Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Showing posts with label Community Service at iceboxrivet. Show all posts
Showing posts with label Community Service at iceboxrivet. Show all posts

Sep 26, 2012

PLEASE PRAY FOR SOLEH.



Kisahnya di:
Blogger AKAK NORA BERKISAH.: http://aurajarinora.blogspot.com
Beliau memohon rakan-rakan mendoakan akan kesihatan yang baik buat SOLEH 


Bantuan kewangan boleh diberikan terus ke akaun Maybank 1620 8555 8897 , 
Norazima binti Mohamud Razali. 


Jul 26, 2012

Tabung Iftar Ramadhan Rohingya


Hari ini berlaku satu kejutan kerana posting yang saya letakkan pada Subuh pagi tadi berkenaan dengan penindasan dan pembunuhan yang berlaku terhadap umat Islam di Myammar telah mendapat respon yang luar biasa. Setakat ini telah menerima lebih 5,000 LIKE, lebih 2,000 COMMENTS dan lebih 16,000 SHARE hingga menjangkau lebih 100,000+ pembaca FB dalam 1 hari. Amat luarbiasa. Ada beberapa perkara yang berlaku:

1) Ada yang mesej saya dan memaklumkan bahawa gambar itu ialah gambar mangsa taufan di Myammar. Pelik apabila mangsa taufan diikat tangannya. Tapi tidak mengapalah, saya sudah edit dan letakkan MAKLUMAN baru sebagai RALAT.

2) Saya gembira sebab rupanya masih ramai lagi Umat Islam yang amat sensitif dan prihatin serta sayang agama. Kalau gambar itu satu ralat, berita penindasan umat Islam di Myammar adalah perkara BENAR. Oleh itu, mari terus berdoa dan sedekahkan al-fatihah. Satukan doa kita agar menjadi kekuatan bagi saudara kita di sana.

3) Pihak Global Peace Malaysia telah meminta saya letakkan poster Tabung Iftar Ramadan Rohingya, Myammar, yang bertujuan mengutip derma bagi membantu Umat Islam di sana. Saya sahut permintaan Global Peace Malaysia dengan hati yang terbuka. Oleh itu, jom kita sama-sama derma untuk Umat Islam Myammar ini.

4) Saya TIADA kena mengena dengan Global Peace Malaysia. Pihaknya INBOX saya dan minta tolong. Maka saya tolong panjangkan di wall atas dasar misi kemanusiaan dan membantu saudara seIslam. Harap Maklum.

Sekian.

Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad



*sama - sama kita bantu.
*luluh hati aku bila lihat anak -anak kecil dan bayi dibunuh oleh extremist burma.
*semoga doa kita demi saudara - saudara seislam kita disana dimakbulkan Allah...


Jul 25, 2012

Tabung Ahmad Sufi




Ahmad Sufi 6.4.2012.
Assalamualaikum....Ini adalah gambar Ahmad Sufi Bin Romi Agus Syumadi...Ahmad Sufi dilahirkan pada 12 mac 2012 dan sejak lahir dia menghadapi masalah paru2 yang kritikal.kos perubatan Ahmad Sufi di Children Westmead Hospital, Sydney adalah tidak kurang dr AUD 3000 (RM9000)SEHARI.UNTUK MAKLUMAN,AHMAD SUFI TELAH BERADA DI RAWAT DI SANA MULAI DR 13 MAC SEHINGGA 26 APR. Dan kini Ahmad Sufi telah ditransferkan semula ke Canberra Hospital sehingga kini.Dan kos di Canberra Hospital pula tidak kurang dari AUD 1500 sehari.Di sini dengan rendah dirinya saya memohon sekiranya ada diantara anda yang sudi memberikan sumbangan kepada Ahmad Sufi bagi menampung kos perbelanjaan rawatan dia di sana.

