As being promise...
nak share 1 lagi resepi mudah dapur sekangkang kera makcik yang tak bape beso ni la
ahahhaha..
ape adehalkan?
rumah sewa ka..tak rumah sewa ka..
dapur besar ka..dapur kecik ka..
janji ko masak.kan?!
ehehhe..
lai lai...
resepi ni banyak kali dah aku buat
as tukang masak yang tak sama mcm baker..
seme agak2 dan main campak2.
ko jangan plak buat pangai tak senonoh buat resepi campak2 time bako cake or beskut.
silap gaya mmg confirm kena campak seme tu dalam tong sampah sebab tak jadi.
hihihih...
Resepi Ayam Bakar Iceboxrivet Style
Bahan - Bahan:
1 ekor ayam.sederhana besar.
jangan kecik sangat nanti bila lepas bako alahai mcm size anak ayam or ayam jantan baru lepas baligh.
bersihkan segala mak nenek dia dalam tu.kalau tak nanti bila dah lepas bako, menjejeh - jejeh air kaler kelabu and hitam dek tak bersihkan segala pedu, maras kat dinding tu.
1 sudu besar sos tiram berperisa ayam (yang biasa pun ok.janji soso tiram sbb masin)
2 sudu besar mixed herbs (yg dry pun boleh kalau takde yang fresh)
1 biji lemon
1 sudu besar lada hitam kasar
10 - 12 ulas bawang putih (dititik sahaja.tak payah mayang)
4 sudu besar gula
2 sudu besar serbuk stok ayam
Cara - caranya:
Gaulkan stok ayam pada bahagian dalam dan luar ayam
Masukkan mixed herbs dan lada hitam dan gaul rata - rata
Campurkan sos tiram, gula dan bawang putih pada bahagian dalam dan luar ayam.
Pada permukaan dalam kulit di bahagian dada, sumbatkan bawang putih sedikit
Begitu juga di bahagian dalam ayam
Potong lemon dan perahkan serta tinggal sebahagian di dalam ayam
Manakala sebahagian lagi hiris nipis - nipis dan tabur di bahagian luar
Peramkan ayam selama 1 jam dan kemudiannya bakar pada suhu 190 degree celsius selama 1 jam
Setiap 30 minit.Balikkan permukaan ayam dan cucuk pada sendi - sendi ayam untuk memastikannya telah masak atau tidak.
Sekiranya belum. Tambah lagi waktu memasak selama 20 minit
Siap!!
*Untuk mendapatkan kulit ayam bakar yang perang, boleh glazekan dengan sedikit madu
Enak dimakan bersama kentang putar buatan sendiri.
Selamat Mencuba!