Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Showing posts with label Northrop. Show all posts
Showing posts with label Northrop. Show all posts

May 20, 2014

~AKU BUDAK NORTHROP!!~ : Semester 3


Jasin,Melaka 2001..
Airframe & Powerplant Aircraft Maintenance Mechanic Course
Batch 6
Semester 3.

Salam Guys
selamat hari selasa..
point blank of who I become now.
I may not have aircraft licence engineer neither private pilot licence
tapi percaya dengan setiap kita, siapa kita, dan apa yang bakal kita hadapi dalam hidup membentuk kita menjadi siapa kita seterusnya.
setiap pekerjaan dan setiap pembelajaran dalam hidup, jangan diperkecilkan..atau memperkecil atau terasa diri tu kecil..

pada umur menganjak 32 ni,
aku belajar untuk menggembirakan diri sendiri dan belajar lebih banyak lagi demi pekerjaan dan kehidupan.
aku datang dari keluarga yang melarat
prinsipku kadang - kadang kasar dan terlalu jitu
yang penting, kebergantungan kita pada DIA, yang menghidupkan dan mematikan.

selepas 7 tahun, pendek kata selepas lebih kurang tolak campur 12 tahun, barulah merasa bunganya kot kalau tanam pokok durian?!
mungkin bidang kerjanya dah sedikit lari dari bahagian aircraft tapi masih berkaitan mekanikal dan aerospace.tapi janji pasal theory of flight...
jadilah, tak sesia ilmu yang dituntut. 
(krik krik krik)

sepanjang kalian kenal daku, aku mungkin bukan blogger atau kawan yang best.
istilah ini mungkin jatuh pada : kawan yang kaki shopping, kaki makan, kaki enjoy. 
tapi berapa ramai dari kita selalu duduk dan berfikir seketika..
pabila kita susah, berapa ramai yang mendoakan..yang bertanya..yang menenangkan..
terfikir bukan?!
berbalik pada kata - kataku di atas: kerbergantungan kita pada DIA.

dari jauh ku selalu mendoakan agar kawan - kawanku lebih baik hidup dan agama.
walau bukan selalu tapi tiap kali hadir dalam perasaan ini

buat kalian yang sering datang menjenguk, bertanya dan tinggalkan komen.
semoga dirahmati Allah selalu
buat yang membaca dikejauhan dan jarang punya kelapangan
semoga diberi kelapangan Allah selalu.


Dec 16, 2010

Aku Yang Dulu - dulu dan kini.(1)

salam guys...
ni gmbo aku time darjah 1.
errrkk?!darjah 1?
ye betul...
korang cariklah aku kat mana..
rasanya korang dah jumpakan?!
budak selebet kat ujung muka masa/muncung sambil pakai kasut selipar!
yer..aku pakai tudung since umur aku 5 - 6 tahun lagi.
bapak aku la..
bebudak lain anto je taska la,tadika la,sekolah mahal2 la..
aku dgn adik aku anto kat taska ABIM.(masa tu bpk aku ade duit lebih sikit)
kalau zaman skunk mesti ala - ala lil caliph ker..dan yg sewaktu dengannya.

huhuhuhuh...
kira dari pagi smpai petang memang aku ngaji kat abim tu..
belajo solat,surah - surah lazim.
kira masa aku umur 6 tahun aku dah abis muqaddam.
huhuuhuh..
pastu tak pasal - pasal kena plak serap masuk kelas tahfiz dan hafazan.
maksudnya kena train jdi hafiz or hafizan dlm kelas tu.

mula - mula aku taknak.
sampai ustazah jumpa mak aku n tanya kenapa taknak.
yerlah weih..
mana tak nak kan?!
kecik lagi..
pastu mesti tak dapat main dengan kawan2 lepas makan ker,lepas solat ker..
mana ade chan nak makan dlm talam ramai - ramai mcm selalu klu masuk kelas tu.
sebab kelas ni kelas intensif.
yg ajo memang betul - betul straight gila.
kelas tu ade 3 - 4 orang akak2 n abang2 yg darjah 4,5,6.
korang imagine ler...
belajo dgn org2 yg lebih tua.
aku jdi seganlah..
sebab aku perempuan seorang saje budak keciknya..
ahahahaha..