BSN: 14133-41-00000395-4 :JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI(Ibu Saudara Ahmad Sufi)
MAYBANK: 152107010378 : JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI

Maya Syuhada Binti Suhaimi(Ibu saudara Ahmad Sufi)
CIMB: 14100000462201

Name : Romi Agus Shumadi Romi Suhaimi(ayah Ahmad Sufi)
Bank: St George Bank
Branch: 112 908
Account No: 411178305
sumbangan drpd anda semua saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih...hanya Allah Taala saja yang dapat membalasnya..




terkini: 
Ahmad Sufi 24.7.2012-Check up time!Macam biasa semua ok.Alhamdulillah,cuma kena tambah berat badan.Berat Sufi sekarang 5.445kg.Kena minum Colagen n Poly Joule lepas ni to gain his weight.



Jul 20, 2012

Berjuanglah Angah!


Angah berumur 5 tahun, menderita penyakit Leukimia dan kanser pada duburnya..
ASFA ZURA MOHD NOOR 
162311000302 MAYBANK 
BANK ISLAM 06055020055600
CIMB 06070002406209



Photo: SHARE !!

ASSALAMUALAIKUM..
MARILAH KITA DAPATKAN PAHALA YANG BERLIPAT GANDA DENGAN CARA YANG MUDAH :-
1. BERSEDEKAH
2. SHARE
LETAK DI WALL MASING-MASING, BAYANGKAN PAHALA YANG MASUK DALAM AKAUN AMAL KITA DISANA, INSYALLAH PERBUATAN YANG BAIK AKAN DIREDAI ALLAH, BANTULAH ANAK INI SEDAYA YANG MAMPU.. BISMILLAH..

Angah berumur 5 tahun, menderita penyakit Leukimia dan kanser pada duburnya..
ASFA ZURA MOHD NOOR 162311000302 MAYBANK

salam jumaat guys.
luluh hatiku baca update tentang Angah ni di Wall parents dia.
malam tadi  Angah operate punggung dia di PPUM
semoga dia cepat sembuh...
sempena ramadhan ini juga,sama - sama kita bersedekah demi meringankan penderitaan dan beban keluarga Angah juga.

*Angah cuma bertahan dengan antibiotik,albumin and morfin saje.
*peratusan sembuh adalah 0% tapi kedua - dua Ibu Bapanya cekal dan sabar.

kisah selanjutnya boleh kita ketahui di facebook


bapa angah: http://www.facebook.com/mynamenizam
ibu angah : https://www.facebook.com/sitiashirah.zakaria

terkini dari wall bapa Angah:

angah di picu. ok stabil. terima kasih semua sahabat kerana doa utk angah. doc kata angah kuat semangat sbb still blh survive smpi hbs operation. tq semua! allah jua yg mmbalasnya..tq


*Angah tua sebulan saja dari Aqil.Aku tak boleh imagine kalau ada benda yg sama berlaku pada Aqil.Allahuakbar.



Jun 6, 2012

"sehelai baju menyapu airmata anak-anak"

Maklumat lanjut boleh lihat di http://sehelaibaju.com/ 

Matlamat kempen ini ...

PENGENALAN

SehelaiBaju Buat Menyapu Si Air Mata (Team SBBMSAM) adalah gerakan kasih sayang yang unik dan prihatin daripada kalangan rakan maya facebook dari seluruh dunia.
Team ini menjalankan kerja sukarela bagi mengumpul sumbangan Baju Melayu Lelaki / Baju Kurung Perempuan yang BAHARU untuk disumbangkan kepada Rumah Anak-anak Yatim, Rumah Perlindungan Warga Emas, Pelajar Miskin dan Asnaf di sekolah-sekolah terpilih seluruh Malaysia.
Program ini adalah aktiviti kebajikan dan bukan bertujuan untuk mencari keuntungan.
Team ini bermula pada tahun 2010 kemudian diteruskan pada 2011. Kini atas sokongan berterusan rakan-rakan facebook yang prihatin dan berhati mulia, telah memasuki tahun ke tiga (2012).

