Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Showing posts with label My Resepi. Show all posts
Showing posts with label My Resepi. Show all posts

Sep 19, 2022

Kisah 2 Hari Hari Malaysia 2022 : Part 1 (Mee Hoon Bodow dan Berkebun Dalam Pasu)


Assalamulaikum
selamat bersiaran semula
kali ni nak rajin kot berblog semula
sekadar buat terapi dan mencari ketenangan.
yelah
blog sekarang dah tak relevant.
so kurang sikit orang komen yang menyakitkan hati dan jugding kalau di mukabuku dan twitterland.

oh ye, khamis lepas kami buat mee honn sup bod0 ni je.
aih..
kasar nau tapi bodo tu maksudnya kosong or takdelah meriah.
resepinya pun mudah:


Bahan - Bahan: 

Bahan Kuah Rebusan:

300 - 400 gram daging, dicincang atau dipotong ikut suka
2 inci halia - hiris halus
10 ulas bawang putih - hiris halus
1 sudu besar lada sulah
5 sekawan
1 labu bawang besar - belah 4

Bahan Celur :

Meeohon Secukupnya
Chili Oil
Sayur  - sayuran ikut suka (kami petik dari pasu je)


Cara - Caranya:

Rebuskan semua bahan rebusan dengan api perlahan.
Sampai daging empuk.
serasikan garam gula kalau suka

Untuk Hidangan :
Celurkan Mee Hoon dan Sayur ikut suka
Hidangkan dengan  chili oil kalau korang ada.
Siap!





Btw, kenapa kami kata sayur dari kebun pasu.
ni haa.. kay bawah ni.
sambil belek - belek
sambil tanam
tuailah sesekali
tak banyak tapi cukuplah buat masak
sayur mayur bukan murah sekarang



 

Jan 15, 2022

Sirap Bunga Telang


 BAHAN - BAHAN:


SIRAP BUNGA TELANG ( GULA MERAH, BUNGA TELANG, KAYU MANIS)

HIRISAN LEMON

AIR SEJUK/ AIR SUHU BILIK

 

CARA - CARA:

BANCUH 1 SUDU BESAR SIRAP BUNGA TELANG

MASUKKAN HIRISAN LEMON

1 CAWAN AIR

 

SIAP DIHIDANG.

 

 

Nov 24, 2021

kuey teow campak - campak jer..


kuew teow 2 bungkus
bawang putih 5 ulas (ketuk)
bawang besar 2 labu (mayang)
1 inci halia (hiris nipis)
cili besar 4 batang (belah dua)
cili api 4 batang (ketuk)
kicap cair 1 1/2 cawan
sos thai 1/2 cawan
isi ayam (2 cawan)
telur 5 biji
serbuk ikan bilis 1 kiub
bawang goreng
daun sup / daun bawang
taugeh



 panaskan minyak
goreng isi ayam sampai masak
masukkan bawang putih, bawang merah, halia, cili api dan cili besar.
tumis hingga naik bau.
masukkan kicap dan sos thai.
masukkan air
pukul telur dan masukkan dalam tumisan tadi.
bila dah mendidi, masukkan kuew teow
taburkan kiub ikan bilis
masukkan daun sup/ bawang serta taugeh.
kacau - kacau hingga masak.
taburkan bawang goreng.
siap dihidang.





*ni cerita sabtu lepas. 20hb 
Masak pukul 1 lebih.
Masak 2 bungkus.
Sampai malam still mbadok.
Masak dapur sendiri puas.
Tapi orang sebelah kritik rencah banyak sangat.
Eh eh.kami tahulah beras awak beli.
Tapi 2x makan tu.
Tiber..*




 

Mar 4, 2019

Resepi Kuih Apam Tepung Beras

Salam Alaik
Lama lagi pula tak bersiaran ye..
kali ni menggamit memori dengan resepi apam tepung beras kami

kami kongsikan resepi buat tatapan semua...



