Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Showing posts with label kerja untuk hidup. Show all posts
Showing posts with label kerja untuk hidup. Show all posts

Dec 4, 2024

Aug 15, 2024

Sampul Yang Dinanti - nanti

Alhamdulillah.
Sampul yang dinanti - nanti.
Official as
1. Qualified Technician in Aerospace and Aviation Technology on 10/2023
2. Certified Technician ( Tc.) in Aerospace and Aviation Technology on 12/2023
Terima kasih mak abah.
Terima kasih buat semua guru,pensyarah,instructor yang mencurahkan ilmu.
Saya mungkin tak dapat jadi jurutera kapal terbang atau sebaris dengan rakan - rakan 1 batch yang kerja dengan kapal atau mahupun dengan industri.
Sebab saya tahu ruang dan peluang saya bukan di sana.
Sebab ruang peluang saya akhirnya dalam industri pendidikan.
(Dari MNRI sampai rasmi jadi Miat. - sijil mekanik baikpulih dan enjin pesawat
Dari MFI hingga resmi Unikl MFI - Diploma in Metal Fabrication Technology)
Kala media sosial dan masyarakat masih taboo dan toksik dengan pemikiran 'buat apa belajar tinggi - tinggi,nanti ke dapur juga"
Percayalah.
Diri kita sendiri yang mencorak kekuatan kita .
Moga kalian juga terisi apa jua matlamat dan perjuangan.
Doakan juga ditemukan rezeki sambung degree yang berkaitan dengan teknologi aerospace dan aviation.
Usia bukan segala.
Tapi peluang tu kalau Allah dah beri,kita jalan terus.


 

Jul 30, 2024

Last OEP this semester : 13 june 2024

 


Last OEP this semester.
Best of luck guys for your presentation.
Sign out: KAKAK BESAR WIND TUNNEL KENIT,AEROSPACE ENGINEERING,TAMAN ILMU DAN BUDI.



Feb 15, 2024

BENGKEL PENULISAN KERTAS TEKNIKAL DAN POSTER PERINGKAT KEBANGSAAAN (PRE – NATECS 2024)



 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

YBhg. Datuk / Dato’/ Datin / Prof. Dr. / Prof. Madya Dr. / Dr. / Tuan / Puan,

 

JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI: BENGKEL PENULISAN KERTAS TEKNIKAL DAN POSTER PERINGKAT KEBANGSAAAN (PRE – NATECS 2024)

 

Dengan segala hormatnya perkara tersebut di atas dirujuk

 

Tarikh :                            6hb – 7hb Mac 2024

Masa :                              9.00 pagi – 5.00 petang

Anjuran :                 Gabungan Teknikal Universiti Awam (GATUM), Kesatuan            Kakitangan Sokongan (KESATU), Kulliyyah of Engineering, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT)

Tempat :                    Kulliyyah of Engineering, IIUM, Gombak, Kuala Lumpur

Yuran Penyertaan :          RM260 (dengan penginapan)

         RM180 (tanpa penginapan)

 

Sasaran Peserta :

-          Terbuka kepada semua kakitangan awam dan swasta dari pelbagai university awam/ swasta/ Badan Berkanun dan pelbagai kementerian.

-          Calon – calon pembentangan lisan dan poster bagi Seminar Teknikal dan Poster Kebangsaaan 2024

-          Teknologis Berijazah/ Teknologis Professional (Ts.) dan Juruteknik Berkelayakan / Juruteknik Bertauliah (Tc.)

 

 Kami amat berbesar hati menjemput Yang Berbahagia. Datuk / Dato’/ Datin / Prof. Dr. / Prof. Madya Dr. / Dr. / Tuan / Puan untuk menyertai program ini.

Sebarang pertanyaan mengenai webinar sila hubungi

Pn. Nurazani Bt Md Aris   di talian 0199234197

http://www.wasap.my/60199234197/Pre- Natecs2024

Jan 2, 2024

Selamat Datang 2024: Rasminya Sebagai Tc. Ida Rahayu ( Certified Technician In Aerospace and Aviation Technology) by Malaysia Board Of Technology (MBOT)


Selamat Datang 2024:
Rasminya Sebagai Tc. Ida Rahayu ( Certified Technician In Aerospace and Aviation Technology) by Malaysia Board Of Technology (MBOT)

Maaf bukan bragging.
Maaf bukan menunjuk.
Maaf bukan berlagak.

2023 adalah tahun yang penuh liku dan dugaan yang tak terbilang.
Diuji dengan masalah kewangan dan diuji dengan mereka yang memanipulasi kekurangan dan kelemahan diri ini.
Tak mampu menulis mendalam kisahnya sebab biarlah Allah swt sahaja yang mengadili.
Diuji juga hampir gagal dengan kesihatan mental dan kesihatan diri.

Jujur,asbab yang terjadi.
Circle makin kecil.
Kenal siapa kawan dan lawan.
Siapa yang benar - benar membantu tanpa perlukan penghargaan dan pengiktirafan.
Mungkin ramai yang tertanya kenapa dan mengapa.
Kami pilih diam,sabar dan menjauh.
Kami pilih untuk tidak bertuhankan usaha kerana usaha yang tanpa doa dan tawakal serta percaya bahawa rezeki dan takdir setiap orang tak sama;bukanlah kerana usaha ,usaha ,usaha ,pasti berjaya macam dia;atau kerana usaha pasti kaya dan berharta macam dia;kerana usaha memang boleh berjaya.
Itu silapnya bila terlalu yakin rezeki itu milik kita kerana usaha kita.
Sampai lupa rezeki Allah yang pegang.bukan manusia.bukan usaha semata.