TUJUAN DAN MATLAMAT

Mengumpul sumbangan pakaian hari raya daripada rakan-rakan facebook berdasarkan keperluan darpadai sasaran yang akan diputuskan nanti.
Memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk sama-sama beramal jariah menjelang Ramadan dan Aidilfitri akan datang bagi membantu pelajar miskin dari sekolah dan rumah anak yatim yang terpilih untuk mendapat sepersalinan baju raya menjelang sambutan Aidilfitri

URUS SETIA
Team ini dikendali oleh satu urus setia yang komited menjalankan tugas pada luar masa pejabat.

KAEDAH DAN CARA
Melalui pages Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata dan laman web rasmi www.sehelaibaju.com kami dari masa ke semasa akan menguar-uarkan keperluan baju-baju tersebut berserta dengan saiz dan ukuran baju-baju yang diperlukan.

Bagi individu yang ingin menyumbang adalah digalakkan merujuk kepada saiz-saiz yang dipaparkan di laman web kami sebelum membeli pakaian berkenaan.

Semua bungkusan pakaian yang walaupun sehelai, hendaklah dipos ke alamat urus setia seperti di bawah:
TEAM SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA
D/A: Tuan Norakmal bt Abdullah)
Royale Millennium (M) Sdn Bhd
No 551, Tingkat 3, Wisma DMG,
Jalan Samudera Utara 1
Taman Samudera
68100 Batu Caves Selangor
Tel. : 603-6186 3949 (waktu pejabat) 

No telefon urus setia untuk dihubungi:
Ahmad Saabun:  016-2151192
Harif@NagaTimur: 013-2275450/017-6086987/018-2036320
Norakmal Abdullah: 019-3652834
Mohd Rozmie (JimieRay): 012-4982295

TEMPOH KEMPEN
Bagi tahun ini kempen bermula dari 20hb Mei 2012 hingga 10 Ogos 2012.
Kiriman yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dapat diserahkan kepada penerima memandangkan telah begitu hampir dengan tarikh sambutan Aidilfitri

PENAFIAN
Kami sama sekali tidak menerima kiriman BAJU TERPAKAI dan WANG TUNAI.
Semoga usaha kecili kita ini akan memberi sinar gembira buat insan-inisan yang amat memerlukan pakaian baru untuk Aidilfitri. Bagi kami tiada maknanya kita seisi keluarga bergembira sedangkan pada masa sama masih ada insan lain yang bernasib malang…
Kirimlah walau sehelai pakaian baru untuk mereka.
Semestinya keperihatinan anda itu akan menambah saham akhirat anda, insyaAllah.

Terimakasih.

*** sila hebahkan ....

Sinar: Tabung Adik Adam


15 Rejab 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM - Sejak kisah Adam Akbar Ali, 10 menghidap penyakit tumor saraf tunjang disiarkan oleh Sinar Harian dua minggu lalu, sumbangan orang ramai kepada Adam meningkat kepada RM55,700 hingga petang semalam.

Bapanya, Akbar Ali Mohamed Noordin berkata, sumbangan tersebut masih belum mencukupi untuk menampung pembiayaan pembedahan Adam di Hospital Johns Hopkins, Amerika Syarikat yang berjumlah RM175,000.

Menurutnya, beliau sekeluarga berterima kasih kepada penyumbang dan orang ramai yang sentiasa memberikan semangat, nasihat dan sokongan kepada mereka untuk menghadapi ujian itu.

“Saya berharap hasrat saya untuk memberikan rawatan terbaik kepada Adam akan tercapai.

Keadaan Adam sekarang membimbangkan kami sekeluarga kerana Adam kerap sakit kepala dan terpaksa diberikan ubat tahan sakit bagi mengurangkan sakit yang dialaminya.

“Adam dilihat semakin lemah dan kurang selera makan. Kami juga dimaklumkan oleh Pakar Neuro dari Hospital Johns Hopkins, Dr George Jallo bahawa tumor Adam sedang membesar atau air bertakung di dalam saraf tunjang Adam semakin banyak," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Akbar berkata, keadaan tersebut menyebabkan beliau mengambil keputusan membuat ujian Magnetik Resonance Imaging (MRI) di Hospital Pantai, Bangsar, semalam untuk mendapatkan perkembangan Adam yang sebenarnya.

