Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Showing posts with label Meat. Show all posts
Showing posts with label Meat. Show all posts

Dec 21, 2023

NASI KENDURI MERDEKA KE 66,2023.

Tajuk tak boleh blah.
Pukul 1 siap semua lauk kenduri ni.
Daging Masak Hitam (Daging Korban Raya Haji)
Ayam Masak Merah
Kuah Dhal
Nasi Minyak Bajet
Semua bahan dari dapur.
Takde belanja macam - macam sangat.
Acar tak buat. Modal tak cukup.
Ni la sarapan,makan tengahari dan makan malam hari ni.
Semua by request Babah yang dok ratib teringin lauk kenduri.
Tapi dia tak makan la daging tu.
Dia suka 'daging kotak', daging fresh2 ni boleh bertukar biru muka dia.
😆😆

Abang long Aqil Al - Islam and Mek Ara Mekra Ra yang tolong kopek bawang and masak malam tadi.
Bergilir kopek bawang, tolong cuci bekas dan periuk,tolong tumis and perasakan lauk.
Ibu dah ada sakit, bagi anak bujang buatlah.
Oklah korang.
Ni la aktiviti kemerdekaan kami.
Dok rumah je.
Esok kami keje.
Orang takde modal and 'periuk kecik' macam keluarga kami ni,memang kena belajar masak dan buat sendiri.
Pelbagaikan semua lauk yang ada.
Giteww..
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 66 BUAT SELURUH RAKYAT MALAYSIA
- MALAYSIA MADANI : TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN

 

Jul 10, 2014

Resepi Lapis Roti BBQ Daging Bercheese : Langkah Demi Langkah (Resepi Dari Pemanggang Ajaib)



Salam guys..
Tentera Jepun dah kalah perang
yay!!
sambung pose balik.seronok mak, noks!
hamboi kemain lagi haku kan?!
tak senonoh sikit pangai arini
tapi takpelah
arini nak kongsi resepi yang rasanya terlalu ramai orang dah buat, tapi aku baru nak buat.


Resepi Lapis Roti BBQ Daging Bercheese
Bahan - bahan:

400gram daging lembu kisar (brand ramly kami guna)
2 ulas bawang besar
1 - 2 biji telur
Cheddar cheese slice secukupnya
1/2 mangkuk kecil perapan BBQ 
*resepi boleh refer kat sini :
 http://iceboxrivet.blogspot.com/2014/07/make-your-own-bulgogi-bulgogi-recipe.html
roti putih  secukupnya
1 sudu teh serbuk kiub ayam
1 sudu kecil serbuk halia
1 sudu kecil rosemary kering
1 sudu kecil basil kering



Cara - caranya:
Potong dadu bawang putih dan bawang besar




Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau




Masukkan daging, serbuk herba dan rempah, serbuk halia, serta serbuk kiub ayam.




Masukkan perapan sos BBQ dan masak hingga daging mula terpisah sedikit demi sedikit





Masukkan garam dan gula dan reneh sehingga daging betul masak dan empuk. Ketepikan dan biarkan sejuk 





Pukul telur sampai kembang dengan sedikit garam, susu segar dan lada hitam kasar. (saya tambah lada hitam dan susu ni sebab suka)




Potong cheddar cheese memanjang. Senang sikit nak tabur pada roti nanti





Ni la inti daging yang dah siap tadi.





So, bolehlah kita susun dalam casserole atau dalam bekas aluminum foil sebelum bakar dalam oven atau pemanggang ajaib
aturannya lebih kurang begini : 
ROTI - DAGING - CHEESE - ROTI - DAGING - CHEESE - ROTI - DAGING - CHEESE  - SOS CILI - THOUSAND ISLAND SOS  
*(2 sos cili tu saya tambah sendiri)


1.Mula - mula begini



2.Kemudian begini



3.Akhir sekali begini. kemudian bakar dalam oven yang telah dipanaskan (180 degree 15 - 20min) atau dalam pemanggang ajaib dengan menggunakan bekas aluminum foil berdasarkan size pemanggang ajaib masing - masing.





Tara!! dah siap.memang hangit sikit atasnya sebab saya suke hangit - hangit..






Heavennya..


Selamat Mencuba!!


Apr 21, 2014

Resepi Spaghetti Daging Berkrim


Salam Guys
Happy monday morning
semoga dipermudahkan urusan oleh Allah taala hari ini

disatu malam yang hening - hening baru - baru ini
tekak ni kepingin nak makan spaghetti
akan tetapi bahan - bahan nak buat bolognese semua tak cukup
sudahnya otak ni berpikir la mikir nak buat lagu mana

akhirnya tejadilah resepi di atas
janji boleh makan kan?!

