Maut kerana meja usang | Iceboxrivet

GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Aug 15, 2012

Maut kerana meja usang



Salam guys..

Almarhum adalah sepupu kepada Orang Tua...
Sangat sedih bila ini terjadi.
Semoga Allah memberi balasan setimpal kepada orang - orang yang menyebabkan kematian Almarhum.
Al Fatihah..

*orang tua hampir - hampir  takut semasa memindahkan jenazah dari van jenazah hospital kerana seolah - olah ada darah mengalir dari kepala Almarhum.tapi rupa - rupanya darah yang mengalir kesan post mortem.
(sebab dia jenis takut darah.tapi bukan takut jenazah sebab masa Mak Mertua aku meninggal dia yang antara mereka yang letak jenazah dalam liang lahad.)

*kasihan anak Almarhum yang masih kecil2 lagi.
*kerana sebuah meja buruk,manusia jadi pembunuh.
*Bukan seorang tapi lebih dari 12 orang.Di bulan ramadhan pula tu.
*Memang tak selamat dunia dan akhirat mereka - meraka semua itu.

 


Maut kerana meja usang

Oleh Raja Noraina Raja Rahim dan Siti Norhidayatidayu Razali
am@hmetro.com.my

     
TRAGIS...jenazah Azhari (gambar kecil) dibawa keluar dari Bilik Mayat Hospital Serdang.
TRAGIS...jenazah Azhari (gambar kecil) dibawa keluar dari Bilik Mayat Hospital Serdang.
SERDANG: Hanya kerana meja usang, seorang peniaga minuman mati dibelasah sekumpulan lelaki dalam kejadian di sebuah tapak perniagaan di Seri Kembangan, di sini, awal pagi semalam.
Difahamkan, kejadian berlaku selepas mangsa, Azhari Sidek, 44, mengambil sebuah meja usang ditinggalkan di kaki lima tempat kejadian sebelum diletakkan berhampiran gerai miliknya.

Bagaimanapun, tindakan mangsa itu tidak disenangi seorang lelaki yang mendakwa meja berkenaan miliknya hingga berlaku pergaduhan kira-kira jam 2 pagi.

Lelaki terbabit dikatakan menjalankan perniagaan di kawasan sama.

Adik angkat mangsa yang enggan dikenali ketika ditemui Harian Metro di pekarangan Bilik Mayat Hospital Serdang, di sini, berkata akibat rasa tidak puas hati itu, lelaki terbabit memanggil beberapa rakannya untuk membelasah abangnya.

“Abang saya dibelasah lebih 12 lelaki. Ketika itu, ramai peniaga dan pengunjung menyaksikan kejadian itu namun tiada sesiapa yang berani membantu.


“Melihat keadaan abang yang sudah longlai dan tidak sedarkan diri, semua mereka melarikan diri. Orang ramai kemudian menghubungi ambulans sebelum abang dihantar ke Hospital Serdang,” katanya.

Bagaimanapun, abangnya meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Adik mangsa, Hamizi Sidek, 40, berkata dia menerima panggilan daripada pihak hospital memaklumkan abangnya sudah meninggal dunia dan memintanya datang ke hospital.

“Saya tidak tahu apa berlaku tetapi mengikut laporan polis abang saya dipukul sekumpulan lelaki. Abang saya sudah menjalankan perniagaan di tapak perniagaan itu sejak lima tahun lalu.

“Hasil bedah siasat, abang saya dimaklum meninggal kerana serangan jantung akibat dipukul dengan teruk. Saya menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan dan menahan mereka yang bertanggungjawab,” katanya.

Bekas isteri mangsa dan tiga anak lelakinya masing-masing berusia 15 tahun dan kembar mereka berusia 12 tahun kelihatan tiba di bilik mayat hospital itu kira-kira jam 5 petang selepas dimaklumkan kematian mangsa.

Tiga anak lelaki arwah hanya mampu menitiskan air mata sebaik menatap wajah bapa mereka buat kali terakhir sebelum dikafankan dan dibawa menaiki van jenazah.

Difahamkan, jenazah akan dibawa pulang ke kampung halaman di Mengkarak, dekat Temerloh, Pahang dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam kampung berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan malah pihaknya sedang berusaha mengesan suspek.
Artikel ini disiarkan pada : 15/08/2012

11 comments:

  1. salam takziah..alfatihah utk arwah...sbb meja usang pn gaduh..teruk kena belasah...

    ReplyDelete
  2. semoga ALLAH SWT tempatkan beliau diJannahNya,amin..

    ReplyDelete
  3. sedihnye.. hanya sebab meja usang.. Ya Allah~

    Al-Fatihah dan salam takziah buat keluarga arwah~

    ReplyDelete
  4. Cerita sedih di bulan Ramadhan. Al fatihah

    ReplyDelete
  5. salam takziah...
    al-fatihah buat arwah..

    ReplyDelete
  6. al-fatihah buat arwah, manusia sekarang ni agaknya semakin hilang kewarasan, hanya kerana meja sanggup berbunuhan..... nauzubillah

    ReplyDelete
  7. al-fatihah buat arwah..salam takziah..
    sedih bile baca..pasal meja jd punca..

    ReplyDelete
  8. salam takziah....ber istigfar baca berita ni. kerana meja pun blh hilang pertimbangan.

    ReplyDelete
  9. As salam Ayu,

    Innallillah... Salam takziah...

    Al-Fatihah khusosan ila ruhi allahyarham Azhari Sidek... Moga ALLAH tempatkan didalam golongan yg baik2 lg2 dibulan yg mulia ini...

    Mengucap pjg baca cerita ni... :(

    ReplyDelete
  10. baru tau ni hah,x pasan n3 ni ayu..alfatihah buat arwah..manusia skg,...

    ReplyDelete

komen jer...

Para Sarip and Saripah Janjang