GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Aug 26, 2026

Ziarah Abang Long Kali Pertama dan JJCM Kuantan - Beserah - Tanjung Lumpur Part 01

 


Assalamualaikum Guys.
Lama tak bersiaran blog ni.
Sejak masuk umur 40an ni, memang jarang aktif di blog.
Merayau - rayau la di alam media sosial yang lain.
kami aktif dalam IG je sekarang : iceboxrivet2.0

oh ye. sementara lapang ni. nak share story  ziarah abang long di IIUM Kuantan.
yup. Dia asasi di sana. bukan di Gambang.
oklah kan.
tak strict sangat macam di Gambang. since dia sendiri pun masa F1 hingga F5 di InSTAR pun sangatlah strict. 
awal - awal tu dia risau kalau ada buat salah ke, OSEM buat spot-check paling la dia risau.
ahahaha.
sindrom dak - dak seramalah katakan.

ziarah abang long masa midsem break. tak lama pun.dalam 3 ke 4 hari.
awal ogos kot? lupa..
ahaha
tapi dalam bulan ogos la.
amik sabtu, lepak Beserah sampai hari isin pagi. tengahari pun anta balik ke Indera Mahkota.



Family Photo : atas singgah sekejap Pantai Teluk Sisek
Bawah: Lunch kejap kat Lotus Indera Mahkota. Betul - betul keluar dari gate belakang IIUM Kuantan sebelah Sasmec IIUM tu, dalam 5 minit dah  sampai Lotus ni

muka bulat macam ibu, tapi janggut tu dah tiru stail babah.








Warung Celup Tepung Paksu Maksu, Tanjung Lumpur.  
Harga marhaen. dah siap goreng and hidang.tinggal pilih , duduk kat meja and order air. ada juga hidangan Nasi Dagang, Nasi Minyak and Nasi Lemak. Kuih - muih pek pun ada. 

 

kitaorg masa ni makan Nasi Dagang 3, Celup tepung sotong 1, celup tepung udang 1, sirap kosong 2, air kelapa 3, teh o ais 1, satar 1. Jumlah semua  :  RM50++ ke RM60++





Jun 20, 2026

Selamat Datang Abg Long Ke Taman Ilmu dan Budi Sesi 2026/2027



Salam semua
Lama tak bersiaran
20 tahun menulis dalam blog ni.
Catatan kenangan:
15hb Jun 2026
Abg long selamat mendaftar asasi bahasa arab di CFS Kuantan.
Antara doa dan impian dia yang Allah swt makbulkan.
Alhamdulillah.
Jauh jalannya dari sains agama tapi bulat hati ke asasi ni.
Hati ni awalnya ragu - ragu tapi dengan izin Allah swt juga ke  Taman Ilmu dan Budi.
Jaga Agama Allah,Allah akan jaga kita.
Insyaa Allah.










 

Apr 23, 2026

SPM 2025 DAN PERJUANGAN BARU BERMULA.


Throwback hari graduasi dengan Sir Salam.
Alhamdulillah.
Lulus belaka.
Sederhana keputusannya tapi sesuai dengan redha Allah swt.
Dan recheck.takde rezeki kepada yang lebih baik.
Alhamdulillah 2 tawaran diploma bawah Ipma pun dah diperolehi.
Tunggu juga Upu bulan May nanti

Tahniah Abang long..panjang lagi perjalanan ini.

Ikhlas : Ibu.

 

Mar 22, 2026

SALAM AIDILFITRI 1447

 


Salam aidilfitri semua.
Tahun ni tahun kedua tanpa arwah abah dan juga masih pjj dengan suami.
Dibulan yang mulia ni, maaf zahir batin buat semua.



Feb 25, 2026

Salam Ramadhan,Selamat Datang 2026


Salam.
Setahun tak menulis 
Banyak nak cerita,tapi sebab dah tua.
Terbantut saja.
Gambar bekal aqil.
Dah kije sementara tunggu result spm.
Update nanti ye.
Banyak nk cerita.


 

Dec 16, 2024

6 Jam Tanpa Henti : IBM GEN AI Foundation Models and Platform


 Completed by Ida Rahayu Yahya

November 21, 2024
6 hours (approximately)
Grade Achieved: 93.75%
Ida Rahayu Yahya's account is verified. Coursera certifies their successful completion of Generative AI: Foundation Models and Platforms

alhamdulillah
3 quiz
kemudian 6 hands on session.
1 final test
bolehlah buat tambah ilmu asas tentang AI

Dec 4, 2024

Dec 2, 2024

HADIAH OGAWA : 8hb Oktober 2024

 

AGM KOPERASI IIUM
Member tengah sedap prompting.
Sekali terasa sentap sebab kaawan sebelah tanya:
Kak yan + Kak Mis:
Wei Ayu.
Apa nama penuh ko?
Aku: Ida Rahayu.eh,macam nak gaduh je kak.
Diaorag: taklah! Tu nama ko tu kat depan!
Aku: haaa..alhamdulillah!
Moral: jangan main AI masa tengah cabutan bertuah.🤣🤣




Nov 29, 2024

Throwback 4th October 2024. Lab Preparation / Equipment Transfer

 

Tima Kasih Geng Technical MAE :
Apis Jumiran
Apis Tajul
Akem
Din
Shakir lab jiran
Kami tak ramai tapi insyaa Allah ada.
Tiber..🤣
Keje dengan orang laki ni senang.
Bagitahu yang jelas.
Ada gorpis.
Setel.