Sekeping sijil pengiktirafan ini untuk :

1. Kata - kata hinaan: She's know nothing about aviation/aerospace,bertahun - tahun lamanya dari mereka yang sombong dengan ilmu mereka.

2. Penghargaan buat semua instructor semasa belajar di Northrop. Jujur,saya memang tak sehebat rakan seperjuangan yang sudah ada lesen jurutera pesawat. Namun sekeping sijil baikpulih badan dan enjin pesawat 20 tahun lepas bukanlah sekadar sijil yang sia - sia. Tapi buat pengukuh kemahiran diri yang sudah berjuang dalam memberi semula kepada anak bangsa.

3. Aturan dari Allah swt kala usaha mencuba transisi dari gred pekerjaan sekarang yang gagal lolos,Allah swt gantikan dengan pengiktirafan ini. Allah sahaja yang tahu terbaik buat kita.

4. Sekadar buat mak abah tahu, Along masih belajar meningkatkan kemahiran dan kebolehan diri . Supaya setiap hari lebih baik dengan caranya yang tersendiri. Kerana,jalan hidup dan perjuangannya masih panjang.

Coretan ini juga sebagai pembakar semangat buat mereka yang benar - benar jatuh dan sakitnya bila berada di tempat paling bawah seperti saya: tak berharta, tak berpelajaran tinggi, yang masih selalu catu makan,catu segala - galanya demi keluarga, atau hiba dan kecewa dipandang hina oleh 'orang - orang beragama / tak beragama yang pandang harta dan pangkat', selalu disalah - erti dan dibenci kerana tak mampu duduk sama tinggi dan sama rendah seperti mereka, dipandang remeh dan temeh atas buah - fikiran dan pendapat kerana 'bukan sesiapa' pada mata dan pandangan mereka.

Bangkitlah selalu.
Pegang sesuatu dalam hidup ini yang baik - baik agar timbangan kita jelas di sana , agar baldi kita tak bocor sana - sini di sana.
Allah swt mahu kita yakin dan berpaling teguh pada Dia sahaja.

Coretan ini juga saya ingin berpesan buat mereka yang memanupulasi,berbuat helah dan berbuat onar dan ulah dalam hidup orang lain demi mengejar kehebatan dan kesenangan hidup sendiri:

'Setiap Perkara Ada Harganya.'

Ps: seandainya coretan menjentik rasa, berhentilah berprasangka dan menyimpan curiga. Seandainya kita tahu nilai kita, kita tahu juga sejauh mana ia.

 

Dec 14, 2023

Kesah Hari Kedua IEC'23

Terima kasih atas pengalaman, perkongsian dan makanan yang lezat dan bergizai.
Tema hijau + cream.
Haa..ntah mcmna rupa creamku lain maciem. 🙊
Jangan serik minta kami bertugas.
Ada rezeki kesihatan dan emosi yang baik, kami sedia bertugas.
Ahh tiber...
Setahun sekali jer..😆😆




 

Dec 13, 2023

Kesah Hari Pertama Kongress Kejuruteraan UIAM



Tema Biru + Kelabu
Committee Usher ( Yeah yeah - tiru gaya Usher)
Jangan gelak,seksa oii nak kena pakai baju kurung weiihh.
🙉🙈🙊🙉🙈






 

Dec 12, 2023

Kesah Ogos 14,2023.

 

Cuti Umum Selangor Pemberian Kerajaan Negeri Yang Dipilih, kami hadir bekerja demi sebuah acara kejuruteraan esok dan lusa.
Sambil menyelam, minum air.
Sambil jaga pelajar lawatan PHD dari negara Maghribi, nyambil - nyambil dry run jadi usher event.
Jangan risau..
Boleh claim.
Gitu..
Balik keje pula tembung dengan orang keje di luar selangor dan para pemastautin dalam selangor yang pulang dari kg halaman kerana mengundi.
Terasa seperti pulang berhari raya di desa tercinta.
🙈🙉🙊🙈😆

Jul 11, 2023

GENG BUKU KUNING ✅ GENG BUKU PINK ❌


Bismillah
Secara rasminya (6hb Julai 2023)
Sebahagian kerana pemakanan/berat badan
Tak dinafikan pencetusnya juga belum diubat secara psikologi.
Ada yang menganjurkan,jangan simpan.luahkan.
Ada meletakkan andaian kerana badanku gemok,tak jaga makan..
Begitulah.
Bahagia dan derita tak semua boleh diluahkan.
Simpan sikit,tunjuk sikit.
Yang tahu je tahu.
Moga kita semua dalam lindungan kesihatan oleh Allah swt.
Aahhh.kesahnya aku.
Hidup ni keras.
Jangan risau kawan - kawan.
Insyaa Allah kukuat selalu.
Jujur.Daku percaya satu.
Semua tu asbab sahaja.
Sebab mati tak kira sebab sakit atau tua.
Ini juga sekadar peringatan dari Yang Esa : kuruslah.nanti sihat sikit.
🥰🥰🥰
170/102
Pastu 166/100
Pastu 150/90


 

May 29, 2018

Snippet: Jadi Linesman Sport




kami tu yang baju biru
jadi pegawai sukan sekolah aqil.
awal bulan may baru - baru ni.
3hb kot?!
lupa..

Para Sarip and Saripah Janjang