“Saya akan menghantar keputusan MRI tersebut kepada Dr. Jallo dengan segera. Saya juga berharap panel yang dilantik bagi menguruskan perubatan Adam dapat memberikan keputusan secepat mungkin,” katanya.

Orang ramai yang mahu menghulurkan bantuan kepada Adam, bolehlah disalurkan ke akaun Maybank 512101054830 dan Bank Islam 12038025182964.

Sinar Harian

Sinar: Tabung Adik Puteri Damia


15 Rejab 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM - Bayi yang menghidap penyakit hati, ‘missed biliary atresia’, Putri Mia Adriana Mohd Nooridan dimasukkan ke Hospital Selayang, semalam untuk membuang air dalam perutnya dan keadaannya stabil.

Ibunya, Nurhashimah Tasim berkata, Mia menerima rawatan di hospital tersebut kerana perut anak bongsunya itu semakin membesar sejak 27 April lepas akibat sistem perkumuhannya tidak normal.

“Saya tidak pasti berapa lama Mia akan berada di hospital dan kami sekeluarga bersyukur kerana Mia akan diberikan makanan untuk menambahkan berat badannya. Mia baru berumur tujuh bulan dan hanya minum susu formula yang dinasihatkan oleh doktor sahaja,” katanya.

Menurutnya, berat badan Mia hanya 5.5 kilogram (kg) dan memerlukan penambahan berat badan sebanyak 10 kg untuk membolehkan proses pemindahan hati dilakukan.

“Mia sering menangis kerana menahan kesakitan dialaminya. Kami risau dengan keadaannya kerana perutnya semakin membesar dan tidak sanggup melihat penderitaan yang ditanggung oleh Mia,” katanya.

Beliau berkata, selepas berita mengenai Mia disiarkan dalam Sinar Harian, beliau mendapat respons baik daripada orang ramai yang sudi menghulurkan bantuan dan setakat ini seramai empat orang sudi menjadi penderma hati kepada anaknya.

“Saya berterima kasih kepada orang ramai yang prihatin terhadap kesihatan anak saya dan ada yang sudi mendermakan hati mereka kepada Mia.

“Saya berharap ada penderma hati yang sesuai untuk Mia ditemui dengan segera kerana kami tidak sanggup melihat penderitaan yang ditanggung Mia,” katanya. Nurhashimah berkata, beliau juga mengharapkan orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan anaknya.

Orang ramai yang berhasrat menghulurkan bantuan kewangan kepada Mia bolehlah disalurkan melalui akaun Maybank Nurhashimah 162107039647.

Oct 24, 2011

Doa untuk Adik Mia dan Adik Hairuman Miskon



petikan dari entry community service at iceboxrivet.
untuk sumbangan boleh disalurkan di:
MARYUNI BT MISKON
MAYBANK A/C : 162030632448
CIMB A/C : 12570000203529
atau
MUHAMAD HAIRUMAN B. MISKON
CIMB A/C : 12570005386520





today..adik mia sedang menjalani pembedahan di HKL pad jam 7:30 pagi tadi..
Bilateral Myringotomy  + T - tube insertion (24/10/2011)
mudah - mudahan Ibunya tabah dan anak kecil ini kuat.
untuk sumbangan boleh disalurkan:
Maybank Nur Huda Md. Rosly 

1640 8979 1180

Oct 17, 2011

Jangan Berhenti Membantu: Masih Ingatkah Kalian dengan Adik Hairuman Yang Dipotong Tangan dan Kaki Kerana Terbakar?!


salam guys..
masih ingatkan dengan kisah adik ini?!
harap - harap kalian tak lupa..
harap - harap juga kalian sudi membantu..