last - last..
kawan laki aku ade dlm 2 - 3 orang jalan dulu.
so,bila aku masuk kelas tu masa darjah 2..
aku dah tertinggal jauh sebab depan sume dah masuk al quran dah.
aku masuk nak start surah 1st.
kat kelas bese,aku still kena abiskan iqraq yg tebal - tebal.
nak bg lidah aku dan sebutan aku sume ok.
dan jugak nak bg aku hafal hukum - hukum bacaan.
tapi yang ni aku ngelat.
memang aku tak hafal lansung!
sampailah masuk sekolah menengah.
kalau datang soalan kertas pendidikan islam,aku takkan jawab soalan bab hukum - hukum bacaan al quran sebab aku sangat susah nak menghafalnya.

berbalik pada cerita kelas tahfiz ni.
nama cikgu yg ajo tu,cikgu ain.(ain sangat sinonim dlm idupku!ahaha)
pakai purdah.
dia ni penolong pengetua.
belajo dgn dia sgt2 tegas.
dia selalu preparekan rotan kat sebelah tapi tak pernh rotan pun.
buat acah - acah jer.
klu dia marah tegur,dia akan rotan lantai. 
macam aku yg nakal ni,aku perasan dia selalu mcm letih ngajo aku.
aku suke main2 bila belajo.
bila dia suh sebut and baca aku selalu mesti cakap: "saya tak ingatlah cikgu!"tanpa ras takut ataupun bersalahnya.
*tapi dia sabar sampaikan aku ade satu masa tu sedar sendiri dan menangis depan dia dan abg2 n akak2 senior tadi tanpa segan silu sebab tak dapat bacab ikut hukum yang dia ajo tu.(sebutan salah,napas tak sampai) dan cikgu ain tu peluk aku dengan penuh kasih sayang untuk tenangkan aku.
#rasa dihargai sangat - sangat masa tu.

tapikan guys; imagine ler kan korang,makan nak kena jaga.
kena hafal surah2 (ari2 yer) yg dia bg.
tu sbb,aku memang tak mkn benda makruh2 dan jugak yg masam2 since dari kecik.9since belajo dlm kelas tahfiz ni ler)
makanya terbawak2lah jugak sampai beso n dah kwin nih.
ni yg mak aku nyampah sebab mcm omputih ler sgt tak mkn belacan la,tempoyaklah,mangga muda la.
nak buat mcmna kan?!nasiblah!

belah pagi,aku masih kena masuk kelas belajo fardhu ain,fardhu kifayah...
then dlm pukul 10 lebih lepas rehat..
aku pergilah ngaji smpai tghari (waktu balik)
time ni sume kwn2 pmpuan aku sok sek ckp aku ngelat kelas belaja jawi.
ade yg tanyer jugak kenapa cikgu selalu  anto pergi kelas lain?!
ape specialnya aku ni.
aku masa tu kecik lagi.
aku cakap,manalah aku thu.

kat kelas ni,ade sorang akak senior panggil aku Dadu!
aku tak thu kenapa.
maybe ade reason dia kot.
and ade jugak abg2 yg hensem.
huhuhu..
aku time2 feeling rasa comel (sbb aku sorang jer budak pmpuan kecik kat situ)
aku akan jadi malu2 kucin!
#gatal tak aku?!
huhuuh.tapi aku sedih sikit arr sbb masuk lmbat sebab kwn laki aku yg start dari darjah 1 tu dah separuh al quran depa hafal.
sedih!

last - last darjah hujung 2 aku benti mcm tu aje sebab bapak aku dah takde duit nak anto.
aku pun tak pernh sekolah agama rakyat sebab asyik penuh jer.
dan aku pun tak heran nak pergi sbb jauh pun jauh jugak.
sian mak aku.nak kena kayuh basikal bwk aku pergi sekolah ari2.

