Pecutan terakhir FYP Budak - budak Mekanikal yuyaiye.
Moga berjayalah wahai adik - adik.
Lagi 5 tahun dah boleh panggil anak - anak.
Aku memang bermulut bisa dan macam merendahkan kalian kalau dalam makmal.
Maaf. Bab keselamatan paling kuutama.
Bab pengurusan masa juga penting.
Memang aku bising dan memekak tentang apa sahaja sikap sambil lewa dan pemalas yang ada atau muncul.
Sebab ukuran kejayaan bukan dengan hebatnya keberhasilan sesuatu ciptaan tapi kejayaan itu benar - benar terbukti bila kalian bertanggungjawab atas setiap tindakan dan keputusan.
Baik yang besar kecil remeh temeh.
Setiap perkara ada kesan dan akibat.
Jadi sebelum pisang berbuah banyak - banyak kali.
Sebelum anggota badan kalian ada yang hilang.
Aku tak kesah pun kalau kalian benci padaku yang tak ramah/tak mesra.
Untuk apa?
Setiap perkara ada tempat dan masanya.
Moga kalian terus berjaya di luar sana kerana dunia ini tak seindah impian kosong dalam novel - novel cinta atau dalam drama tv3suku.
Ps: batch kali ni mudah bila diatur atau siap siaga dalam buat projek akhir tahun. Kredit untuk lecturer mereka .
dalam makmal tak boleh main main... kawan2 suka bagi gelaran gelaran pada juruteknik makmal. diorang memang tegas, tapi ada sebab semua ketegasan tu.
ReplyDelete