*Assalammualaikum wbt. Saya Maryuni Miskon, kakak kpd Hairuman amat-amat mengharapkan bantuan yang berterusan untuk menampung hidup dan menampung kos perbelanjaan perubatan hairuman. Bantuan telah terhenti sedangkan ubatan masih lagi diperlukan untuk menyembuhkan kesakitannya. Apatah lagi untuk merancang perjalanan kehidupan hairuman yang masih jauh. Hairuman OKU seumur hidup. Sekarang ini dia menjadi pesakit luar di hospital. Keadaan kulit yang melecur blm lagi sembuh, masih pedih, berair dan gatal. Manakala 3 kerat anggotanya telah dipotong, yang tinggal hanyalah 1 kerat iaitu kaki kanan, tetapi masih dalam pemulihan, tidak boleh digunakan untuk berdiri apatah lagi berjalan, kerana kelecuran yang teruk menyebabkan banyak saraf kaki yang rosak. Ini menyukarkan dia untuk menguruskan dirinya sendiri apatah lagi membuat aktiviti, terpaksa mengharapkan bantuan untuk bergerak. Harapan saya dapatlah kalian terus menyebarkan berita tentang hairuman kerana ramai juga yang tidak tahu tentang kisahnya bila berselisih dengan hairuman di tempat awam. Ada juga org awam yang prejudis dan seakan mengejek2 tanpa tahu apa sebenarnya dia jadi begitu. Harap ada insan-insan yang mulia sudi menghulurkan bantuan untuk menampung kos perubatannya. Tak tertanggung rasanya dengan derita dan kesedihan yang melanda. T.kasih atas sumbangan kalian semua. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas kita semua. Amin....

Untuk sebarang sumbangan bolehlah disalurkan ke :
MARYUNI BT MISKON
MAYBANK A/C : 162030632448
CIMB A/C : 12570000203529
atau
MUHAMAD HAIRUMAN B. MISKON
CIMB A/C : 12570005386520

 nombor telefon kakak Hairuman iaitu:
018-3807867 – Maryuni Bt Miskon.
Alamat: No 28, Jalan Desa Mawar 2/11,
Seksyen 2. Taman Desa Mawar,
45500 Tanjong Karang, Selangor.



untuk kepastian..sape - sape yang terdaya dan termampu...
cuba - cubalah melawat mereka di alamat di atas...
mudah - mudahan sumbangan kalian walau sedikit dapat membantu kos perubatan beliau nanti.



Oct 10, 2011

Community Service@Iceboxrivet2011: Bantulah Nur Addriana Damia (Cornelia de lange Syndrom with Pierre Robin Sequence)


Disclaimer:
tujuan enrty ni buat membantu adik Mia ni dari segi perbelanjaan kos perubatan beliau sebagai 
pengidap Cornelia de Lange Syndrom dan Pierre Robinson Syndrome.
Diharap rakan - rakan blogger dapat sama - sama membantu.


Salam Guys..
untuk sekian kalinya Community Service @ Iceboxrivet 2011 berlansung...
kali ini aku titipkan untuk kalian kisah adik Nur Addriana Damia bt Abdul Aziz.

  • Berumur 1 tahun 7 bulan.(pada bulan terkini oct 2011)
  • mengalami masalah sumbing lelangit yang menyebabkan kesukaran untuk makan dan minum dengan sempurna. (sejak bayi perlu didudukkan pada riba atau menegak kerana gagal menghidap menyedut susu/bubur.kalau baring,boleh tersedak dan tersumbat pernafasan,pernafasan berbunyi seolah - olah kahak terkumpul)
  • penghidap sembelit yang teruk
  • lazy eye ( due to Pierre Robinson Syndrom)
  • kaki sebelah berbeza 3cm.
  • terdapat cecair pada belakang gegendang telinga yang ditemui sewaktu bayi lagi dimana adik Mia gagal memberi respond terhadap bunyi semasa ujian ABR.
  • sehingga hari ini,hanya boleh minum susu atau makan bubur sahaja atau bahan makanan berbentuk cecair sahaja kerana sumbing lelangit.
  •  perkembangan dan pertumbuhan yang terbantut : gross motor dan fine motor adik Mia serupa seperti bayi yang berusia 7 bulan.
  • baru berupaya untuk duduk pada usia sekarang.
  • pernah mengalami jangkitan paru - paru semasa berusia 1 hingga 7 bulan  dan 4 kali dimasukkan  wad semasa itu.