dan yer..
tudung ni memang melekat jer pada kepala aku dari aku kecik.
berubahlah zaman bertudung dan berfesyen tiap2 tahun,tiap2 dekad.
aku masih tetap pakai tudung yang mudah dan semestinya warna hitam!
aku memang tak boleh masuk warna lain melulu.
masa tolong mak bapak aku angkat buah petik kelapa sawit,panjat poko rambutan tu dijual buahnya,cari besi buruk,meniaga,ngarit rumput bagi kambing dan lembu makan dan jugak ngon lembu (memindahkan lembu ke kawasan rumput yang baru),aku memang dan tetap pakai tudung.
panas pun panaslah..
masa bekerja jugak dulu,walaupun jadi techician..jaga workhsop,kena pakai jaket bengkel or overall yg panas tu...
aku masih bertudung...
tapi jugak bila dah menginjak dewasa,ketidaksempurnaan bila bertudung tu aku perbaiki sedikit demi sedikit.
kasihan pada mak bapak yg melahirkan dan memeliharaku dan jugak sekarang,aku kasihan dengan suamiku sebab aku tak mahu dia masuk api neraka kerana benda - benda yang sia - sia dilakukan oleh anak dan isterinya.
logik dek akal atau tidakkan?
sedangkan masa bersolat dan ngadap Allah kita sendiri bertudung dan menutup aurat.


aku teringat kata - kata cikgu utih dan cikgu ain sendiri:
kalau nak Allah sayangkan kita,mak bapak kita dan adik beradik kita di akhirat kelak.
pakailah tudung dan menutup aurat.
itulah amal jariah yang terbaik untuk diri sendiri bagi setiap insan.

#tiba - tiba aku rindu pada mereka berdua.
masih adakah lagi mereka didunia?!

*nanti aku cerita pasal Cikgu Kursiah dalam gambo tu.
diapun cikgu yang sangat berjasa dalam pekembangan pendidikan aku dulu.











Jul 1, 2010

~AKU BUDAK NORTHROP!!~ (1st Edition) : Semester 2



Kalau Awak Minat Pada Saya,Awak Boleh Masuk Meminang

Hari ini,aku sudah masuk semester 2 di MNRI ini.Rasanya baru sahaja 6 bulan lepas aku jadi freshie/junior.
Masuk semester baru ni,ramai jugalah instructor baru dan muda - muda belaka.
Aku?Macam biasa,sedar diri yang saiz badanku ini amatlah ketara besarnya,sehinggakan nama gelaranku di sini adalah 'Boeing',maka aku tidak ambil endah sedikit pun dengan kehadiran instructor ini.
Baik Mr.Mahfuz yang putih melepak seperti anak cina,atau Mr Bad yang handal bermain tenis,baik Mr Azhar yang sangat lemah lembut tutur kata.Bertuahlah siapa yanga dapat Mr Azhar ni sebagai suami atau menantu.Mahupun Mr Zamzamil yang punya punggung yang matap serta amat handal bermain bola sepak.

Bercakap pasal Mr Zamzamil ni,tapi kami semua panggil Cik Zam.
Kebetulan pula memang dia ni seorang kacak.
Tidak dinafikan memang kacaklah sampai kakak pada Mr Azhar tu pun menaruh hati padanya dan sudah menjadi suami isteri pun mereka sekarang.

Nak dijadikan cerita..
Aku ni pula jenis orang yang suka sangat merenung tajam wajah atau muka seseorang.
Ditambah pula yang aku ni jenis muka yang sangat - sangat serius dan jarang tersenyum.
Bila tiap kali ada "ROLL CALL "sebelum habis kelas,aku memang teramatlah suka merenung muka instructorku seorang demi seorang.
Baik yang sudah tua,yang berserban,yang berjanggut putih semua,mahupun yang muda - muda belaka ini.
Cik Zam ni pula selalu perasan yang aku seolah - olah merenungnya.
Sedangkan hakikatnya,semua orang aku tenung macam nak menelan hidup - hidup orang tersebut.
Hinggalah pada suatu hari:

'ayu,cik bad panggil kau masuk bilik dia.sekarang!'
'kenapa?'
'manalah aku tahu.tapi cik zam ada disitu'

tanpa berlengah lagi aku pun terus menuju ke bilik Cik Bad.
Selepas mengetuk pintu dan memberi salam,satu suara di dalam menyuruh aku masuk.