Bahan - bahan:

150g spaghetti (rebus dan toskan)
1 keping burger (kami guna premium beef brand Saudi.so, daging tebal sikit)
*grill  atau panggang ikut   suka dan potong kecil - kecil
3 ulas bawang putih
* diketuk
1/2 ulas bawang besar
*dimayang
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 kuib pati ayam
1 sudu teh mixed herb kering
1 cawan susu segar
sedikit minyak untuk menumis


Cara - cara:

Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan - bahan tadi kecuali daging dan susu serta spaghetti
Setelah naik bau, masukkan susu dan daging
Biarkan reneh seketika, kemudian masukkan spaghetti
Serasikan garam dan gula
Siap dihidang

Mudah bukan?!
ada berani?!CUBALAH!





Jan 28, 2014

Sweet and Spicy Buffalo / Daging Kerbau Pedas Manis




Selamat Tengahari guys..
saje nak update resepi lagi ..
nak lama terperam dalam draft

dapat daging ni masa raya korban tahun sudah
dah satu rumah tak makan daging..
makanya kamilah masak dan makan daging tu..

Sweet and Spicy Buffalo / Daging Kerbau Pedas Manis

1kg daging kerbau (pakai daging lembu pun boleh)
*rebus dan hiris halus - halus / nipis - nipis
 4 ulas bawang putih (ketuk - ketuk je)
1 ulas bawang besar (mayang)
4 batang cili besar
1 sudu besar lada hitam kisar
1 sudu besar lada putih kisar
1 cawan sos cili
1 cawan kicap cair
1 batang kayu manis
sedikit bunga lawang


Panaskan sedikit minyak dalam kuali
Tumiskan bawang putih, bawang besar, lada hitam, lada putih, kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau
Masukkan daging dan masukkan sedikit air
Reneh daging selama 5 minit
Masukkan sos cili, cili besar dan kicap cair
Renehkan lagi sehingga daging betul - betul empuk
Serasikan garam dan gula
Siap dihidang

Selamat mencuba






May 28, 2013

Resepi Dari Regina Si Pemanggang Ajaib :Homemade Burger Bako


Salam Guys..
tengah Rajin Memasak la katakan..
hek eleh..
bukan masak pun minggu ni..
minggu2 lepas je..
mari - mari layan kita buat burger bako sendirik.


memula bako la roti bun tu
beli cap gedenier je...
nak buat sendiri?!
malas...


lepas tu bako la plak beef patties ni
hajat dihati nak guna fresh meat
lalu bila dikabarkan orang tua yg sekilo rm25..
aku cakap cancel..
akan tetapi..
dia plak boleh cakap..
guna daging cincang ramlee tu boleh tak ibu?!babah dah amik seme bahan2 lain..
takkan nak letak balik..
haku?!
ikut jelah..
ahahahha...

meh - meh acu cer try bagi resepinya tuk beef patties ni:

400 gram daging cincang
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu kicap masin
1 sudu kecik serbuk halia
1 sudu teh mixed herbs
*gaul seme kat daging.bawang tu just cincang kasar2 je
*aku tak letak gula sbb kali ni xnak rasa manis



then orang tua adelah beli chicken slice ni
apelagi..
bako la...


lepas terbalikkan..
buh la cheese ni..
etetetettee


Lastly assemble la daging and roti burger korang tu...


SELAMAT MENJAMU SELERA!


Oct 9, 2012

Memasak kekdahnya...

Daging Masak Kicap Blackpepper 
lauk ari sabtu..
pkl 11 aku dah siap masak..
camapk2 lebih kurang..
sedap plak aku rasa..
owh ye..aku tak letak cili lansung...
tkut pedas ni...


Jul 3, 2012

Aku Memang Suke Masak,Tapi Yang Aku Suka Makan La..

Yes, I am a big fan of meat.
normally steak..
*kengkononnya nak buat plating ala2 omputih la sangat..


yg ni mudah je..
beli la fresh meat,marinated dgn garam,sos tiram,mixed herb, black pepper sauce.
lepas tu pan sear kejap then broil 10 minit.
rest 5 minit then slice nipis2.
huhuuh...


Jun 1, 2012

Beef Pattie Order By 1st Customer

salam guys..
ni 1st order tuk beef patties yg aku buat.
fresh meat with 5 spices,green onion,garlic,mixed herbs and breadcrumbs.
*juice dia dah kuarlah plak.sbb tak sampai 12 hour frozen time.



siap di packing...
kejap lagi nak anto pada customer.
ala,kawan saing masuk keje dulu.
akak ni keje kat IRKHS ni..
mekaish kak dib sebab order dgn ayu..



*sape - sape minat nak order,calling yer...
*berat 800 grams - 1kg.
*RM30 je.


