Fungsi Penulen Udara Cuckoo Yang Sebenar - benarnya | Iceboxrivet

GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Oct 26, 2018

Fungsi Penulen Udara Cuckoo Yang Sebenar - benarnya



1 – Fungsi Cuckoo Air Purifier
Fungsi utama Cuckoo Air Purifier adalah untuk membersihkan udara yang terdapat dalam ruang tamu, bilik, pejabat dan ruang – ruang lain di dalam rumah atau tempat kerja. Ini kerana udara yang berterbangan di udara terdedah kepada bakteria – bakteria dan virus yang boleh mengancam kesihatan dan juga dapat membantu untuk mengurangkan habuk, debu dan bulu haiwan yang berterbangan dalam udara. Bagi anda yang mempunyai masalah resdung, asma, eczema dan lain – lain jenis alergi boleh menggunakan Cuckoo Air Purifier ini untuk membantu mengurangkan alahan. Selain itu , ia juga dapat menyahkan bau – bau yang kurang menyenangkan seperti bau rokok, bau hapak, bau haiwan peliharaan dan lain – lain lagi. Bagi memastikan ruang udara di rumah dan pejabat kita lebih nyaman, selamat dan selesa.
2 – Plasma Ionizer
Cuckoo Air Purifier mempunyai fungsi Plasma Ionizer. Plasma Ionizer merupakan teknologi terkini yang diiktiraf di seluruh dunia. Plasma Ionizer dapat melindungi kita daripada bahaya pencemaran udara. Dimana kini terdapat banyak berlakunya jerebu, gas – gas kenderaan, pembinaan di sekitar rumah dan pelbagai lagi punca – punca yang menyebabkan pencemaran udara berlaku. Maka fungsi Plasma Ionizer ini dapat membantu untuk menyah pencemaran tersebut.

3 – 4 In 1 HEPA FILTER –HEPA Filter (High efficiency particulate air)
Merupakan filter mekanikal yang berfungsi dengan menapis udara yang melalui filter tersebut dan memerangkap zarah – zarah yang merbahaya seperti Pollen, bulu haiwan, hama habuk, asap rokok dan lain – lain lagi. Zarah – zarah ini dpt menyebabkan radang terhadap ahli keluarga kita yang menghidap alergi dan asma. Maka, HEPA Filter ini dapat membantu untuk memerangkap zarah – zarah merbahaya tersebut.
HEPA Filter 1 – Antibacterial
HEPA Filter 2 – Anti – mold
HEPA Filter 3 – Anti – virus
HEPA Filter 4 – Allergen Filter

4 – Servis
Antara kelebihan yang disediakan oleh Cuckoo adalah Servis Cuckoo yang mengagumkan. Setiap 4 bulan, Cuckoo akan datang ke rumah anda untuk melakukan servis kepada Cuckoo Air Purifier anda. Ia termasuk membersihkan habuk – habuk, menukar filter baru dan lain – lain lagi servis yang akan diberikan.

5-Diiktiraf oleh “KOREA AIR CLEANING ASSOCIATION”
Untuk pengguna, Korea Air Cleaning Association di negara Korea telah mencipta pengiktirafan ini untuk diberikan kepada Air Purifier yang berkualiti dan boleh dipercayai. Pengiktirafan ini diberikan kepada produk yang mencapai piawaian National Standard (dust collection efficiency, noise, deodorization efficiency, limit size of application, ozone generation quantity etc.) oleh badan yang dipertanggungjawabkan. Oleh kerana pengiktirafan ini hanya diberikan kepada produk yang telah mencapai ujian dan piawaian yang teliti, maka pengguna boleh membeli penapis udara yang mempunyai pengiktirafan CA Mark dengan yakin!


Image may contain: phone



No comments:

Post a Comment

komen jer...

Para Sarip and Saripah Janjang