Day 3 : 11hb Disember 2021
Part 1
Sarapan pagi di Gerai Makanan dan Minuman Taman Mentiga Jaya, Pekan.
Maciem - maciem ada.
Nasi lemak berlauk.
Kuih karipap 3 biji singgit.
Roti canai (ni bukan mamak)
Nasi berlauk pun ada.
Pulut serunding pun ado.
Babah dengan abang long sukalah sebab stail sarapan negeri kelahiran masing - masing.
Nak - nak abang long dah serasi dengan masakan pahang /pekan.
Kami?
Layan nasi lemak sambal ikan tongkol.
Mak sempat tapau tapai pulut bungkus daun hijau apa ntah.
Rare la sbb kat KL banyak yang bungkus guna daun pisang.
Kali ni banyak berjalan sungguh sebab orang tua ngikut.
Kena betul - betul maaa.
nasi lemak ikan tongkol
sebelum pegi sarapan, abg long layan atok amik video area homestay
mek ara. blur je 24jam.
lawa mak kami. pakai tudung ala - ala neelofa
darah daging 2 ketul
abang long duduk asrama 35 hari
memang susut gila badan dia.
pulut kurap kot kata orang - orang situ.
kalau belah - belah KL selangor kita biasa jumpa pulut panggang.
yg ni just tanak pulut pastu gaul serunding tu.
sedap. just nice. tak pedas and tak berempah sangat.
kalau dari jalan besar la. tak jauh dari pejabat pendidikan pekan pahang.
food court Taman Mentiga Jaya
bila dah keluar sarang and tak dapt outing sebab covidkan..
so macam - macam dia makan.
kalau gemok balik jangan salahkan ibu.
ekekke
ni barisan kedai - kedai yang kitaorang beli makanan.
order air dari kedai no 5 tu sebab akak owner kedai sediakan meja tuk kami berenam. siap cakap: air order kedai akak ye.makan aok boleh pilih mane - mane kedai.
percaya atau tidak. karipap di sini masih 3 biji rm1
tapi biasalah.
saiznya tidak besar.
dah kata kuih - muih kan.
kecil tapi sedap.
abah.
dreba kami. tq babah tolong ibu bawak mak abah berjalan - jalan.
kami dan abah. abah minum teh o kosong je sekarang.
lawa mak.
roti canai banjir.
beli kedai hujung.
kat sini roti canai mamak takde kat foodcourt ni
orang melayu tempatan yang buat.
kuah kari dia kari melayu.
sedap, berasa rempahnya.
parpu pun sedap. lagilah sambalnya.
dah sambal orang melayu.
btw, kami rekomen jalan - jalan sini.
ade lagi sambung tempat makan melayu yang okay.
sepanjang kat sini, pendatang asing susah nak jumpa.
kedai tomyam pun beroperasi malam.
kami tak makan sangat tomyam sebab kl pun banyak kedai - kedai tu.
so..rezeki bawak mak abah jalan - jalan, asal berhenti. mesti jumpa tempat makan tempatan dan masakan asli pahang.
alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment
komen jer...