Apr 26, 2012

Weekend Cooking Project: Tidak Tergoyah Lagi!! (Homemade Burger Patties Sharing Recipe)


salam guys...
happy working..
semoga arini ceria bena anda semua hendaknya..
yup...
belum la goyah lagi nak terjah burger bakar baik kaw kaw ker..rawang ke,Bob ker..
even dah bagi hint2 semanis lemak merdu pada orang tua.
but the result still : Cannot la!
reason:
anak - anak la confirm la tak selesa even katenya dah ade kelonggaran klu family boleh trus duduk meja.
*tapi lama nak tunggu kan?!yang beria2 nak makan tu mak bapaknya.budak2 tak makan benda2 ni.
 bila kupikir balik,demi kesenangan semua orang dan jugak mengelakkan kepentingan diri serta demi mengeratkan kasih sayang laki bini..
aku decide la buat sendiri.
consider as challenge dari orang tua untuk kesihatan sumber makanan dan jaminan kebersihan penyediaan yang total!!
*ceh ayat!tak boleh blah!!

buat korang seme yang tingin nak makan..
tapi jauh..
tingin nak makan tapi banyak alasan - alasan dan situasi yang merumitkan...
mari - mari aku kongsi resepi yang..
Ya Allah..
senang bebeno rupenya...
kos pun tak mahey mane..
jimat minyak,tol dan yang sewaktu dengannya...


 Bahan - bahan :
1kg daging lembu segar (katenya guna daging batang pinang.tapi aku belasah je)
1biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 sudu besar lada  hitam
2 sudu besar 5 spice
1 - 2 keping roti
garam dan gula


cara - cara
kisar kesemua bahan sehingga lumat
bentukkan patti mengikut ketebalan size yang anda suka.
kalau sederhana besar boleh dapat sehingga 7 - 8 keping
sejuk bekukan dalam frozen area untuk kegunaan seterusnya.

sape - sape takde food processor..bleh replace daging tu dengan daging kisar tapi tekstur dengan rasa dia dah tak ori.
other rencah boleh letak mcm daun bawang,mixed herbs ke mcm thyme,bay leaves ker,rosmary ker,bbq ketchup ker..
ni semuanya atas kita sebenarnya nak daging tu berperisa ape.
tapi yang pasti.
resepi aku takde penambah perisa tiruan.


teknik membakar...
korang takyahla defrost daging dari peti..
just goreng dalam frying pan or korang brownkan dulu kat frying pan lepas tu korang bako dalam oven ikut kaedah broil : 260 degree celsius selama 10 - 15 minit
or
temperature 200 degress celsius selama  7 minit on 1st surface.and another 7 minit on the othe surface.
*ikut korang la.nak walik2 mcmana..



yang kat bawah ni aku goreng dengan frying pan...
takde guna minyak barang sedikit pun!!
yang kuar tu seme2 jus dari daging dan jugak gula serta garam and rempah2 yang aku gunakan...


*lagi satu teknik yang aku tahu nak cincang daging ni,guna pisau jenis cleaver /butcher knife and also chopping block.
itu pun ok jugak kalau korang takde food processor.
apepun,improvised sikit la klu korang jenis makan home cook style macam aku ni.

enjoy!!

*sape - sape nak order,aku jual RM30
.insyaa Allah dapat dlm 7 keping klu medium size.klu nak size beso dlm 4 - 5 keping.
*pure daging combine dgn ingredient and 5 spices
*open order may 2012.
*email or call as usual ye..

Apr 5, 2012

CNY BAKKUA HOMEMADE!!(entry peram)

sebelum bako...


lepas bako...
huhuuhuh!tak sama lansung!!


The real bakkua?!!
cemuih je dok dalam box!!
xperlah..praktik mek perpek!!






Jan 30, 2012

Bakwa/Bak Kua HOmemade My Invention


salam monday guys...
rustic,rustic..
yerlah ari karat arini..
kat atas tu meat marinated tuk buat bakkwa/bakkua...
aku guna jer daging cincang ramly..
but then the result?!


sedap tu memang sedap tpinya still kena guna freshmeat..
tak susah mana cumanya take time sikit...
yum yum yummy..
resepi rahsia?!
5 spices la of course!!


Nov 23, 2010

Bile Roti Beger Takde,Roti Gadenia PUn Jadilah!!!



ni haaa...
buat beger sendiri
tapi  rotinya takde..
yilek!
sampai umah masa petang nak raya korban aritu,aku gegehkan memecut dgn dua batang kakiku yg gempal ni ke kedai.
nmpk roti whole grain nih..
aku amik n bayo.
sampai umah,amik penutup bekas n aku tekap buat cam bulat2 seperti diatas.
toss sampai jadi crust n itam2 kerak,sudah siap beger ciptaan sendiri!
sangat sedap dimakan dengan telur dadar berintikan cheese dan "daung" sup serta daging burger ramly yg sangat empuk!
JEMPUT MAKAN!






Para Sarip and Saripah Janjang