'kenapa cik?saya ada buat salah ke?'
'ni haa ida,cik zam ada benda nak cakap dengan kamu.'

oh ya..ada kadang - kadang aku juga dipanggil sebagai Ida.

"Ida,saya tengokkan.kamu ni suka sangat merenung pada saya.kamu minat pada sayakah?!
"kalau kamu minat pada saya,kamu boleh masuk meminang."
"saya pun masih bujang lagi.kekasih pun takda lagi."
" mak saya pun tak kisah.dia terima sahaja."

bagai nak tergelak besar bila aku dengar Cik Zam bertubi - tubi berkata sedemikian.
aduhaiii..aku cuma tersenyum sahaja sambil berkata:

'Takdelah Cik Zam.Saya memang macam ni.suke tengok - tengok orang"

Tiba - tiba jugak Cik Bad menyampuk:

'Zam,budak ni memang suka tengok orang macam nak telan.Mahfuz dulu pun mati - mati ingat budak ni minat pada dia.tapi bila dah borak - borak dengan dia dan juga tanya pada Haji - Haji yang lain.Memang budak perempuan yang seorang ni suka betul tengok orang.ko jangan perasanlah!"

Tapi Cik Zam tak mahu mengalah lantas dia pun menjawab:

"Aku bukan apa Bad,kalau betul minat.Apa salahnya.ramai student bercinta dengan lectuer apa?!"

Dan kemudiannya Cik Bad pun membalas:

'salah atau tidak,itu belakang cerita.sudah Ida,masuk ke kelas balik.ade quizkan?jangan kamu failed sebab soalan maut dari Cik Zam ni sudahlah!"

maka dengan sepantas kilat pun daku kembali ke kelas. sampai di kelas,berutbi - tubi soalan keluar dari mulut anum,anne,jawa dan juga sam.



bersambung....






#sangat meletihkan membuat cerita berdasarkan bahasa melayu tinggi!!
#tapi finally aku tak couple pun dengan cik tu sbb aku tahu aku ni tak sekufu dengan dia.mungkin aku akan jadi begini dan sebegini.
#cerita offer ni tak abis disini saje.
sampai semester 3,baik aku dan cik zam masih ade cerita!!
#psttt,Cik Zam ni org pahang jugak!!mcm org tua.adeii..memang jodohku dgn org pahang kah?sebab dua kali gagal dengan org perak!
ahahahhha!!
kak we the hasyim mesti gelak2 sebab dgn siapa daku bercenta!!
huahuahauahua!!

Jun 25, 2010

~AKU BUDAK NORTHROP!!~ (1st Edition)



cuba teka dimana aku?!
tapi macam biasa ler kamu orang memang pandai meneka aku berada di kedudukan mana..
(sekali lagi bahasa melayu tinggi.- konfirm korang muntah darah!)
macam pengawaskan?
ehehe..takdelah..
ni baju rasmi budak northrop rice...
ape northrop?!
nanti sambunglah!!...
kasi intro dulu.



p/s: saya sedang menonton rancangan spontan secara online di sesawang youtube.
sekian!

- bahasa melayu tinggi bakal dipratikkan dalam blog saya ini secara berperingkat.diharapkan supaya anda semua memberi sokongan
sekian terima kasih.


*matilah ain gelak sampai kejung badan baca n23 aku gini!!
wakakaakkakaak!










Feb 16, 2010

What I've Learn Before This As Aircraft Maintenance Mechanic - Aircraft Main Body/Part

salam guys..
kalau ade sape - sape yang masih ingat yg aku pernah citer yg aku pernah belajo kat northrop dulu as aircraft mechanic mesti ade yg masih ingatkan?

first thing first..
kat sana benda yang kena belajo selain dari subjek - subjek am cam fizik and math,of course ler kena belajo pasal aircraft body and part.belajo pasal theory of flight.korang mesti cam blur - blurkan?

gini..
theory of flight ni pasal camner kapal terbang tu boleh terbang..
so..aku nak share something yang aku rasa dan lama sangat aku peram n tak ulangkaji..