Bahan-Bahan:


  • Bahan-bahan A
  • 1 cawan nasi sejuk
  • 1 1/2 cawan air
  • Bahan-bahan B
  • 2 cawan tepung beras,
  • 2 sudu besar tepung gandum,
  • 1 sudu teh yis mauripan dan
  • 1 cawan gula pasir.
  • Bahan-bahan berkaitan lain,
  • 1 paket eno
  • Pewarna

Cara Penyediaan:


Blend sehingga halus Bahan A.


Masukkan Bahan B, dan blend hingga sebati.


Masukkan ke dalam bekas dan perap selama 5 jam.


masukkan 1 peket eno dan pewarna ikut suka. Biar seketika.


Masuk ke dalam acuan dan kukus selama 25 minit.


Boleh di makan bersama kelapa parut kukus jika suka



Feb 26, 2018

Cuba Buat Sendiri Kimchi Di Rumah



Salam Alaik
Hi guys..
lama tak bersiaran dalam blog ni
Sawang - sawang jangan ceritalah, punyalah banyak.
kononya..
Tak tahu lagilah masih relevent atau tidak penulisan blog lately ni sejak kebanjiran instagram dn medial social yang lainnya.

Dari merepek panjang - panjang..
kami nak share resepi kimchi malaysia buatan tangan kami sendiri..
takdelah sendiri, jumpa resepi pun dalam facebook.


Bahan - Bahan:

5 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
1 inci halia
2 biji epal merah
2 sudu besar serbuk cili (baba's boleh, faiza boleh..)
3 sudu besar sos ikan
garam 
gula

sayur - sayuran kegemaran korang..


Cara - cara:

potong semua sayur ikut suka.
tabur garam kan ketepikan
kisar kesemua bahan - bahan tadi
cuci sayur tadi bersih - bersih dan gaulkan dengan bahan - bahan kisar
serasikan garam gula.
simpan dalam bekas kedap udara
macam saya, saya tak simpan bekas kedap udara.
dan sayur -sayur saya asingkan.
dah rasa macam jeruk sayur aka jelatah tapi sedap..
pedas - pedas, masin sikit, manis sikit, masa sikit.







selamat mencuba.

Apr 6, 2015

Salam Senin : Saya Suka Masak Lor : Chicken Chop Ala Satay / Ayam Bakar Ala Satay




Chicken Chop ala Satay
yang ni lawak sebabnya:

Pergi NSK nak beli lidi satay
Sekali Lidi Satay Mahallllllllll..
cancel buat satay cucuk..
buat yang ala - ala chicken chop sudah!






Meh - Meh Resepi meh


ayam chicken chop 3 keping : cuci bersih - bersih arr

bawang putih 1 1/2 bunjut : kisar

bawang merah kecik  5 - 6 ulas : kisar

Halia  1 inci : kisar

Lengkuas  1/2 inci : kisar

Serai 3 - 4 batang : kisar

Serbuk kunyit : ikut suka

Garam dan gula : ikut suka



Caranya :


peram ayam dengan kesemua bahan tadi. minimum 30 min.nak lagi sedap 24jam

lepas tu bolehlah dibakar atau digoreng dengan sedikit minyak ikut suka korang

Apr 24, 2014

Resepi Oreo Brownies : Langkah Demi Langkah

Salam Guys dan selamat hari selasa KHAMIS (macamana aku boleh typo?!nampak sangat bz nau)
alhamdulillah arini dipanjangkan umur lagi tuk buat entry dan berceloteh moteh
sorry la arini lambat sikit kuar entry sbb gi sekolah ara kejap tadi
ada sambutan harijadi anak2 bulan april kat sekolahnya
makanya entry arini tertunda sedikit

Baiklah..
hari ini nak kongsikan resepi mudah je dan kacang buat kawan - kawan yang suka baking dan suke memasak
ala, baking simple - simple je
insyaa Allah satu family kenyang janji ikhlas dan penuh kasih sayang.


