salam semua. selamat berhujung minggu dengan keluarga tercinta. mudah - mudahan hari minggu kalian tenang dan aman selalu.
saja nak throwback isnin lepas. sebelum balik dari Pekan. alhamdulillah. perjalanan tak banyak masalah sangat. cuma itulah. yang dicari, belum rezeki nak dapat.
persinggahan pertama. sekolah abg long. anta lagi 2 pasangan baju basah. kendian bekalkan sekali roti - roti kegemaran dia. biskut - biskut dah banyak sangat dah.
on the way keluar simpang. pandang la sipi - sipi padang sekolah beliau. moga Allah jaga anak bujangku sebaiknya.
yang ni gerai satar dekat petronas Jaya Gading. seberang Arked Mara. Hmm, 2 kali pusing , 2 kali jugak tak rezeki nak merasa satar aqila ni. 1 sebab dan - dna baru habis dibeli orang. kali kedua pusing, tukar bakar MIA. ahaha. takde rezeki la. nak memusing ke kuala dah jauh sangat.
yang ni sederet dengan petronas jaya gading. kami suke pegi kedai no25. tak tahu napa. tapi ada few items tu murah la. makcik tu pun senang deal. ko orang luar ke.. orang dalam daerah ke. dia jual sama je barangnya. ada dodol, kepok lekor rebus, soso kopok lekor, kerepek2 ikan, jajan sotong, kuih putu, rempeyek. pendekkata, kalau tengok nenek sedara kat permatang badak pun, memang tempat sini la perginya.
ni kedai Hijau. kat Pahang, pasaraya yang femes mesti TMG Mart /Fresh Choice/ and ade 1 lagi. lupa. kalau food francais kedai HIJAU ni atau MY MAMA Nasi Kukus. kat Jaya Gading ni jumpa 1, kat Pekan pun ada 1.
desap desup. kita baliklah. dah kata bukan vacation kan.beli buah tangan tuk jiran sebelah je yang rajin tegur and ade la nolong kita sikit simpankan brg j&T dan juga siramkan pokok - pokok bunga kami.
sekian.
No comments:
Post a Comment
komen jer...