Plan Sugery at HKL:
  • Bilateral Myringotomy  + T - tube insertion (24/10/2011)
Pre Op Diagnosis:
  • Bilateral Middle Ear Effesion

Ibu Mia sekarang berulang alik  ke HKL sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu untuk menghantar Mia bagi setiap sesi rawatan dan terapi. Ibu Mia juga pernah bercuti selama 6 bulan tanpa gaji demi menjaga Mia.Ditambah pula jarak perjalanan sehari dari Hulu Langat ke HKL untuk rawatan dan ke tempat kerja di Gombak adalah menyukarkan.

Sebarang Sumbangan Boleh Disalurkan ke:
Maybank Nur Huda Md. Rosly 
1640 8979 1180


email: lurve_83@yahoo.com

Aug 22, 2011

Community Service@Iceboxrivet2011: Al Fatihah Buat Dania Emelda Aqasha

Salam Guys..
Baru sahaja  mendapat perkhabaran sedih...
anak kecil ini telah kembali kepadaNYA..
Semoga Ibunya tabah....
dan Jannah buat anak kecil ini...

Ya Allah...

Community Service@Iceboxrivet2011: Norma dan Dania Emelda Aqasha



Salam Guys...
Sama Ramadhan hari ke 22.
Tergerak mengumpul kekuatan untuk menitipkan sesuatu untuk tatapan kalian di kala ini.
Kalian juga sudah maklum dan ramai yang maklum dan mengerti akan derita ke dua - duanya.

satunya, seorang isteri yang berjuang dan juga satunya lagi,seorang anak kecil yang sama - sama berjuang.
tak lain tak bukan, berjuang demi kekuatan dan bertarung nyawa dengan penyakit ,
penyakit leukaemia dan barah otak.

Pada kalian..
panjatkan lah doa sebanyak - banyaknya demi kedua - duanya.
semoga perjuangan mereka tak sia - sia dan pengorbanan insan - insan yang menjaga mereka berhasil.

Kisah Dania Emelda Aqasha diceritakan oleh Ibunya sendiri di sini: She's Critical
Ibunya hanya memohon doa kalian buat anaknya...
akan tetapi,ku temukan juga maklumat jika Kalian mahu menyumbang:
Maybank 101048968661

Roslina Hanim Bt. Ramli

Dan Kisah Norma dipaparkan penuh di Blog Moon : Kisah Norma
Sebarang Sumbangan Untuk Norma boleh di salurkan di: 

cimb
01070068677528
Noormawati Mohd Rasif




sekeras - keras hati aku yang bergelar Ibu ini...airmataku masih tumpah juga bila melihat wanita itu dan anak kecil itu bertarung kesakitan...
tiap kali juga aku bersyukur bila mana Allah timpakan penyakit kelenjar dan bisul pada aku tiap - tiap bulan agar aku selalu redha dan tabah dengan sebarang bentuk kesakitan dan ujian yang Allah beri...



Aug 12, 2011

Ashraf Haziq 'feels sorry' To His Attackers



I feel sorry for them. But it was really sad because amongst them there were children. It was quite shocking to me.Ashraf Haziq

- just imagine la ade metal dlm rahang korang.aku tgk video sebelum ni pun dia dah bleeding giler - giler.
- sebaik - baik namanya: Yang Luhur/Yang Mulia dan Yang cerdik/pandai.
-mudah - mudahan dia cepat sembuh.




Aug 5, 2011

Encik Ithnin Ngadiman Telah Ditemui..



salam guys..
alhamdulillah
berkat ramadhan dan juga pagi jumaat ni.
berita selanjutnya disini: 

Ayah Kauthar Yang Hilang Ditemui



#sesungguh Allah itu Maha Berkehendak dan Maha Mengetahui...
*Ditemui masjid berdekatan yang sebelum ini telah dicari.
- baru saje aku cite dgn Orang Tua tentang ini,dan hari ini sudah ditemui.
syukur...