Bahan - bahan:

4 biji telur
1/2 cawan gula pasir (castor sugar)
1/2 cawan minyak jagung / mentega cair / marjerin cair
1 sudu teh esen vanila
1 cawan tepung *diayak
1/2 cawan serbuk koko*diayak
1 sudu teh baking powder *diayak
oreo cookies *ikut suke korang la nak banyak mana



cara - cara:


pukul telur dengan gula sampai kembang, masukka minyak/mentega/marjerin cair dan pukul lagi sehingga sebati


masukkan adunan tepung tadi dan esen vanila



pukul lagi hingga sebati



tuangkan batter dalam loyang size 12 inchi atau 10 inch yang telah digriskan 


bakar pada suhu 175 degree celsius selama 20 - 25min
pastikan oven telah dipanaskan selama 10minit (minimum) sebelum membakar brownies anda



boleh la hiaskan dengan caramel coklat buatan sendiri atau coklat cair.



Selamat Mencuba!!



Dec 18, 2013

Life Is A Constant Battle : Strawberry Fruit Cake Layer

Salam Guys...
Al Fatihah untuk Almarhum Azean Irdawaty 
Kami dapat tahu malam tadi, almarhum menghembuskan nafas yang terakhirnya di PPUM
semoga rahmat Allah melindungi rohnya selalu.
amin..


See guys?!
life is always constant battle..
just remind to myself for yesterday entry...
and always remember those word from Prof Dr Muhaya: Apa Ada Dengan Penghargaan Manusia?!
semalam punya entry not about ketidak - puasan hati..
but more how immortal become fragile with the system that they made.
too many flawless, too many defects...
either we being tied to the system, or we already being manipulated with the system?!
sebenarnya.. ade sedikit kesinambungan dari kisah di tempat kerja sebetulnya...
itu yang buat kami berhenti sejenak dan berfikir...
kenapa manusia mudah menjadi hamba pada sistem dan mudah diperkotak - katikkan dengan sistem.
dengan isu semasa yang berbangkit sekarang ni...
nauzubillah..nauzubillah...
pakaian dunia kalian nanti adakah sama dengan pakaian di akhirat?!
wallahualam.



Today nak share resepi yang dak ara plak suke makan tetiba..
nak namakan ape ye resepi ni?!
just sponge cake buat ala2 layer, lepas tu buh creamcheese frosting dan buh buahan2 segar kat celah - celah tu.
sape - sape nak cuba..
meh la try.
resepi kat bawah ni..

 Strawberry Fruit Cake Layer

 Bahan Untuk Sponge Cake:
 3 biji telur
1/2 cawan castor sugar
1/2 cawan air sejuk dari peti sejuk
1 sudu besar ovellete
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh strawberry emulsion / essen
70gram mentega cair


Bahan Untuk Frosting dan Filling:
150 gram creamcheese
3/4 cawan icing sugar
sedikit perahan lemon
sedikit hirisan buah - buahan sebagai hiasan dan filling



Cara - cara:
Sponge Cake:
Satukan kesemua bahan - bahan kecuali mentega cair
Pukul sehingga kembang dan gebu
Kemudian masukkan mentega cair dan pukul lagi 2 -3 minit
Tuang adunan dalam loyang 4 segi bersize 10 atau 12 inci
Bakar pada suhu 180 degree celsuis selama 15min atau sehingga bahagian tengah masak sempurna

Cara - cara:
Creamcheese frosting
Satukan creamcheese, gula icing dan perahan lemon
pukul sehingga gula sebati 



How to assembly:

1. Bila kek dah sejuk.. potong kepada  6 keping segiempat tepat. ketepikan
2. Sapukan creamcheese frosting dan hirisan buah pada layer kek yang pertama
3. Teruskan lagi sehingga anda dapat 6 layer cake yang berlapis
4. Sejukkan sebentar dalma peti sejuk sebelum dimakan..


Selamat Mencuba...


