salam guys...
so then..
benar seperti yang aku war - warkan last week..
memang la aku buat pizza tu.
huhuuhh..
sedap la sangat yer?!
pada aku sedap la..
kalau korang nak try..
cubalah yer..
Jadi,Aku Kongsikan Resepinya Di Bawah:
Doh Pizza:
4 cawan tepung gandum
2 cawan air suam
1 peket yeast segera (mauripan,etc)
secubit garam
2 sudu besar minyak
Cara - cara:
- kacau yeast ke dalam 1 cawan air suam,biarkan sehingga 2 minit.
- Campurkan tepung,garam dan gula ke dalam bekas
- Uli kesemuanya dengan bancuhan yeast dan baki air suam tadi.
- Uli sehingga doh lembut.
- Simpan di dalam peti sejuk sehingga naik 2 kali kali atau sehingga 3 hari.
Sos Pizza:
1 tin tomato puree (nak sedap boleh gunakan 4 biji tomato fresh dikisar tanpa air)
2 ulas bawang putih
1 camca kecil basil kering
sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula secukupnya (secubit garam dan 5 sudu besar gula)
1 tin air
Cara - cara:
tumiskan bawang putih sehingga naik bau
masukkan basil..
masukkan tomato puree dan air
didihkan...
serasikan garam dan gula...
*boleh kurangkan gula kalau tak mahu manis sangat.
*sos ini lebih sedap kalau ada fresh basil..
Sekarang adalah waktu yang di tunggu - tunggu!!
Macam mana nak buat pizza anda sendiri di rumah!!
 |
| Mula - Mula sediakan doh pizza anda!!! |
 |
Canai doh anda seperti di atas.
anggaran?!
ketebalan adalah nipis tahap sederhana..
pastikan anda taburkan sedikti tepung pada rolling pin anda dan juga pada permukaan pencanaian agar doh tak melekat... |
 |
ratakan sedikit minyak masak pada tin pembakar pizza anda dan pindahkan doh yang dicanaikan tadi.panaskan oven anda pada suhu 200 degree celcius selama 10 minit..
|
 |
kemudian,cucuk sedikit permukaan pizza sebelum disiramkan dengan sos pizza yang telah anda sediakan sebelumnya....
|
 |
kemudian,taburkan dengan mozzarella cheese dan juga fresh basil sekiranya ada...
berapa kuantiti cheese tu?!bergantung sebenarnya..
kalau suka banyak,banyaklah tabur.
kalau nak biasa - biasa saja,taburlah sikit saja...
|
 |
| kemudian,bakarlah selama 15 - 20 minit pada suhu 200 degree celcius... |
 |
Sedap dimakan suam - suam juga.
Bon Appétit
|