Resepi Kuih Keria Gula Melaka (My Style) | Iceboxrivet

GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Dec 19, 2016

Resepi Kuih Keria Gula Melaka (My Style)

Image may contain: food



Bismillah
Salam Alaik..
Alhamdulillah dipanjangkan umur dan kesempatan untuk menulis dalam blog yang hidup segan mati tak mahu ni. (ikut style gamma 1)
Syukur diberikn kesihatan dan 'mood' yang baik pada hari sabtu lepas untuk membuat kuih keria gula melaka yang tengah viral tu.

Jujur, kami tak pernah rasa kuih tu personnally.butin the end..
Semua base resepi kuih adalah lebih kurang sama...

So, hari ni nak kongsikan resepi kuih keria gula melaka style kami.
kalau tak sama macam kuih keria yng femes korang pernah rasa tu, wallahualam.
in the end, food still food.
cherish it whenever we still capable to eat it.


Resepi Kuih Keria Gula Melaka

Bahan Kuih Keria:

800g - 1kg Keledek (kuning atau merah)
Garam ( 1 cubit atau 1 sudu teh)
Air  secukupnya untuk merebus
10 sudu besar tepung gandum (atau lebih)
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng


Bahan Sira Gula Melaka

1 ketul gula melaka ( 200 - 400g)
1 cawan gula pasir
1/2 cawan air


Cara - cara membuat Kuih Keria

1. Keledek dikupas, dipotong ikut suka dan direbus sehingga empuk. 
2. Sesudah empuk, toskan dan ketepikan sehingga suam - suam kuku
3. Lenyek keledek sehingga lembut dan masukkan tepung sesudu demi sudu sehingga keledek boleh dibentuk sedikit. taburkan garam.
4. Ratakan tepung pada permukaan tangan dan mula membentuk kuih keria 
5. Susun atas dulang atau tray yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung sebelumnya
6. Panaskan minyak di kuali, dan goreng kuih keria sehingga masak.
7. Angkat, tos dan ketepikan


Cara - cara membuat Sira Gula Melaka

1. Satukan kesemua bahan - bahan dalam kuali
2. Panaskan dengan api kecil sehingga kesemuanya telah cair dan 'bertali' bila diangkat
3. Kemudian, masukkan kuih keria tadi dan sira sehingga bersatu dengan sebati dan kalau macam saya, saya buat sedikit 'bergerak' gula tu tuk rasa rangup.
4. Siap dihidang.Selamat Mencuba












3 comments:

  1. yummm....aku nk try buat tk terbuat kalo kuih tradisional ni...kalo dessert ok hehe

    ReplyDelete
  2. musim tul kuih ni. alhamdulillah.. dpt rasa hari tu jiran kasi. nak buat..alahai, yg makan aku sorang jer

    ReplyDelete

komen jer...

Para Sarip and Saripah Janjang