Aircraft ni ade macam - macam jenis..recip,turbine..
lebih kurang cam kereta pun ade jugaklah
klu kereta kita boleh cakap guna piston engine or kat kapal terbang ni kita panggil reciprocating engine.selalunya light aircraft cam Cessna and Piper

 
cessna aircraft


piper aircraft






selalu jatuh dalam aircraft jenis recipt nih..
FYI,ape yg ade pada system kereta sebijik ade pada system aircraft yg jenis reciprocating engine nih.contohnya: cylinder,intake valve,exhaust valve, crankcase,piston connecting rod, and crankshaft.dalam kategori ni jugak...ade macam - macam jenis type engine misalannya: in-line,rotary,v - type, opposedt.ni nanti aku story mory kendian...memang tahun ni aku nak mengulangkaji pasal aircraft and base french aku..

valve
 
piston
so far.kereta bese memang aku tak sure beso mana piston or valve dia tapi setakat ni aku pernah tgk piston engine rexton,memang rata - rata same size cam yg kat ligth aircraft ni..
(bapak beso n berat.tu kalau ketuk kepala penyamun  yg rampok barang2 kat rumah Senorita Sarah tu,komfirm mampos!tak mapos pun mesti koma!).
ape daa..banyak benda lain,mencuri jugak yg ko suke.
tahulah ko kat akhirat esok.(eh..emo ler plak!ehehehe..)



kalau turbine engine plak contoh - contoh engine: gas turbine engine, turbojet, turboprop, turboshaft, turbofan.contoh - contoh aircraft jenis ni aderlah seperti boeing,airbus dan jugak concorde.

 
boeing

  
concorde
airbus







ok - ok..cukup dengan introduction pasal kapal - kapal ni..
so..nak citer pasal theory of flight..
aku nak citer macamana kapal terbang ni boleh terbang.
ni yang basic fundamental yer..




sekarang ni ubah sikit base english sebab nak citer pasal part - part and function aircraft ni..

  1. The Fuselage
  • common attachment point for the  other major components,it house a cockpit (tempat pilot n co - pilot operate kapal terbang or base technicalnya flight crews ), and cabin area for passengers or cargo. kalu kapal carry passanger,selalunya cabin area or cargo pit kat lower part of fuselage ni...
      2. The Wing
  • base melayunya aderlah sayap yer tuan - tuan dan puan - puan..
  • letaknya engine kalau kapal terbang yg guna turbine type engine
  • wing ni generate force yg ikut term technicalnyer aderlah "LIFT".klu base nak lagi paham aderlah daya mengangkat.cam elevator tu yg kdng2 kita pggil lift sebab ape?sebab benda tu bawak kita dari bawah ke atas..
  • Wing terbahagi pada 2 jenis surface control :
       Airlerons : extend from about from midpoint of each wing outward to the tip. They move in
                              opposite direction - when one aileron goes up, the other goes down.
                              maksudnya:kalau aileron belah sayap kanan naik,aileron sayap belah kiri
                              mest turun.

       Flaps:         extend outward from the fuselage to the midpoint of each wing.They always
                              move in the same direction,If one flap down,the other must go down too.


kadang - kadang sesetengah kapal beso ade equip dgn spoiler kat bahagian atas wing tuk distrup kelancaran angin and reduce lift.spoiler ni guna dalam membantu kapal terbang time rolling dan jugak sebagai break angin time landing.


       3. Rudder 
  • attach kat belakang vertical stabilizer untuk gerakkan muncung kapal terbang tu ke kiri dan ke kanan.
  • selalunya incoporate dengan penggunaan aileron time nak belokkan kapal.aloor..kona kiri,kona kanan.nak kona baring pun boleh!(ni selalunya pilot Air Asia main kona - kona ni..aku dah pernah terkena.ekekke..)
   
      4. Elevator
  • menda ni attach kat belakang horizontal stabilizer.
  • funginya nak bg hidung/muncung kapal terbang tu dongak atas or ke bawah.(main jongkat jongkit ler plak!!)


      5.  Horizontal and Vertical Stabilizer
  • stationary  and act like the feather on an arrow to steady the aircraft and help you maintain straight path through the air..(nak bg kapal lurus jer sepanjang masa.takde mencong - mencong.)



oklah..tulah je buat masa ni..
as usual..menda ni aderlah autopublish!!

sekian..

Para Sarip and Saripah Janjang