Aug 4, 2011

Community Service@Iceboxrivet2011: Puan Salwa @Ibu Kauthar

salam guys...
dalam fb,dlm blog kak yong..
rasanya dah ramai yg tahu..
Encik Ithin Ngadiman,Suami pada Puan Salwa telah hilang pada 2 Ogos 2011.
Mudah - Mudaan Allah melindungi dan memelihara Encik Ithnin.
dan semoga Puan Salwa tabah.


Nama: Ithnin Ngadiman
Hilang pada: 2 August 2011, kira-kira pukul 3 pagi
Maklumat: Keluar tanpa ic. wang, dan hp, memakai baju merah dan seluar hitam.
Nombor uk dihubungi sekiranya anda mempunyai maklumat:
Sarjan Radha - 012-6059997,
Salwa - 0133101221 atau
ibu kepada Puan Salwa 0163743248

ceriat selanjutnya boleh dirujuk disini: Mamayatie


Jan 31, 2011

Community Service @Iceboxrivet 2011: Muhammad Hairuman Miskon



salam guys..
petang semalam aku dah banjir
pagi aku banjir lagi.
aku dah tahu lama kisah adik ni..
tapi aku tak sanggup nak tgk tv
tak sanggup nak beli suratkhabar dan baca..
semalam aku jln2 ade blog sape ntah dan terjumpa lagi...

sebab paling utama aku banjir?!
adik ni buat aku terkenang fatah (adik aku)
Allah uji adik ini dengan hilang anggota paling utama pada dirinya...
masa aku taip entry ni..
airmata aku tak benti - benti kuar.
dulu,masa aku menulis untuk entry Qistina Balqish,aku tak menangis sebegini.
tapi bila lihat gambar dan perkembangan kisah adik hairuman ni,makin tak henti - henti airmata aku jatuh.
bagaimanalah adik ni nanti sesudahnya?!
Ya Allah.
berat mata yg memandang,berat lagi bahu yang memikul.
Ya Allah,Ya Allah......
tak tertanggung sungguh airmata aku ni..
terkenang - kenang aku pada Si Fatah bila tengok nasib adik Hairuman ni.
Fatah..sedih - sedih dan susah - sudah pun masih ada aku,masih ade mak bapak.
Adik hairuman ni?!

adik aku terpaksa melepaskan peluang untuk sambung belajar demi nak melepaskan kakak - kakaknya..
adik hairuman?!
pada siapa dia nak mengadu nasib?!
pada siapa nak menjaga beliau selepas ini?
dapatkah dia menyara dan menjaga diri sendiri?!
tertekankah tidak perasaan adik ini selepas ini?!
Ya Allah..
Kau uji hambaMU dengan pelbagai bentuk dan perkara.

ada yang KAU uji dengan kekayaan sampaikan ramai yang tewas lalu sombong dengan hartanya.
ada yang KAU uji dengan riak dalam amal ibadatnya.
ada yang KAU uji dengan kemiskinan dan kemelaratan sehingga tewas dan berputus asa serta kecewa
ada yang KAU uji dengan mengambil nikmat pemberianMU sebagai manusia (buta,pekak,bisu.hilang anggota badan dengan tiba - tiba dan mengejut)
ada yang KAU uji dengan tidak punya zuriat hingga tua (tapi KAU Maha Berkehendak Ya Allah dengan menguji Nabi Zakaria sebagai contoh teladan umat islam)
bermacam lagilah Ya Allah bentuk ujian yang KAU berikan...

dengan erti kata lain..
Hanya Engkau,Ya Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Berkehendak..

pada kawan - kawan..
tak salah kalau dihulurkan jugak barang sedikit atau sebahagian dari kepunyaan kita yang berlebihan walaupun sebarang seposen dua..

 nombor telefon kakak Hairuman iaitu:
018-3807867 – Maryuni Bt Miskon.
No akaun: 162030632448 Maybank
Alamat: No 28, Jalan Desa Mawar 2/11,
Seksyen 2. Taman Desa Mawar,
45500 Tanjong Karang, Selangor.