Nov 5, 2013

Resepi Nasi Minyak Mudah dan Salam Maal Hijrah



Bahan-bahan tumis
1 biji bawang besar* 
3 ulas bawang putih 
halia ketuk2 je
kulit kayu manis
bunga lawang 

buah pelaga
minyak sapi
minyak masak
susu cair
6 pot beras 


Cara - cara:
Basuh beras ketepikan
tumiskan kesemua bahan - bahan
dah naik bau
masukkan beras dan tambah air serta susu
tanak nasi sehingga masak

sekian..
senang je.
ehehhe...


Salam Maal Hijrah Semua









Oct 24, 2013

Resepi Pizza Goreng Berkeju

Salam Guys..
dah lunch belum korang
aku?!
beselah...
ehehehe
resepi kat bawah ni sebenarnya dari leftover pizza yang buat sendiri masa sakitnya dak ara aritu
so, since pizza tu tomato cheddar pizza
memanglah tak laku
jadinya buatlah goreng lepas..


Pizza Goreng Berkeju



Bahan - bahan :
Leftover pizza yang korang tak abis (potong segiempat or segitiga)
Tepung naik sendiri
2 sudu kecil serbuk lada hitam
secubit garam
1 sudu kecil serbuk stok ayam
1 sudu kecil herba campur kering
1 biji telur dipukul sedikit
1 mangkuk keju cheddar parut
sedikit minyak untuk menggoreng

Cara - cara
Cara - cara: 
Campurkan tepung, lada hitam, serbuk stok ayam, dan herba kering.Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali (kalau boleh guna pemanggang ajaib or frying pan bulat, minyak sikit je,dalam 2  - 3 sudu besar)
Pukul telur sampai kembang
Ambil kepingan pizza, celup dalam telur, kaup balik dalam tepung, celup dalam telur semula, kaup balik dalam keju, goreng.
Senang.
Siap!

Selamat Mencuba!



Resepi Mash Potato Mudah (beserta resepi gravynya sekali)

Salam Guys..
ingat lagi tak resepi ayam bako yang kami buat sudah - sudah?!
ala..dari entry ni la : 
makan sedap dengan kentang putar tu

menjejeh jekan gravynya
ehehehe..
meh - meh nak kongsi resepi
lagi sedap sebenarnya dari mash potato kfc tu


Kentang Putar (Mash Potato)
Memula korang rebuslah kentang yang siap dikopek dalam 6 ke 8 biji
jenis yang aku guna ni kentang kuning biasa je
nak beli yukuan gold tu
hohoohh
lotih la nak gi cari jejauh
cari kat kedai Pak Mat je
lepas rebus tu..korang lecek la guna tangan ke..
guna alat pelecek ke..
tak pun guna penekan daging burger
selepas itu korang masukkan whip cream 



ni la whip cream yang aku guna
bangsa dairy


Masukkan sikit - sikit sampai mendapat tekturs yang korang nak tu


Siap sudah!!!
*kalau korang suke, boleh tambah garam dan lada hitam sikit


resepi untuk Gravynya plak kat bawah ni:

Bahan-bahan Resepi Sos (Gravy) Kentang Putar:
  • 1 labu bawang besar (ditumbuk) 
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk) 
  • 4 sudu butter
  • 2 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air panas)
  • 2 kiub ayam knorr
  • secukup rasa serbuk lada hitam dan sulah
  • 2 1/2 cawan air
Cara-caranya
1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang. Biarkan dia caramelized (bertukar warna sedikit perang (warna caramel))
2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan tumis sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang suka.
3. Masukkan air dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa.
5. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.
6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul. Siap, hidangkan sos yang dah siap bersama kentang putar.


copy paste dari blog: 
http://beadbroochgadiskampung.blogspot.com/2013/06/resepi-mashed-potato-ala-kfc.html



Resepi Pizza Tomato Cheddar (Tanpa Yeast) : Langkah Demi Langkah

Salam Guys..
Seminggu ni penuh je citer pasal masakan je
sila jangan muntah ye
dah memang blog kami ni byk psl life story dgn resepi.

