Resepi : Upside Down Caramel Banana Chocolate Cake | Iceboxrivet

GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Feb 22, 2016

Resepi : Upside Down Caramel Banana Chocolate Cake

salam alaik guys...
selamat bersiaran hari ini ..
hari isnin..
hari kelahiran dan kegemaran Rasullah saw.

meh mari dekat nak share resepi Upside Down Caramel Banana Chocolate Cake
kek ni kecik je..
sama size dengan cake moist RM10 yang bese korang beli tu...
size loaf tin cake je..
tanpa membuang masa lagi...



Bahan - Bahan Untuk Caramel:

1 cawan gula pasir
3/4 cawan air
2 sudu besar marjerin / mentega (kalau nak buat salted caramel, guna 4 ke 6 sudu besar)
Double cream/ heavy cream/ susu sejat/ susu segar (anggaran 1/2 cawan atau ke 1 cawan)

Cara - cara Buat Caramel:

Dalam periuk kecik, masukkan gula dan air.
Nyalakan api sederhana
Biarkan gula masak sehingga berbuih kecil, kacau sekali sekala untuk menggelakkan gula dari hangus
Tinggikan nyalaan api kepada med high, masak lagi sehingga gula bertukar warna 'amber'
Ketepikan periuk dari dapur, masukkan marjerin/metega seketul demi seketul sehingga cair
Akhir sekali masukkan double cream/ heavy cream/ susu sejat/ susu segar
Biarkan sejuk sehingga ianya pekat sendiri.

atau anda boleh gunakan store bought caramel.


Bahan - bahan untuk  Adunan Kek Coklat:

3 biji  telur

1/2 cawan mentega cair atau 1/2 cawan minyak jagung 

1/2 cawan serbuk koko

1 cawan tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil baking soda

1 sudu kecil essen vanilla

2 biji pisang sederhana besar *potong membulat



Cara - cara Untuk Membuat Cake:

Panaskan oven 180 degree cel.

Ayak tepung dengan baking powder dan baking soda dan serbuk koko. ketepikan

Pukul telur dengan gula dengan telur sehingga kembang

masukkan mentega cair / minyak jagung

masukkan bahan kering, essen vanilla dan balik kaup adunan sehingga sebati. jangan terlebih kaup. Nanti kek bentat.


Griskan loyang atau tin loaf anda, susun pisang yang telah dipotong di dasar tin / loyang

Tuangkan caramel yang telah anda buat sebelum ini ke atas pisang tersebut

kemudian, tuangkan kesemua adunan kek tadi tadi sehingga habis

Bakar selama 40 ke 50 minit atau sehingga cake masak.

Siap.

Selamat mencuba...













2 comments:

komen jer...

Para Sarip and Saripah Janjang