"sehelai baju menyapu airmata anak-anak" | Iceboxrivet

GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Jun 6, 2012

"sehelai baju menyapu airmata anak-anak"

Maklumat lanjut boleh lihat di http://sehelaibaju.com/ 

Matlamat kempen ini ...

PENGENALAN

SehelaiBaju Buat Menyapu Si Air Mata (Team SBBMSAM) adalah gerakan kasih sayang yang unik dan prihatin daripada kalangan rakan maya facebook dari seluruh dunia.
Team ini menjalankan kerja sukarela bagi mengumpul sumbangan Baju Melayu Lelaki / Baju Kurung Perempuan yang BAHARU untuk disumbangkan kepada Rumah Anak-anak Yatim, Rumah Perlindungan Warga Emas, Pelajar Miskin dan Asnaf di sekolah-sekolah terpilih seluruh Malaysia.
Program ini adalah aktiviti kebajikan dan bukan bertujuan untuk mencari keuntungan.
Team ini bermula pada tahun 2010 kemudian diteruskan pada 2011. Kini atas sokongan berterusan rakan-rakan facebook yang prihatin dan berhati mulia, telah memasuki tahun ke tiga (2012).

TUJUAN DAN MATLAMAT

Mengumpul sumbangan pakaian hari raya daripada rakan-rakan facebook berdasarkan keperluan darpadai sasaran yang akan diputuskan nanti.
Memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk sama-sama beramal jariah menjelang Ramadan dan Aidilfitri akan datang bagi membantu pelajar miskin dari sekolah dan rumah anak yatim yang terpilih untuk mendapat sepersalinan baju raya menjelang sambutan Aidilfitri

URUS SETIA
Team ini dikendali oleh satu urus setia yang komited menjalankan tugas pada luar masa pejabat.

KAEDAH DAN CARA
Melalui pages Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata dan laman web rasmi www.sehelaibaju.com kami dari masa ke semasa akan menguar-uarkan keperluan baju-baju tersebut berserta dengan saiz dan ukuran baju-baju yang diperlukan.

Bagi individu yang ingin menyumbang adalah digalakkan merujuk kepada saiz-saiz yang dipaparkan di laman web kami sebelum membeli pakaian berkenaan.

Semua bungkusan pakaian yang walaupun sehelai, hendaklah dipos ke alamat urus setia seperti di bawah:
TEAM SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA
D/A: Tuan Norakmal bt Abdullah)
Royale Millennium (M) Sdn Bhd
No 551, Tingkat 3, Wisma DMG,
Jalan Samudera Utara 1
Taman Samudera
68100 Batu Caves Selangor
Tel. : 603-6186 3949 (waktu pejabat) 

No telefon urus setia untuk dihubungi:
Ahmad Saabun:  016-2151192
Harif@NagaTimur: 013-2275450/017-6086987/018-2036320
Norakmal Abdullah: 019-3652834
Mohd Rozmie (JimieRay): 012-4982295

TEMPOH KEMPEN
Bagi tahun ini kempen bermula dari 20hb Mei 2012 hingga 10 Ogos 2012.
Kiriman yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dapat diserahkan kepada penerima memandangkan telah begitu hampir dengan tarikh sambutan Aidilfitri

PENAFIAN
Kami sama sekali tidak menerima kiriman BAJU TERPAKAI dan WANG TUNAI.
Semoga usaha kecili kita ini akan memberi sinar gembira buat insan-inisan yang amat memerlukan pakaian baru untuk Aidilfitri. Bagi kami tiada maknanya kita seisi keluarga bergembira sedangkan pada masa sama masih ada insan lain yang bernasib malang…
Kirimlah walau sehelai pakaian baru untuk mereka.
Semestinya keperihatinan anda itu akan menambah saham akhirat anda, insyaAllah.

Terimakasih.

*** sila hebahkan ....

3 comments:

  1. Bagus nih! Akan dipanjangkan kepada kengkawan yg lain. insyaAllah. :))
    Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih

    ReplyDelete
  2. emm..good info..ras2nya Net ada join nie last year..

    ReplyDelete
  3. As salam Ayu,

    Alhamdullillah, bagus ek ada kempen mcm ni... Mcmana nak beli baju melayu kat sini...huk3... Nnt try tgk mcmana... :))

    Thanks...

    ReplyDelete

komen jer...

Para Sarip and Saripah Janjang