la ni nak share resepi pizza yang tak gunakan yeast
ade sesetengah kita memang mcm mual sikit kalau guna yeast
yeastkan masam bau dia
tu sebab pizza ni sedap makan time panas - panas je
ehehehhe
resepi ni pun sangat mudah sebenarnya.
adaptation sikit - sikit dari buku resepi masakan itali yang kami dapat free sbb join cooking invitaion dalam entry ni




Resepi Pizza Tomato Cheddar (Tanpa Yeast)


Bahan - bahan: (Doh)
1 cawan tepung naik sendiri
1 cawan susu cair
1 sudu besar gula
secubit garam
1 biji telur
1/3 cawan minyak masak (ikut resepi guna minyak zaitun tapi kami belasah je ape yang ade kat dapur)

Bahan - bahan topping:
Keju Cheddar Block
Tomato Paste (sedap guna brand Leggo's)
Herba Campur Kering
Tomato Segar





Cara - cara:
Telur, minyak dan susu disatukan dipukul sehingga agak kembang
Kemudian masukkan tepung, gula dan garam tadi dan gaul sampai tak melekit
Selepas itu uli sampai lembut
Biarkan selama 30minit (tutup dengan kain lembap)



Panaskan oven pada suhu 200 dgree celcius selama 10 ke 15 minit
Canai doh yang disimpan tadi atas pizza pan
Kalau takde pan tu boleh guna loyang bulat



Ratakan tomato paste atas doh yang korang dah canai tadi
Taburkan sedikit gula kasar memandangkan tomato paste ni sangat masam
Taburkan dengan sedikit herba kering selepas itu



Kemudian taburkan keju cheddar yang korang dah parut tu
tabur banyak - banyak pada permukaan doh pizza tu



Susun tomato segar yang korang dah hiris nipis - nipis tu.
kenapa nak kena potong nipis - nipis?! tuk elakkan doh dari macam 'shoggy'



Akhir sekali tabur lagi sekali keju parut dan bakar pada suhu 200 deg cel 15min - 20min.



Siap!!!


Selamat mencuba!



picture of the day...
ahahaha dak ara.
muke toye je hadap pizza ibu ni.
melayan makan dengan dia jelah klu bab - bab roti ni  laju je since dia antu roti, biskut and cake.
membesonya tak jugak!


Oct 23, 2013

Saturday Baking Project : Resepi Brownies Coklat

Salam Guys...
Sabtu 2 minggu sudah
selepas bebudak ni yang sorang dah baik chicken pox
hat sorang lagi dah baik demam and asthma dia
makanya as seorang Ibu yang kengkononnya penuh dgn kasih sayang, kami janjilah dengan budak 2 orang tu untuk buatkan brownies
*Zhena dgn Mummyayu,kami hutang lagi adiah carrot cake dgn brownies kat korang ye.
ade masa kami poskan. Insyaa Allah.tgh curi - curi masa ni

jadi korang..
meh nak share resepi dengan korang..


Brownies Coklat
Bahan - bahan:
1/2 cawan mentega/ marjerin
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan susu suam
2 blok coklat masakan (150g ke 200g)
1/3 cawan serbuk koko
4 biji telur


Cara - cara:
Double boiledkan mentega, dan coklat sampai cair. ketepikan




Ayak tepung gandum dengan serbuk koko. ketepikan





Sediakan loyang pembakar. sapukan dengan marjerin/ mentega dan taburkan dgn tepung gandum atau serbuk koko sedikit supaya lepas bakar nanti mudah untuk dikeluarkan.




pukul telur, gula dan susu sampai kembang..





Masukkan tepung yang telah diayak tadi





Kacau sebati.





Tuang ke dalam tin pembakar dan bakar selama 45min pada suhu 170 degreee celcius atau bila dicucuk bahagian tengah cake, bersih dan tak melekat.




Hias dengan coklat ganache. siap dihidang.

Selamat mencuba.





Para Sarip and Saripah Janjang