la...nak bagi aku kecik.tapi aku tetap beso la!!(aku sgt suke baju nih.terima kasih byk2 pada pemberi dari setiu!)




Jom Kenal - kenal dengan Trainer:
Chuari bin Selamat ataupun dikenali sebagai Chuari Selamat adalah seorang pengacara, juruhebah, pengulas, pelapor, pembaca berita, penulis skrip, menulis drama, puisi, pantun dan lirik lagu. Beliau telah berada lebih 38 tahun dalam bidang penyiaran, berpengalaman luas dalam bidang penerbitan rancangan Radio.

Beliau menceburkan diri dalam dunia penyiaran sejak di bangku sekolah lagi. Bermula pada tahun 1965, ketika darjah 5, beliau tepilih sebagai pelakon kanak-kanak sewaktu siaran radio ke sekolah-sekolah (kini dikenali sebagai Radio Pendidikan) mula diperkenalkan di Malaysia. selain berlakon beliau juga menulis skrip untuk drama cerita kanak-kanak dan seterusnya untuk drama radio terbitan Rangkaian Nasional, Radio Malaysia sejak berada di tingkatan 2.
Memegang jawatan tetap sebagai penerbit rancangan dan juruhebah radio mulai 1973. Sebagai penyiar ' verstail' dia terlibat dgn penerbitan rancangan bercorak hal ehwal awam, drama, rencana, hiburan dan berbalas pantun. Suaranya turut berkumandang di radio sebagai juruhebah, penyampai berita, pengulas siaran langsung, pelakon drama, mendeklamasi puisi juga selaku pengerusi pertandingan berbalas pantun, pengerusi kuiz sastera, sejarah dan pengguna dan pengerusi debat.
Beliau pernah menjadi penerbit di Bahagian Persembahan Radio, Bahagian Hal Ehwal Awam Radio, Bhgn Hal Ehwal Awam TV, Radio 1 dan Radio Muzik.
Mulai 1993, Chuari dilantik sebagai Pengawal stesen Radio 1, kemudian berpindah ke Radio Muzik pada tahun 2001 dan juga sebagai Pengawal stesen Klasik Nasional (dulunya Radio Irama Melayu Asli -RiMA 93.9).
Sejak menjadi pengawal Klasik Nasional, beliau banyak membawa perubahan kepada radio ni sehingga radio ni menjadi pilihan ramai


Pada tahun 1976 komposer Ahmad Nawab telah memberi peluang beliau menulis lirik. Antara lagu yg evergreen hingga sekarang - Semakin Hari Semakin Sayang nyanyian Uji Rashid, lagu ini terus menjulang Uji Rashid menjadi penyanyi popular pada masa itu. Sehingga kini beliau telah menghasilkan lebih 500 lirik lagu. antara yang popular dan evergreen Wajah Kesayangan Hamba (Hail Amir), Setulus Cinta (Broery Marantika), Perpisahan Tanpa Relamu (Jamal Abdillah), Ku Sangka Siang Kiranya Malam (Khatijah Ibrahim), Nadi Cinta (Ramlah Ram), Seloka Hari Raya, Antara Mataku dan Matamu ( gandingan Uji Rashid dan Hail Amir), Saat Yang Ku Nantikan (D. J Dave) dan Hati Sepi Seorang Perempuan (Linda Elizebeth) dan banyak lagi. Uniknya Chuari, beliau juga gemar mengunakkan nama samaran ketika menulis lirik, nama yang selalu dikreditkan sewaktu beliau bersama EMI ialah Erna dan Rahmat Zaki ketika di Warner Music.


Pencapaian

Sepanjang karier beliau pernah dianugerahkan
  • Anugerah Seri Angkasa - Penyampai Terbaik Radio 1984
  • Anugerah Seri Angkasa - DJ Terbaik Radio 1991
  • Anugerah Q Produk Radio Terbaik 2003
  • Anugerah MACP 2007
  • Anugerah Tinta GAFIM 2008
  • Anugerah Khas Ketua Pengarah sempena Hari RTM 2008
  • Anugerah Khidmat Cemerlang 2008
  • Anugerah Khas Angkasapuri 2005 oleh Menteri Penerangan 2011
  • Anugerah Seri Temasik Radio Klasik oleh Majlis Pusat Singapura .
  • Pingat Jasa Bakti (PJK) oleh DYMM Sultan Selangor 2002
  • Pingat Ahli Setia Negeri Sembilan (ANS) oleh DYMM Yg Diertuan Besar Negeri Sembilan pada tahun 2006 
  • Bintang Khidmat Terpuji (BKT) oleh TYT Yang Dipertua Negeri Melaka tahun 2006.



come cross research more about tuan haji...
terjumpalah blog anaknya.
lebih afdal kan baca empunya..




#sape - sape nak pakai den as MC,sila2lah calling yer...
keh keh keh...(mcm la ade org nak pakai?!!)




3 comments:

  1. tag mu kat sini
    http://mummyayucontest.blogspot.com/2011/06/giveaway-handmade-domo-kun-plushie-by.html

    ReplyDelete
  2. hehehe.yu,aku nikan jd mc maharja lawak blhla hahaha, best ape ade ilmu utk jd mc nih

    ReplyDelete
  3. ramai org pakai brooch cenggitu skrg kan ..

    ReplyDelete

komen jer...

Para Sarip and Saripah Janjang