#aku dah abis dah menangis dah..
sayu sangat - sangat.
maaf kalau gambar - gambar sangat menggugat darjah belas kasihan dalam diri kalian...
#malam tadi ade yang kabo citer adik ni kuar kat Bersamamu..
aku tak sempat nak tengok.
kalau ade..
ape ceritanya?!

Jan 27, 2011

Community Service @Iceboxrivet 2011: Qistina Balqis Maisara


salam guys..
some of you dah notice kan about this little one...
mudahan anak ini cepat sembuh dan sihat..
kredit tuk kakyong kat gambo dan info diatas...
ade blogger yang dah buat community service ni such as:

http://catlinaflybaby.blogspot.com/2011/01/buat-qistina-charity-fund-raising-for.html
http://www.kakyong.com/2011/01/qistina-balqis-maisarah.html
http://suriyatiazlan.blogspot.com/2011/01/charity-fund-raising-for-qistina-balqis.html
http://coretanummi.blogspot.com/2011/01/untukmu-qistina-balqis-maisara.html

mana - mana aku tertinggal tu mintak maaflah yer..

more info about her bolehlah korang jenguk sini:
Charity Fund Raising for Qistina Balqis Maisara

Welcome to Charity Fund Raising for Qistina Balqis Maisara


This group is created to provide support to Siti Maisalmah whose child Qistina Balqis Maisara is born with a hole in the heart, cleft lip and infections to the lungs. We are in the midst of raising fund to help lessen the burden of this family and all contributions are welcome. There will be no obligations to anyone to contribute but nevertheless any contribution in any ways are welcome. Thank you.



guys...
sikit lagi aku nak menangis tapi aku tahan..
ko bgthu dengan aku..
mak mana yang tak sedih dan berduka?!
cuba ko cakap?!
sama -samalah doa supaya budak ni cepat sembuh dan sihat..
mudahan jugak bantuan yang kita bagi tu,tak kiralah banyak ke sikit....
sekurang - kurangnya kita ikhlas dan daapt membantu kurangkan beban si mak.
yang takde lagi n tak cukup,doakan banyak - banyak.
doa seorang mak jugak sangat berkat dan mujarab..





Dec 14, 2010

Puteri Nor Aisya: Injapnya jantungnya juga bocor.



salam guys..
 dapat update lagi dari BIL aku..
Doc bgthu yg injap jantung puteri juga bocor.
tak boleh operate lagi.
kena pantau sehingga besar.
haii..
kasihan anak ini.
mudahan ibu bapanya dikurniakan sebesar - besar kesabaran dan kekuatan oleh Allah.
sama - sama kita doakan anak kecil ini juga.


She's start to recovering but....





salam guys..
msg yang bru org tua forward dari Pak Lang tentang puteri:

Assalamualaikum.
Keadaan Puteri semakin baik tapi masih di ICU lagi sebab paru - paru ada masalah sikit.


14 dec 2010
13:31PM

*sama - samalah doakan anak kecil ini mudah - mudahan cepat - cepat sembuh.
ya Allah..sebak aku seketika...



Doakan Anak ini: Rentetan Update




salam guys..
semalam aku ade buat entry pasal anak BIL aku yang menjalani pembedahan jantung semalam.
alhamdulillah.buat masa ni sumanya dah selamat dan ok.
apepun,doakan semoga anak kecil ini sembuh dengan cepat.

aku updatekan mssg dari Pak Lang ttg anak beliau ni:

13 dec 2010
00:10AM
Asslamulaikum.nak beritahu ttg puteri nor aisya akan memjalanni pembedahan jantung pada pagi nnti.
sama - samalah berdoa semoga puteri selamt dan sihat

13 dec 2010
12:54 PM
Puteri sedang menjalani pembedahan sekarang ni

13 dec 2010
16:41PM
Alhamdulillah,Puteri dah selamat menjalani pembedahan.doktor kata semuanya dah ok.




#sedih plak bila aku teringat Putri ni sbb..sedangkan aku yang beranak belah ni masih sakit sampai skunk.
ni dia budak kecik (3 thun) kena belah kat jantung.
aduii...mudahan dia tabah selalu.


Para Sarip and Saripah Janjang