Nov 27, 2024

SENTIMENTAL SEPTEMBER 2024

 



- ABAH WARDED ALMOST 4 WEEKS AT HTAR,KLANG.
( BENGKAK LIMPA + HATI + PENYAKIT BERKAITAN DARAH,KANSER,BEDRIDDEN)
- AQIL DEMAM DAN JANGKITAN KUMAN DALAM DARAH FEW DAYS BEFORE RETURN TO BOARDING SCHOOL.
TERIMA KASIH YANG TANYA KHABAR,YANG MENYUMBANG DAN MENDOAKAN.
SEBAIK - BAIK PERANCANGAN MANUSIA,PERANCANGAN ALLAH MAHA BAIK.
BUAT DIRI SENDIRI: EMOSI DAN KESIHATAN JUGA TAK STABIL.
MOHON RAKAN TAULAN DOAKAN DIRI INI LEBIH TENANG,WARAS DAN SIHAT.
INSYAA ALLAH.
SIGNOUT: ICEBOXRIVET.


Aug 15, 2024

Sampul Yang Dinanti - nanti

Alhamdulillah.
Sampul yang dinanti - nanti.
Official as
1. Qualified Technician in Aerospace and Aviation Technology on 10/2023
2. Certified Technician ( Tc.) in Aerospace and Aviation Technology on 12/2023
Terima kasih mak abah.
Terima kasih buat semua guru,pensyarah,instructor yang mencurahkan ilmu.
Saya mungkin tak dapat jadi jurutera kapal terbang atau sebaris dengan rakan - rakan 1 batch yang kerja dengan kapal atau mahupun dengan industri.
Sebab saya tahu ruang dan peluang saya bukan di sana.
Sebab ruang peluang saya akhirnya dalam industri pendidikan.
(Dari MNRI sampai rasmi jadi Miat. - sijil mekanik baikpulih dan enjin pesawat
Dari MFI hingga resmi Unikl MFI - Diploma in Metal Fabrication Technology)
Kala media sosial dan masyarakat masih taboo dan toksik dengan pemikiran 'buat apa belajar tinggi - tinggi,nanti ke dapur juga"
Percayalah.
Diri kita sendiri yang mencorak kekuatan kita .
Moga kalian juga terisi apa jua matlamat dan perjuangan.
Doakan juga ditemukan rezeki sambung degree yang berkaitan dengan teknologi aerospace dan aviation.
Usia bukan segala.
Tapi peluang tu kalau Allah dah beri,kita jalan terus.


 

Aug 14, 2024

kisah 9 julai. anak bujang and laki PJJ


 Kisah Anak Beranak Di Perantauan.

Ibu dengan Mek Ara?
Diam - diam semayam.
Karang F4 Mek Ara dapat mana - mana.
Lone Ranger la pula ibu.
Ehek!
Ps: kisah semalam. Abg long tunggu bas balik serama. Babah ride balik tempat keja 3 - 4jam plus minus.

Aug 12, 2024

MONEY CANNOT BUY CLASS

- sabtu 1ST JULY. Mader doter time kununnya.
- makan,sembang,jalan - jalan mall,tengok wayang jumpscare.
- reward for her last year achievement.
Malangnya..
Bangsaku ini ada masalah hati dan jiwa.
Insiden jadi pada Mek Ara.
Al kisahnya kami berdua ni jenis sempoi.
Takde fancy shoes atau emas berselirat di badan
Mek jenis lagilah sempoi.
Tracksuit lusuh + t shirt lama + kasut bodo.
Stail biasa.
Rezeki kami masuk semua premises. Salesgirl/salesman semua layan baik. Tak kisah kedai apa. Beli tak beli,elok je respond.
Tapi...the so called pelanggan ada la sorang ni kategori tua lagi dari ibunya and muda sikit dari nenek..daku rasa around 50's la kot.
Mek ara cerita dok usha dia atas bawah.
Mek mention mungkin sebab baju dia lusuh or takde stail kot?
Daku gelak la.
Lepasku tanya: mesti acik tu baju bling - bling and lip lap lip lap?
Mek kata ye .then gelak sama.
Begitulah kataku.
Kena kuar sesekali tengok perangai manusia.
Pernah dengar tin kosong?
Besar godang tapi takde pengisian.
Diketuk bising yang amat tapi apapun takde.
Begitulah jenis manusia
Dia rasa pakaian dia,perhiasan dia, apa sahaja yang dipamerkan itu hebat.
Namun di akhirnya.
Kosong..takde nilai.
In the end,mungkin Mek jenis 'alah bisa tegal biasa' kalau ada orang ke...kawan - kawan yang nampak kaya tapi judgemental ni sia - sia kalau dilayan.
So.beliau tenang - tenang aja.
Cuma hairan.
Nak usha pun..carilah yg sama umur.
Bawah umur pula diusha.
Kurang kasih sayang la tu.
😅😅

Para Sarip and Saripah Janjang