PD VISIT 2016 : BEACH, MUZIUM LUKUT, UPSIDE DOWN HOUSE, OSTRICH FARM | Iceboxrivet

GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Feb 13, 2017

PD VISIT 2016 : BEACH, MUZIUM LUKUT, UPSIDE DOWN HOUSE, OSTRICH FARM

Date : 28th October  - 30th October 2016

Bismillah..
Salam Alaik
Lama tak bersiaran kat blog ni.
banyak benda nak cerita, banyak kerja juga hari - hari.
Cerita jalan - jalan ke Port Dickson ni tahun lepas lagi.
Baru ada kelapangan sikit nak bercerita.


1. Kami stay di Adelia Homestay Port Dickson. Tak jauh dari Pusat Latihan Tentera Darat.Di Taman Almai 2.  Jumlah menginap selama 3H2M dalam RM400 - RM500. Lokasi Adelia Homestay ni ada 2 unit. So, yang dalam gambar ni lokasi yang kitaorang dah menginap selama 2 kali. Kali pertama tahun sebelumnya dan yang terbaru pada tarikh di atas. Sesuai untuk family yang ramai atau bercuti dengan adik - beradik. Ada 1 masterbedroom dengan bilik air di dalam, kemudian ada 2 bilik lain tuk kelamin. bilik air lain di luar di bahagian dapur. Dapur pun lengkap dengan peti ais, periuk masak elektrik dan microwave. Siap ade mesin basuh di bahagian belakang. Oh ye, rumah ni hanya untuk penyewa muslim sahaja. Dan arah kiblat pun terdapat dengan mudah dalam rumah ni.Ruang tamu pun lengkap dengan meja makan, sofa dan saluran astro.
No automatic alt text available.


2. Tempat kitaorg satu family include family lain, mula - mula adalah Muzium Lukut. Muzium ni masuk percuma je. Jadi tak perlu nak pening kepala mahal ke murah. Lokasi muzium ni dekat:
 Lot 730, Jalan Besar, Taman Pd Jaya, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia

Tarikan muzium lebih kepada sejarah penubuhan Kota Lukut, Sungai Ujong, and mosty like tentang sejarah penubuhan Negeri Sembilan dan Selangor. Ada juga pameran peninggalan atau harta karun dari beberapa kapal laut yang tenggelam di sekitar perairan di sepanjang Negeri Sembilan pada kurun tertentu.

Aqil Al Islam seperti biasa ambil gambar dan ambil gambar. Seronok dapat berjalan - jalan katanya.




3. Lokasi lain yang kitaorg pergi jugak adalah Rumah Terbalik : Upside Down Gallery Art 
Di bawah ni senarai tiket masuk.. Jadi, berjalan - jalan puas korang kat dalam tu ye. Alang - alang dah bayarkan..
No automatic alt text available.



Aqil dan Ara gigih betul ambil gambar tu, sunggguh - sungguh. Macam - macam aksi diaorg buat. Menggekek kami gelak..



4. Lokasi terakhir kitaorg pergi sebelum balik adalah Ostrich Farm Port Dickson



 Agak mahal la tiket sebab macam tak berapa well maintenance. Ladang ni sebenarnya ladang persendirian dibuat jadi taman kunjungan. So janganlah assume cantik sangat ye.



Anak - anak layan naik kuda la and keldai. Ara sampai 2 kali naik kuda tu. So yang tukang bayar tu sape lagi kalau bukan Babahnya..


Maka..tamatlah ceriat jalan - jalan port dickson kitaorg. Moga ada rezeki dapat jalan lagi. Insyaa Allah.

3 comments:

  1. Lucu tengok gambar budak2 tu...

    ReplyDelete
  2. haha paling WIN gambar jarah pam buntut aqil tuh..so cute n unique makde

    ReplyDelete
  3. Wowww...bestnya...anak2 pom nmpk enjoy sgt

    ReplyDelete

komen jer...

Para Sarip and Saripah Janjang