Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Showing posts with label Flat Bread. Show all posts
Showing posts with label Flat Bread. Show all posts

Mar 21, 2014

Semalam Resepi Roti Canai, hari Resepi Roti Gepeng Plak!!




Salam Guys...
semalam al kisahnya roti canai punya resepi..
hari ini nak update resepi roti gepeng la plak..
Gepeng dalam bahasa jawe mean leper/rata..
base omputihnya rata..
tak mau banyak bunyi..
jadi kita mulakan operasi...




 Bahan - bahan :
1/2 kg tepung gandum
secubit garam
1/2 cawan mentega cair (kami guna marjerin je)
1 sudu besar gula
air secukupnya

Cara- cara:
Uli tepung sampai lembut..
Jangan berhenti - henti atau kejap2 gi tandas sbb takut gluten dalam tepung tu tak baik..
karang dohmu keras dan bantat

 Ambil sejemput dan ratakan pada papan pencanai dengan rolling pin atau dengan botol kicap/sos pun boleh
Bukan nak cantik2 sangat..
Janji Rata..


 Panaskan frying pan korang atau kuali korang dengan sedikit minyak
Apelagi..
Masaklah roti tu..



 Biarkan beberapa minit atau menggelembung sebelum di terbalikkan permukaannya



See..
Macam ni la rupanya...
gebu..kembang..
tapi lepas dah angkat and letak dalam pinggan..
Dia kempis..
ahahhaha....


Mar 20, 2014

Resepi Roti Canai Mudah

Salam Guys,
Sudah masuk hari khamis
esok adalah hari terakhir dalam minggu bekerja
lama tak update atau lama juga tak berkunjung ke blog korang seme..
terima kasih banyak - banyak sebab rajin jenguk blog kami
baik yang meninggalkan jejak atau tidak
semoga Allah merahmati kalian semua
Hari ini mahu berkongsi satu lagi resepi cubaan yang telah berjaya kami buat
since anak - anak memang suka makan roti canai, prata, flat bread..
makanya hari sabtu lepas, kami pun buatlah selepas goole mcm2 resepi dalam internet ni


Bahan - Bahan


1/2 kg tepung gandum 

1 sudu besar gula 

1 sudu kecil garam 

2 sudu besar susu pekat 

1 biji telur 

1 ½ cawan air 

1 sudu besar mentega/ marjerin 








Cara-Cara untuk Membuat Roti Canai


1) Campurkan susu, garam, gula, telur ke dalam air di dalam bekas. Kacau sehingga semua bahan larut. 

2) Masukkan tepung dan uli sehingga lembut dan lengan terasa mengecil 2 inci dari saiz asal. 

3) Menguli sehingga menjadi doh, rehatkan doh selama 10 min. 

4) Uli lagi selama 6 minit -8 minit (Ulangi langkah ini sebanyak 3 kali –uli dan rehatkan doh).

 
5) Sehingga doh menjadi kenyal dan tidak melekat. Jangan risau kalau proses pertama terasa doh melekat di tangan. Kalau ianya masih lembik lagi selepas kali kedua uli dan rehat, tambahlah sedikit tepung (1 sudu besar). 

6) Bentukkan doh tersebut menjadi bebola kepada 10 biji dan salut dengan mentega atau marjerin. Perap selama 3 jam atau lebih. 

7) Ambil 4 biji, nipiskan sebesar piring, ketepikan selama 5 min untuk menggelakkan mengecut semasa ditebar. 

8) Ambil satu keping yang telah dinipiskan dan diperap, bolehlah ditebar atau ditarik untuk mengelakkan koyak. Tangan mesti sentiasa berminyak, apabila doh cukup nipis, renjiskan banyak sikit minyak dan lipat. Kalau kurang minyak, doh mudah kering dan mudah terkotak di tengah-tengah. 

9) Panaskan pan dengan api sederhana. Letakkan sedikit minyak dan masak sehingga perang sambil terbalikkan roti. 

10) Doh Roti Canai ini boleh disimpan dalam peti ais sehingga 2 hari. 







Tips: Jangan uli doh tersebut sehingga menjadi terlalu kenyal kerana akan menyebabkan roti susah nak ditebar dan keras. 


selamat mencuba

*kredit kepada : http://resepiroticanailembut.blogspot.com/

Para Sarip and Saripah Janjang