Tahniah Ghani! Dah jadi Sojar dah! | Iceboxrivet

GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Dec 16, 2015

Tahniah Ghani! Dah jadi Sojar dah!


Salam Guys
last week hari sabtu 12hb disember 2015 pergilah ke PUSADA di Port Dickson
pegi tengok adik yang 2nd last bongsu masuk tentera.
alhamdulillah..
kalau diikutkan banyak jugak rintangan nak masuk dengan halangan - halangan lain.
terutamanya dari halangan kesihatan.
Ghani siap kaki terpijak paku karat masa tolong mak ke abah ngarit tuk kambing kat kampung sehari ke 2 -3 hari sebelum lapor diri kat Pusada ni.
Mujur jugak ada yang bagithu makan antibiotik hari apa and lepaslah urine test dia kat sana lepas lapor diri sebab amik antibiotik beberapa hari sebelumnya.
kalau tak mahunya haru kena patah balik.



 Tu adik kami
Nama penuh dia Abdul Ghani Suffian.
Depan sekali belah kanan.
yang mata sepet ala2 nak terpejam tu.
ahahaha...




 kalau kat gambar ni dia kat tengah2 depan sekali...




 semangat jugak tengok ahli keluarga sendiri masuk pasukan keselamatan
aku ada jugak 2 orang pakcik masuk polis.
tapi tak tahulah kenapa rasanya tak sama dengan tentera ni.
maybe sebab aku dulu kecil2 pun bercita - cita nak masuk askar jugak kengkononnya tapi bila pikir2 balik..
tak boleh la nak masuk sebab aku kan ciwek..ahaha



 masa mejar beso peksa perbarisan...
abah aku jadi syahdu plak masa text ucapan Mejar tu dibacakan..
tak tahu kenapa..
tapi Allah jelah yang paham perasaan dia masa tu.
mak ayah mana yang tak banggakan anak - anak capai benda baik atau mendapat hala tuju yang baik dalam kehidupan.




kalau diikutkan..
ni la 2nd time jumpa adik aku ni
memula dulu masa bulan 6 anto dia kat sini..
dengan tak beraya sama...
yelah kalau dia balik, kena tambah lagi 6 bulan..
ikut kata dia, nak masuk PARA.
tapi dia takut tinggi.
harap - harap dipermudahkanlah urusan dia.
aku sebagai along, apepun selalu doakan yang baik - baik je buat adik - adik aku.




aku.. adik ghani..
hujung baju kelabu tu laki aku.
tak jadi masuk askar sebab ada asthma...
haih.. haih.. kalau tak lama dah jadi bini sojar..
ekekkeek...
ade orang cakap ghani ni chop muka aku?!
yelah tu..




anak sedara yang tak pernah tengok sejak lahir..
kira dah masuk 6 bulan la kan...
terpinga - pinga budak tu tengok pak itamnya..





last but not least...
family potrait...
tahniah sekali lagi Ghani.
dah Jadi Prebet / Private Abdul Ghani Suffian..

2 comments:

komen jer...

Para Sarip and Saripah Janjang