(PAVLOVA KE?!!)) | Iceboxrivet

GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Apr 10, 2012

(PAVLOVA KE?!!))

ado strawberry...
ade kiwi...
ape buah oren buat kat situ?!!

salam guys...
tajuk pagi - pagi takmo kalah gamaknya...
rosak je budi pekerti bahasa aku sekarang..
yerlah..nama je anak orang jawe and keturunan jawe,tapi menulis blog macam dah banyak gaya base...
campur minang sikit,campur pahang sikit...
poyo jerkan?!
entah?!aku rasa nak tertulis..(ayat tak boleh blah)..
aku tulislah..kan?kan?kan?!!
owh yer..
selamat pagi jugak buat semua..
arini keje mcm bese,esok cuti maa!!
agong naik takhta..

nak ngomel panjang - panjang macam tak releven..
nak menyanyah banyak - banyak lagi la mcm merepek..
tapi kali ni nak share la citer pasal buat benda alah nih: PAVLOVA!!




resepi asal aku amik kat sini: 
dan lagi sumber asal dari : http://joyofbaking.com/



Resepi Pavlova.

Bahan-bahan :

4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla

Tip sebelum membakar :

1- Pastikan  ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.

2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. 

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. 

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. 

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. 

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. 

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper).. (aku guna 8inci)

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. 
Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. (kenapa la aku lupa buat step nih?!aritu masa balik meru..adik aku ade ajo!!)

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. 

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.(beli whip cream yg tak putar.tentulah tak cantik mana bila putonyer)



aku lupa nak masukkan dalam peti sebelum guna.jadinya aku main la bubuh..
korang tengok la kan?!
keje orang tak ade seni dengan lack of knowledge.
sememeh gile!!



ni la texturenya pavlova tu bila dah kena senduk dengan aku.
manisnya!!
memang confirm la kena potong kaki.
korang nak tahu?!since benda ni manis,memang kena lawan makan dengan buah2 masam mcm kiwi,blueberry,strawberry,tapi ape ke jadahnya orange buat kat situ?!!
saje!sesuka!!nak bagi gambo banyak kaler - kaler.
tapi mcm la harem..
oren takleh makan la dengan dengan menda alah ni.
jadi pahit jol!!
last2 aku cuci,aku bagi dak Ara makan since dia memang antu buah oren!!

*verdict:
memula muka aku terkedip2 and bergegar otak sebab manis terlampau sangat benda ni.lepas tu dengan muka aku berkerut - kerut smbil mulut pun muncung mcm cencurut sebab masam dek buah2 tu tadi.
aigoo!!
cannot gi la ini benda!!ade lagi separuh kat peti.
haih!!
owh yer..aku punya takde crack macam pavlova bese2.maybe sebab aku lupa buat lengkung kat tengah tu kot?!!
maybe jugak manjang jer aku guna suhu oven tu 140 jer dari mula sampai abis 1 jam 15 minit tu!!
ahahhahaha!!
kaler and tektur dalam tu dah ok,cuma takde crakc/crust kat belah atas!!


12 comments:

  1. sedapnya...meleleh air liur..

    ReplyDelete
  2. alamak...terkecur air liur pepagi nih....

    ReplyDelete
  3. Boleh try untuk next project nih..akan kujadikan resepi ko ni sebagai panduan. Thanks yer ayu :)

    ReplyDelete
  4. umang aihhh..hebak mung..ko tau,aku kan suke tgk masterchef junior australia tu, selamaba kodok je budak 11 taon buat pavlova..nangis aku malu terduduk,hahahahaha

    ReplyDelete
  5. serious hebat!!! looks superlicious!

    ReplyDelete
  6. baru dpt menjengah..aah laaaa..sama tajuk enrty la plak psl pavlova..

    ReplyDelete
  7. buat sendiri???
    aigoooo... kagum seyyy! :)))

    ReplyDelete
  8. manis ker... aiseymen..tengok jelah

    ReplyDelete

komen jer...

Para Sarip and Saripah Janjang